Salam perkenalan !

Hai, nama saya Siti Murni Binti Abu Bakar . Fragrance Director De'Xandra kawasan Gurun.

Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .

Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?

Sebelum itu...

Sedikit Tentang Saya

Akak merupakan bekas pekerja swasta. Pekerja tegar yang tak pernah terfikir pun untuk berbisnes. Waktu ni, kalau anak kata cita-cita Kakak/adik waktu besar nanti untuk berniaga pasti terjadi perang besar. Sebab mindset Kak Murni kena kerja kerajaan baru terbaik.

Macam mana Kak Murni boleh bermula dengan De'Xandra? Semuanya bermula pada bulan November 2018. Sewaktu itu ada offer dropship RM 30 percuma 1 biji air freshener. Rugi tak grab peluang ni sebab yang Kak Murni tau, dropship De'Xandra RM 150. Kak Murni join dropship under Mak Muda Lia dan Mummy Yuyu. Memandangkan Kak Murni jauh di Kedah dan CO di Wangsa Maju, niat asal Kak Murni nak dapatkan AF pada harga yang murah iaitu RM 8 terbantut sebab ada postage.

Kemudian,. mummy yuyu ajarkan Kak Murni bisnes consignment, letak barang saja dikedai. Percaya tak consignment ke 3 Kak Murni adalah Petronas. Laju sungguh sales disitu seminggu hampir 30 botol terjual.

Dengan De'Xandra dan CO Kak Murni belajar ilmu business yang sebenar. Consignment bukan calang-calang business, dia adalah business yang sebenar dimana Kak Murni belajar tentang akaun,documentation, closing, negotitation dan belajar menghadapi rejection dalam kehidupan.

Sedar tak sedar daripada niat sebenar nak dapatkan AF dengan harga murah, terus pasang niat dan buat tindakan supaya 300k penduduk Kota Setar ni mudah dapatkan AF De'Xandra. Tak perlu mereka pergi jauh-jauh dan tak perlu mereka bayar duit postage.

Dan syukur Alhamdulillah, semua nya indah dan dipermudahkan oleh Allah SWT perjalanan dengan De'Xandra. I LOVE DE'XANDRA.

Semoga asbab De'Xandra Allah kurniakan syurga dengan wangian yang istimewa buat kami sekeluarga. Amin Ya Allah Ya Mujib..

Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra

De'Xandra ini kuat kerana adanya founder yang sangat-sangat luar biasa. Sebenarnya sebelum jatuh cinta dengan De'Xandra, saya perlu berterima kasih kepada founder De'Xandra. Sebab Kak Murni suka membaca, jadi terbeli buku beliau.

Kak Murni percaya, apa yang dibaca hari ini, inilah Kak Murni 5 tahun lagi.

Masa ni belum jadi dropship De'Xandra lagi. Kak Murni beli buku Puan Erna di MPH kedai buku. Dan apa yang Kak Murni buat adalah Kak Murni follow dream chart Puan Erna yang berjaya dapatkan kembar 3.

Selepas itu. Alhamdulillah syukur penantian 9 tahun berakhir, selepas anak ke 2 dengan kehadiran cahaya mata ke 3 pada April 2018, dan seorang lagi pada tahun 2019.

Haha dengan izin Allah berkesan betul ilmu itu. Alhamdulillah semuanya dengan rahmat Allah. Luar biasa Insan bernama Pn. Erna ni. Dari buku beliau juga Kak Murni belajar bagaimana pengorbanan suami dan adik beradik serta ibu bapa dalam menyokong business beliau. Dalam diam-diam Kak Murni terinspirasi dengan beliau walaupun belum mula bisnes lagi.

Perjalanan Saya Bersama De'Xandra

Pada November 2018, akhirnya Kak Murni mendaftar sebagai dropship De'Xandra dengan Mak Muda Lia stokis No 1 De'Xandra.

Benarlah memang pilihan yang sangat tepat, kerana bimbangan dan ilmu daripada mereka berdua membawa Kak Murni hingga ke tangga Stokis.

Mak Muda dan Mummy ajarkan ilmu business yang tak ganggu langsung waktu kerja, malahan cuti jumaat, sabtu, cuti tahunan, cuti public dan waktu malam digunakan sebaiknya untuk bangunkan business. Sayang sangat dengan guru Kak Murni dua orang ini.

Sehinggalah Kak Murni berjaya membuat restock sehingga RM 18k sebulan, dan memegang Legendary agent untuk 2 penggal berturut-turut, ketika ini ujian dalam kerjaya bermula. Allah berikan petunjuk mahu pilih kerjaya atau bisnes. Kerna jika diteruskan pasti Kak Murni akan menganiaya majikan Kak Murni, Jadi pada 2/3/21 Kak Murni memilih untuk berhenti kerja. Pedih, sedih kerana ujian tersebut memang masih terasa. 2 minggu kesedihan itu Allah gantikan dengan Kiosk di Star Parade Alor Setar.

Kak Murni terus bangkit, set target dan fokus betul-betul untuk buat 13k dan naik stokis 3 bulan selepas itu. Yalah, berhenti kerja sewaktu pasca pendemic dengan anak yang mempunyai jantung berlubang, banyak pertimbangan perlu dibuat.

Akhirnya serah bulat-bulat kepada Allah pemilik masa depan. Dan terus tekad untuk bantu lebih ramai lagi diluar sana dan terus supply AF De'Xandra sebanyak mungkin secara consignment supaya mudah orang kedah mendapatkannya.

Kenapa Saya Memilih Meniaga Produk De'Xandra?

Di saat banyak peluang dan ruang untuk menerokai pelbagai bisnes lain, saya terus setia bersama De'Xandra sehingga kehari ini kerana....

01

Ada bimbingan leader yang hebat

02

Pendapatan yang lumayan

03

Ilmu dan panduan dari leader dan HQ

04

Jemaah De'Xandra yang Positif

Pencapaian Saya di dalam De'Xandra

Dari tahun 2018 hingga ke hari ini...

Rekod Jualan Tertinggi

Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...

RM 0
2021

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.

Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