Soalan Sensitif Di Hari Raya

23 May 2019 De'Xandra Titipan Wangian Ramadhan

Aidilfitri adalah hari umat Islam menyambut kemenangan kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan dan menghalang diri melakukan perkara dilarang. Sambutan Aidilfitri ini adalah saat terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim kerana sudah menjadi budaya bukan sahaja umat Islam, malah masyarakat pelbagai agama dan bangsa di negara ini untuk saling kunjung-mengunjung pada Hari Raya.

 

Apabila tibanya lebaran pasti kita akan mengunjungi rumah sanak saudara dan sahabat handai. Bila rayalah kita akan berkumpul sanak-saudara sebab jumpa pun setahun sekali kan. Jadi bila setahun sekali je jumpa, pakcik dan makcik kita ni siap kumpul banyak soalan untuk diajukan pada kita nanti. Setiap tahun masih soalan yang sama. Mungkin mereka saja nak cari topik untuk bersembang, tapi kadangkala soalan yang sensitif pula ditanyakan.

 

Haa, mesti kita pun tidak suka kan ditanyakan soalan yang sensitif? Jadi kalau tidak suka kita pun mestilah elakkan diri dari bertanyakan soalan-soalan macam ni kepada rakan-rakan dan saudara kita:

  • Bila kamu nak kahwin?
  • Dah kumpul duit kawin ke?
  • Bila kamu nak dapat anak?
  • Bila kamu nak tambah anak?
  • Bila nak tukar kereta baru?
  • Eh kenapa makin gemuk ni, tak jaga makan ke?
  • Cantik-cantik ni takkan takde orang nak?
  • Baru sorang, bila nak tambah anak lagi?
  • Ramainya anak, kamu tak merancang ke?
  • Anak semua lelaki, tak nak anak perempuan ke?
  • Anak semua perempuan, tak nak anak lelaki ke?
  • Kamu kerja apa sekarang banyak ke gaji kamu?

 

Haa, pedas-pedas kan semua soalan tu! Jadi elakkan lah diri dari bertanya soalan sensitif yang akan menguriskan hati orang lain. Jadi apakah soalan yang sesuai ditanya?

 

  • Soalan terbuka (open-ended) seperti “Apa plan korang cuti raya ni?”
  • Galakkan mereka bercakap tentang diri sendiri (hobi / pekerjaan / anak-anak)
  • Tanya pendapat mereka tentang berita semasa yang menarik (tapi elakkan politik, seks atau agama)
  • Puji penampilan mereka secara jujur (“cantiknya baju, beli kat mana?”)
  • Tanya nasihat atau cadangan mereka tentang sesuatu berdasarkan kemahiran / pekerjaan mereka.
  • Tanya soalan hipotesis (“Kalau korang ada unlimited funds, rumah macamana korang nak?”)

 

Soalan-soalan seperti ini dapat membantu memanjangkan tempoh perbualan dan juga memberikan imej baik kepada anda kerana anda akan kelihatan ikhlas ingin berkenalan. Cuma, tidak kira apapun soalannya, pastikan diberikan secara sopan dan dengan mood ringan saja ya.

 

Sama-sama lah kita beraya dalam suasana harmoni dan gembira, lagipun raya cuma setahun sekali! Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.

https://youtu.be/XcqGZ48f08o