Rupanya Senang Jer Nak Buat Perfume Tahan Lama, Ini Rahsianya…

12 April 2019 Izzati Hassan Tips

Korang, sis nak tanya ni…camana cara korang pakai perfume?

Ramai kat sini rata-rata pakai perfume pada baju ataupun tudung dan spray banyak-banyak sampai harum semerbak, betul tak? Hmmm… itu bukan pakai ya, itu buang perfume namanya. Hehehe! Tapi semburan yang banyak tak semestinya membuatkan perfume korang tahan lama tau.

Jadi, kami nak kongsikan beberapa tips yang boleh korang amalkan untuk penggunaan perfume…

 

#1: Rambut

Percaya atau tidak, helaian rambut adalah bahagian yang lebih baik untuk menyerap minyak wangi berbanding kulit. Namun jangan semburkannya terus ke rambut dan jangan berlebihan, kerana minyak wangi mempunyai alkohol yang mana akan mengeringkan rambut kita. Spray minyak wangi pada sikat kita dahulu, kemudian sisirkan rambut. Lakukan ini supaya minyak wangi dapat merebak secara sekata, ya.

 

#2: Telinga

Sembur bau pilihan kita di belakang cuping telinga – kawasan ini adalah titik denyutan nadi, oleh itu bahagian ini lebih hangat, jadi ia berfungsi untuk meningkatkan sebaran aroma pewangi itu.

Selain itu untuk kesan yang lebih baik, cuba kawasan di bahagian atas telinga kita, kerana kulit di kawasan itu amat jarang untuk mengering. Jadi ia menyimpan wangian dengan lebih baik.

 

#3: Pergelangan tangan

Pergelangan tangan adalah sebahagian daripada badan yang tidak boleh dilupakan untuk menyembur minyak wangi. Pergelangan adalah salah satu daripada titik nadi. Apabila suhu badan kita meningkat, bau minyak wangi kita akan menjadi semerbak dan tahan lama. Salah satu sebab lain adalah pergelangan tangan ni paling mudah untuk dicapai dan menyebarkan aroma.

 

#4: Pelipat lengan

Pelipat tangan juga akan membuat aroma wangian kita bertahan lebih lama. Suhunya juga hangat kerana kita kawasan sendi ini sentiasa bergerak semasa melakukan pelbagai aktiviti (oleh itu minyak wangi kita akan tersebar). Jangan lupa di belakang juga, tapi semburkan sedikit sahaja.

 

#5: Pelipat lutut

Sama halnya dengan lipatan siku, lipatan lutut juga merupakan area nadi yang akan membuatkan aroma minyak untuk lebih tahan lama. Area ini juga membantu menyebarkan aroma minyak wangi dengan mudah.

Kawasan di belakang lutut adalah sempurna untuk musim panas, kerana ia mengeluarkan aroma pilihan kita dengan setiap langkah kaki kita.

 

#6: Pergelangan kaki

Pergelangan kaki atau buku lali juga kawasan badan yang sentiasa bergerak. Menyemburkan sedikit minyak wangi di pergelangan kaki dengan minyak wangi bukan sahaja memberikan rasa segar, tetapi akan membantu menyebarkan aromanya, ke mana sahaja kita pergi.

 

Selamat mencuba!

 

Penulis Artikel:

Saadiah Asarani, Team Marketing De’Xandra