Perfume dan Alkohol, Kenapa Ramai Yang Sensitif ?

Hye semua! How’s your day today? Cool? Alright!
Hari ni kami nak cerita sedikit tentang perfume dan alkohol.
Rata-rata ramai kat sini pengguna perfume tapi lagi tak ramai tahu bagaimana perfume ini dicipta. Yang kita tahu wangi tak wangi je. Betul ke? Jom baca apa yang kami nak sampaikan.…
Tahukah anda perfume (minyak wangi) yang sebenarnya berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang banyak mengeluarkan perfumes pada zaman moden sekarang. “Per fume” berasal dari bahasa Latin yang membawa maksud “melalui asap”.
Pada zaman itu, perfume dikaitkan dengan dewi Nefertum dan setiap campuran dipercayai mempunyai khasiat kesihatan yang tersendiri. Pewangi digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak sehingga ke upacara kematian. Hal ini dibuktikan apabila makam Firaun telah dibuka oleh ahli arkeologi dan menemui lebih dari 3000 botol minyak wangi. Antara notes yang popular dalam wangian mereka ialah lili, kemenyan arab, kulit kayu manis, inai dan resin. Ada bau-bauan yang tak jauh beza dengan aroma ros, yang menjadi antara kegemaran wanita masa kini.
Sehingga kini, wangian masih lagi menjadi kegemaran orang ramai, terutama kaum hawa agar mereka dapat berpenampilan menarik dan lebih bergaya. Jenis minyak wangi pun banyak. Dan yang selalu kita dengar adalah minyak wangi beralkohol dan non alkohol. Untuk minyak wangi beralkohol, banyak yang masih waswas dan bertanya-tanya tentang hukum menggunakan perfume beralkohol.
Masih lagi ada yang tidak berani menggunakannya ketika solat kerana ketidak tahuan mereka tentang hukum menggunakan perfume beralkohol.
Adakah pemakaian perfume berakohol dilarang dalam Islam?
Isu ini sering menjadi topic yang popular untuk dibahaskan dari dulu hinggalah ke sekarang. Hukum memakai wangian adalah harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut:
“Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran (‘rijs’) dari hasil kerja Syaitan ” (Al-Maidah; 90).
Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa solat. Manakala minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa solat.
Alkohol yang di gunakan di dalam perfume adalah ethanol tetapi bukan jenis yang sama yang terdapat di dalam minuman arak. Ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ atau ‘denatured alcohol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain yang menyebabkan ia tidak boleh diminum. Maka, kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, pada sesiapa yang meminumnya pula, tak mungkin akan mabuk, tapi akan straight ke alam barzakh. Oops!
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Jadi jangan risau untuk membeli De’Xandra yang baru ni ya! Kami yakin anda akan puas hati. Hehehe..
Penulis Artikel:
Saadiah Asarani, Team Marketing De’Xandra