Privacy Policy
Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 19 Sept 2019)
Kami, De’Xandra Sdn. Bhd. adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) Malaysia.
Polisi ini menerangkan:
jenis-jenis data peribadi anda yang kami kumpulkan dan bagaimana kami mengumpul data peribadi anda
bagaimana kami menggunakan data peribadi anda
pihak-pihak yang kami dedahkan data peribadi anda; dan
pilihan-pilihan yang kami tawarkan, termasuk cara mengakses dan mengemaskini data peribadi anda.
Data Peribadi Yang Mungkin Kami Kumpul Daripada Anda
Kami mungkin mengumpulkan data peribadi berikut daripada anda:
maklumat peribadi untuk menentukan identiti dan latar belakang anda seperti nama penuh
maklumat komunikasi seperti alamat surat menyurat, nombor telefon bimbit
maklumat pembayaran seperti maklumat kad debit atau kredit, temasuk nama pemegang kad, nombor kad, alamat surat menyurat/pengebilan , tarikh luput kad dan lain-lain butiran akaun bank
maklumat sensitif seperti keturunan bangsa atau etnik, agama atau kepercayaan, latar belakang Kebiasaannya kami tidak mengumpul maklumat sensitif melainkan dalam keadaan yang yang sangat perlu dan tidak dapat dielakkan untuk memberi khidmat yang lebih baik dan memenuhi keperluan tertentu anda
rakaman imej anda melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di mana-mana pejabat, butik cawangan atau premis kami
rakaman gambar anda ketika menghadiri mana-mana acara korporat kami ataupun hari terbuka pihak ketiga
rakaman panggilan telefon kepada pegawai perkhidmatan pelanggan kami
fungsi atau jawatan anda apabila memulakan hubungan perniagaan dengan kami.
resume atau kurikulum vitae anda apabila memohon pekerjaan.
Untuk tujuan melayari laman web secara am, walaupun tiada data peribadi yang terdedah kepada kami, beberapa maklumat teknikal dan statistik boleh kami dapati menerusi pembekal perkhidmatan internet kami seperti cookies, alamat IP anda, masa, tarikh dan tempoh anda melayari laman web. Jika anda memberi apa-apa data peribadi berkaitan pihak ketiga (contoh: maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa dan/atau pekerja anda) dengan menyerahkan data peribadi tersebut kepada kami, membawa maksud kepada kami bahawa anda, telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga tersebut untuk memberikan maklumat berkenaan bagi tujuan yang disenaraikan di bawah.
Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda
Kami mungkin mengumpulkan data peribadi sama ada daripada anda, daripada wakil yang anda beri kuasa, daripada pihak ketiga atau daripada sumber boleh didapati secara umum yang mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
apabila anda berhubung dengan kami secara langsung melalui panggilan telefon atau di kaunter (contohnya ketika anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan, aduan, komen atau maklum balas, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi tersebut)
apabila anda menyertai mana-mana kaji selidik, soal selidik, pertandingan, tawaran, atau promosi dalaman atau melalui pihak ketiga yang dilantik
apabila anda memulakan hubungan perniagaan dengan kami (contohnya, sebagai reseller atau rakan perniagaan)
apabila anda melawat ke mana-mana pejabat, cawangan atau premis kami
apabila anda menghadiri mana-mana acara korporat kami atau hari terbuka pihak ketiga
apabila anda melawat atau melayari laman web kami
apabila anda memohon pekerjaan dengan kami
apabila anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial atau aplikasi interaktif termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, Youtube, dan Instagram
apabila kami mengumpul maklumat anda daripada pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda (cth. institusi kewangan)
daripada sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran kepada pendedahan data peribadi anda , dan/atau dibenarkan oleh undang-undang.
Penggunaan Data Peribadi yang Dikumpulkan
Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang dan tujuan berikut:
untuk mengesahkan identiti anda
untuk mengurus dan mengendalikan akaun atau kontrak anda dengan kami
untuk memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan kepada perkhidmatan kami untuk menyediakan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kami termasuk memenuhi keperluan audit, penambahbaikan produk mahupun proses pembayaran
untuk menguruskan permintaan anda atau menjawab sebarang pertanyaan, aduan, komen atau maklum balas yang anda majukan kepada kami.
untuk melindungi atau menguatkuasa hak kami bagi menuntut apa-apa hutang anda dengan kami
untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis dan pelaporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan
untuk memindahkan atau memberikan hak, kepentingan dan obligasi kami di bawah manamana perjanjian anda dengan kami
untuk mengemas kini, menyatukan dan memperbaiki ketepatan rekod-rekod kami
untuk mengendalikan pertandingan, tawaran atau promosi
untuk menghasilkan data, laporan dan statistik tanpa berasaskan sebarang nama atau secara berkelompok atau berkumpulan yang tidak boleh mengenalpasti anda sebagai seorang individu
untuk melaksanakan penyelidikan bagi tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada pencarian (mining) data dan analisis transaksi anda dengan kami.
