Selling From The Heart

9 October 2018 Izzati Hassan Uncategorized

Kalau anda biasa ke laman-laman web tentang perfume, tentu korang pernah mendengar istilah ini – HEART NOTES.

Apakah itu heart notes?

Seperti jantung anda, heart notes ialah nadi utama kepada wangian anda. Ia menjadi bau yang paling dirasai oleh si pemakai dan orang sekitarnya.

Heart notes juga menjadi ciri utama bagi wangian anda, jadi aroma yang ada pada heart notes biasanya digunakan sebagai penanda aras untuk mencari dan membandingkan wangian antara satu sama lain.

Oleh itu, salah satu cara yang biasanya digunakan oleh penjual wangian bagi mencadangkan wangian kepada pengguna ialah melalui heart notes. Contohnya jika pelanggan mengatakan dia suka bau JOY dari Dior , yang baru dilancarkan bulan lepas. JOY Dior mempunyai aroma yang berikut:

Aroma awal: Bergamot, oren mandarin
Aroma tengah (heart note): Ros, jasmine
Aroma akhir: cendana, patchouli, musk putih.

Melihat kepada senarai produk De’Xandra dalam Vortex, ada beberapa wangian kita yang mempunya heart notes jasmine dan rose. Helena, Freesia, Olivia dan Lady Rose. Dari sini, kita dapat perhalusi lagi kepada wangian yang mempunyai bau oren, patchouli dan bau musk putih. Hanya satu saja iaitu Lady Rose yang mempunyai note seperti ini.

Oleh itu, kita boleh cadangkan Lady Rose by De’Xandra. Kita boleh berikan pelanggan tester atau smell card pada point ini, atau jalankan proses closing sales secara terus. Insyaallah dengan sedikit pujukan dan layanan mesra, anda akan dapat salesnya.

Ha, sekarang faham kan? Bagaimana dengan heart notes, mudahnya kita mengisih jenis-jenis perfume sehingga dapat satu yang perfect untuk pelanggan kita.

Jadi, rajin-rajinlah melayari senarai butiran produk (“Vortex”) De’Xandra ya. Sebagai seller bukan saja kita mudah menjual, tetapi kita juga dapat kelihatan seperti ‘expert’ dalam bidang wangian – walaupun baru sehari berdropship!