Prague, Bandar Klasik Misteri

Prague dahulunya tidak berapa dikenali oleh pelancong-pelancong yang singgah ke Eropah, sepertimana London dan Paris. Namun sekarang, ia menjadi antara persinggahan utama para traveller ‘Eurotrip’ kerana keunikan arkitekturnya yang bertemakan Gothic, Baroque dan adakalanya masih mengekalkan ciri zaman Renaissance. Kecantikannya senibinanya sering menjadi rujukan para pencinta seni dan sejarawan seluruh dunia.
Pihak berkuasa di kota Prague cukup menjaga kesalian binaan mereka sehinggakan penggunaan kenderaan bermotor adalah dilarang di kebanyakan kawasan sekitar kota lama. Anda digalakkan berjalan untuk dapat menikmati keindahan bandar ini secara sepenuhnya. Namun, anda tidak perlu risau untuk berjalan jauh kerana cuacanya agak sederhana dengan julat antara 4 celcius ke 25 celcius.
Jika anda ke sana jangan lupa mengunjungi menara jam Orloj yang masih berbunyi selepas 600 tahun ia dibina. Kawasan perkarangan menara ini sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin melihat pergerakan muka jam serta patung-patung mekanikal yang akan bergerak setiap satu jam. Jam ini hampir tidak pernah berhenti sejak dibina pada tahun 1410, ini sehingakan penduduk Prague percaya bahawa nasib malang akan menimpa mereka jika ia berhenti!
Bagi mereka yang berkesempatan ke Prague, kami cadangkan wangian yang sesuai untuk hawa sederhana dan manis seperti Dx Figura, wangian flora yang disulami aroma woody dan musky. Untuk para jejaka, kami sarankan DX Brave yang mempunyai aroma amber dan kulit, melambangkan gaya klasik selari dengan mood bandar Prague.