untuk melaksanakan kaji selidik, soal selidik, dan memberikan anda maklumat yang mungkin menarik minat anda, di mana anda telah bersetuju untuk dihubungi bagi tujuan tersebut
untuk memasuki transaksi perniagaan berkenaan dengan perkhidmatan yang akan ditawarkan dan diberikan kepada anda
untuk mematuhi apa-apa obligasi undang-undang atau peraturan di bawah undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan atau kod industri yang terpakai kepada kami
untuk pengurusan dalaman berkaitan perkhidmatan yang disediakan kepada anda
untuk tujuan menyenggara rekod yang diperlukan bagi tujuan keselamatan, tuntutan atau undang-undang yang lain
untuk menyediakan latihan kepada kakitangan kami
untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan teknologi maklumat (contohnya, kajian pasaran)
untuk orang-orang yang telah dikenalpasti sebagai anda atau wakil yang anda telah memberikan kuasa,untuk tujuan urusniaga atau pertanyaan.
untuk pihak ketiga yang telah diberi kontrak oleh kami bagi menyediakan perkhidmatan kepada kami (seperti membuat analisis bagi pihak kami) bagi apa-apa tujuan yang telah dinyatakan di atas. Sekiranya kami mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga kami akan memastikan data tersebut hanya digunakan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan oleh kami.
untuk apa-apa tujuan yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan, garis panduan dan /atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.
Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi Anda
Semasa anda mendapatkan perkhidmatan dengan kami dan pengurusan atau operasi, kami mungkin dikehendaki atau perlu untuk mendedahkan maklumat berkenaan anda kepada pihak ketiga berikut: kerajaan persekutuan atau negeri
agensi penguatkuasa undang-undang
agensi-agensi kerajaan
pihak berkuasa kawal selia
syarikat atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, pembekal perkhidmatan atau penasihat professional kami
syarikat atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan /atau bagi melaksanakan transaksi dan menyediakan produk yang anda beli dari kami
rakan perniagaan kami dan pihak-pihak lain yang mempunyai tujuan yang berkaitan dengan tujuan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda
pihak-pihak lain di mana anda telah memberi kebenaran secara nyata atau tersirat
Bagaimana Jika Data Peribadi yang Anda Berikan Tidak Lengkap
Anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi anda kepada kami sekiranya dinyatakan di dalam borang permohonan (reseller) atau pendaftaran kami secara manual atau elektronik, bagi membolehkan kami memproses permohonan anda untuk menjadi reseller kami. Sekiranya anda gagal untuk memberikan data peribadi yang lengkap dan yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda.
Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi
Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Jika anda berhasrat untuk mengakses data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami secara mel fizikal atau elektronik.
Berapa Lama Kami Menyimpan Data Peribadi Anda
Kami akan menyimpan data peribadi anda dengan mematuhi Polisi ini dan/atau terma dan syarat-syarat perjanjian anda dengan DE’XANDRA atau anak-anak syarikat DE’XANDRA sepanjang tempoh perhubungan anda dengan kami, bagi tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan DE’XANDRA atau anak-anak syarikat DE’XANDRA dan/atau pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang difikirkan perlu, kecuali sekiranya dikehendaki oleh undang-undang dan/atau untuk keperluan polisi-polisi berkaitan DE’XANDRA atau anak-anak syarikat DE’XANDRA.
Bagaimana Kami Melindungi dan Menjaga Data Peribadi Anda
Kami berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dan memastikannya disimpan dengan selamat. Ini termasuklah dengan mengikuti prosedur keselamatan kami (seperti memeriksa identiti anda semasa anda menelefon kami). Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain dan kami tidak bertanggungjawab ke atas polisi, prosedur atau isi kandungannya berkenaan data peribadi laman web luar tersebut.
Pemindahan Data Peribadi Anda ke Luar Malaysia
Apa-apa data peribadi yang anda berikan secara sukarela kepada kami akan dijaga dengan piawaian keselamatan yang tinggi selaras dengan APDP. Berkemungkinan adalah perlu untuk kami memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia jika rakan perniagaan kami terlibat dalam sebahagian daripada penyediaan perkhidmatan yang terletak di negara-negara luar Malaysia.
Dalam keadaan ini, anda bersetuju untuk kami memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia. Kami akan memastikan pengambilan langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan mana-mana pembekal produk atau rakan perniagaan adalah diikat di bawah kontrak supaya tidak menggunakan data peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada yang digariskan oleh kami dan melindungi data peribadi anda dengan secukupnya.
Kebenaran Anda
Dengan memberikan data peribadi anda, anda telah membenarkan data peribadi tersebut digunakan mengikut Polisi ini. Jika kami mengubah polisi kami, kami akan meletakkan pindaan tersebut di ruangan ini. Anda juga boleh menghantar mel elektronik atau menulis kepada kami untuk mendapatkan sesalinan polisi tersebut. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami akan menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan sebarang pindaan tersebut. Hubungi Kami DE’XANDRA dan anak syarikat DE’XANDRA komited untuk melindungi data peribadi anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau komen berkenaan pengendalian data peribadi yang berkaitan dengan pembekalan elektrik, anda boleh hubungi kami di admin@DeXandra.com. Jika anda ada sebarang persoalan, komen atau cadangan lain berkenaan Polisi ini, kami amat mengalu-ngalukannya. Anda boleh hubungi pegawai kami di admin@DeXandra.com.