RAHSIA BARU BERNIAGA INSTAGRAM – Cara Ini Confirm Buat Anda On Top!

Admin nak tanya.
Siapa di sini pengguna Instagram angkat tangan!
Siapa pula yang juga berniaga dalam Instagram, angkat tangan!
Wah ramai juga ya. Maklumlah Instagram ni tempat anak muda berkumpul. Mudah digunakan, susunan cantik, dan ramai orang hebat-hebat, menyebabkan pengguna Instagram makin bertambah dari hari ke hari. Tapi bagi semua yang biasa main Instagram, mungkin korang akan perasan timeline Instagram sekarang tidak menyusun ikut masa. Kalau anda buka Instagram anda sekarang, anda akan lihat ada kawan yang postnya 9 jam yang lalu berada di atas sekali dan kawan yang baru post seminit yang lalu mungkin berada di bawahnya, serta di tengah-tengah mungkin ada post dari 4 jam lalu, sejam yang lalu, dan waktu-waktu yang lain. Macam berterabur kan?
Sebenarnya bukan terabur, tapi Instagram menyusun mengikut algoritmanya yang tersendiri. Ia melihat apakah posting yang dianggap penting oleh pengguna, lalu menaikkannya ke atas, dan yang kurang penting turun di bawah. Tidak kiralah siapa yang post paling kerap atau paling baru.
Jadi macamana nak menjadikan post instagram anda dalam kumpulan yang “penting” dan akan naik ke atas supaya followers anda baca? Well, cara yang biasa ialah posting yang tinggi komen dan like. Mungkin gambar yang cantik dan isu yang menarik. Tapi kalau anda bukan instafamous, susah juga kan…
Jangan risau, ada salah satu lagi cara yang hebat untuk membuatkan post anda naik ke Insta followers anda. Iaitu menggalakkan mereka “Save Post” anda. Ya, ikon “Save Post” ialah ikon yang berbentuk tanduk dua di kanan gambar ni lah.
Mengikut algoritma Instagram, jika post anda banyak di save oleh orang, ia menanggap Instagram anda akaun yang ‘penting’, maka ia akan naikkan post anda ke atas selepas ini. Anda akan lebih mudah kelihatan, oleh itu lebih mudah juga menjual.
Macamana nak buat ramai orang “save post” anda? Ha, salah satu caranya ialah post berbentuk tips, life hack, tarikh penting, senarai harga, dan tutorial. Ala, benda-benda yang berguna lah. Cuba ingat balik apa post-post yang anda selalu save di FB dan IG. Resipi memasak? Tutorial DIY barang? Tempat makan best? Quote best untuk dishare kemudian hari? Haa itulah dia.
Contohnya kalau anda menjual Dexandra hantaran. Anda buat satu post post checklist perkahwinan. Jika anda jenis suka tonjolkan diri sebagai ibu, letak tips penjagaan rumah. Jika anda jenis jalan-jalan cari makan, letak lah kedai yang best di kawasan anda termasuk alamat dan senarai hidangan best. Ni bukan saja bantu insta anda naik malah juga bantu bisnes mereka. Sama-sama berjaya gitu!
Lepas dah buat save post ni, selang-selikan dengan post soft dan hard sell. Supaya nanti Instagram akan push post jualan korang ke depan. Post gambar Twist and Spray dari #wavinscentsale mungkin? Ambil gambar yang menarik dan sertakan caption yang meletup!
Ha, apa lagi, cubalah tips ni. Insyaallah, engagement dan following anda pun akan mula meningkat naik. Semoga berjaya!