Rahsia Kekal Segar Walaupun Badan Dah Mandi Peluh

26 June 2019 De'Xandra Tips

Beriadah atau bersukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai pertandingan, aktiviti sosial, atau sekadar hiburan diri mahupun untuk mengisi masa lapang. Bersukan boleh membuatkan badan anda rasa lebih segar, ringan dan mood anda lebih baik, apatah lagi jika dilakukan bersama keluarga atau teman rapat. Untuk lelaki yang ingin menjaga kesihatan, anda seharusnya menjadikan aktiviti bersukan ini sebagai aktiviti wajib pada masa lapang. Oleh itu, kami sertakan tips-tips untuk kekal selesa semasa beriadah, moga bermanfaat untuk anda:

 

Pakai pakaian sesuai untuk melakukan aktiviti lasak. Penggunaan t-shirt yang diperbuat daripada kain kapas dapat membantu menyerap peluh dengan cepat ketika bersukan. Kasut yang sesuai juga perlu diambil berat semasa bersukan dan ia haruslah menepati jenis sukan yang anda sedang lakukan. Keselesaan semasa bersukan bukan sahaja penting untuk hasil yang optimum malah mengelakkan daripada risiko kecederaan.

 

Tidur yang berkualiti penting untuk memastikan tubuh kita cukup rehat. Sentiasa pastikan tidur anda antara 7 hingga 9 jam setiap hari. Apatah lagi bagi mereka yang meggemari sukan yang intensif seperti marathon dan angkat berat, tidur memberi peluang kepada badan pulih semula selepas latihan yang panjang. Jadi, susun jadual riadah anda supaya tidak berakhir terlalu lewat. Bila tubuh kita cukup rehat, kita akan segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian keesokan harinya.

 

Ada di antara orang yang suka bersukan nie tak melakukan aktiviti regangan terlebih dahulu. Hati-hati! Aktiviti regangan adalah penting untuk memastikan otot-otot badan kita bersedia untuk memulakan aktiviti sukan. Ia juga penting bagi mengelakkan kecederaan semasa sesi yang intensif.  Buat regangan mudah selama beberapa minit pun sudah cukup, asalkan ada!

 

Jangan lupa minum air! Orang yang suka bersukan mestilah mengambil air yang cukup. Semasa kita bersukan, kita akan berpeluh dengan banyak kerana badan kita sedang menjana tenaga. Oleh itu kita haruslah mengembalikan semula air dalam badan secepat yang mungkin. Kalau air tak cukup, nanti badan kita akan mengalami dehidrasi yang menyebabkan kita rasa penat sangat.

 

Untuk golongan lelaki yang aktif juga pastinya akan kerap berpeluh dan peluh itu akan mengeluarkan bau yang kurang enak untuk dihidu. Selepas ini, anda tidak perlu risau lagi kerana Twist & Spray Vibe dapat membantu anda untuk mengatasinya. Vibe sangat sesuai untuk karakter lelaki aktif seperti anda yang membolehkan anda sentiasa tampil macho dan segar biarpun bersukan sepanjang hari. Jadi tunggu apa lagi cepat-cepat grab sekarang Vibe anda sementara stok masih ada.

 

www.dexandra.com/chooseyours