Phuket, Syurga Percutian Nan Biru

Pulau Phuket merupakan antara pilihan warga Malaysia kerana jaraknya yang tidak berapa jauh dari negara kita. Selain daripada panorama yang indah, kosnya yang murah juga menggamit pengunjung yang ingin berjimat pada masa yang sama inginkan pengalaman yang unik di negara orang.
Phuket dikelilingi beberapa pulau kecil yang berpasir putih dan berlautan biru seperti Pulau Similan, Pulau Phi Phi, Pulau Panyee, serta Pulau James Bond (yang sememangnya dinamakan kerana filem tersebut difilemkan di sana). Perkhidmatan bot henti-henti dari pulau ke pulau juga disediakan untuk sesiapa yang ingin mengembara. Anda boleh bermain dengan pasir, menyelam bersama iklan laut atau berkenalan dengan para nelayan yang hidup di atas rumah terapung di tepi-tepi pantai.
Jika melompat dari pulau ke pulau bukan gaya anda, anda masih boleh berhibur di Phuket dengan pelbagai tarikan menarik. Phuket Fantasea adalah persembahan kebudayaan yang penuh warna warni dikelilingi lagu, lakonan dan tarian menarik. Bagi yang menyukai pelancongan ala eco-tourism pula, pusat perlindungan gajah boleh dikunjungi. Di sini, tiada persembahan atau latihan pertunjukan gajah tetap pelancong dibenarkan bermain , memberi makan, atau bermandi-manda dengan gajah. Untuk yang lebih menginginkan keunikan, anda boleh ke persembahan Cabaret Simon, dimana pelbagai jenis tarian dari seluruh dunia dipersembahkan dengan kostum yang berkilauan diatas pentas yang mewah.
Apakah wangian DX yang paling menggambarkan percutian meriah ke Phuket? Semestinya DX Blush untuk wanita dan DX Primus untuk lelaki. DX Blush wangian floral gabungan melur-ros-peony yang ringkas dan menyenangkan, seperti kelembutan dan kesopanan wanita-wanita Thai di sana. DX Primus untuk jejaka pula segar, sitrus dengan aroma akuatik yang mengingatkan anda tentang laut nan biru.