Minyak Wangi: Panduan Memilih Perfume Yang Tahan Lama

Pernahkah anda menyembur minyak wangi yang baru dibeli dan tidak lama kemudian harumannya terus hilang?
Memang agak menghampakan kerana perfume tidak tahan lama. Rasa membazir pun ada. Sudah berbotol-botol dan jenama bertukar tapi kesannya masih sama.
Sekiranya anda menghadapi masalah sebegitu, anda tidak keseorangan. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan anda cara memilih minyak wangi yang lebih tahan lama. Barulah anda rasa berbaloi untuk beli.
Teruskan membaca hingga tamat.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Minyak Wangi?
Mengikut takrifan, minyak wangi adalah campuran wangian pati dan wara pelarut untuk menghasilkan bau yang menenangkan.
Kepekatan bauan pula adalah berbeza dan ia bergantung kepada dengan campuran air dan sebatian alkohol yang dinamakan etanol.
Lagi pekat sebatian alkohol itu, semakin tahan lama dan kuat baunya dan sebaliknya.
5 Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu
Untuk pengetahuan anda, peratusan sebatian aromatik yang tinggi akan membuatkan tempoh masa minyak wangi itu bertahan lebih panjang.
Sekiranya anda bercadang untuk beli minyak wangi, pastikan anda tahu beberapa istilah yang sering digunakan untuk melabel minyak wangi.
Perfume atau Parfum
- Kepekatan minyak wangi yang tertinggi
- Tahap kepekatannya di antara 20% hingga 30%
- Sangat mahal
- Boleh bertahan sehingga 12 jam
- Perfume yang berkualiti serta tahan seharian
Eau de Parfum (EDP)
- Kepekatan kedua yang tertinggi
- Tahap kepekatannya di antara 10% sehingga 20%
- Campuran minyak wangi yang mempunyai air atau alkohol
- Boleh bertahan dari 8 ke 12 jam
- Menjadi pilihan untuk mereka yang mencari ‘niche pefume’
Eau De Toilette (EDT)
- Kepekakatan antara 4% sehingga 15%
- Biasa digunakan untuk minyak wangi lelaki
- Bauan yang ringan
- Kandungan alkohol yang lebih di dalam sebatian wangian
- Dijual dalam bentuk spray
- Tidak tahan lama
Eau de Cologne (EDC)
- Kepekatan di antara 2% sehingga 5%
- Bau wangian yang ringan dan segar
Eau de Fraiche (EDF)
- Kepekatan minyak wangi terendah
- Tahap kepekatan dari 1% hingga 2% sahaja.
- Haruman seharian yang sesuai untuk anda yang tidak mahu berbelanja lebih
Cara-Cara Untuk Menjadikan Minyak Wangi Tahan Lama
Ramai menjadikan pemakaian minyak wangi sebagai rutin wajib sebelum melangkah keluar dari rumah. Ada yang sehingga membawa botol kecil yang mudah di simpan di dalam beg.
Ada juga yang sanggup berbelanja mahal untuk mendapatkan minyak wangi yang berkualiti dan berjenama.
Di sini kami kongsikan 4 panduan bermanfaat untuk membuatkan minyak wangi tahan lebih lama.
1. Simpan Di Dalam Suhu Bilik, Jangan Simpan Di Dalam Bilik Air, Tempat Lembab Atau Panas.
Partikel minyak wangi boleh pecah sekaligus menyebabkan minyak wangi tidak tahan lama bila disimpan di tempat panas.
Jadi elakkan tempat yang panas seperti tepi tingkap atau peralatan yang panas seperti curling iron.
2. Simpan Minyak Wangi Dalam Kotak
Jangan buang kotak minyak wangi anda. Simpan botol minyak wangi anda di dalam kotak itu supaya ianya selamat dari cahaya matahari dan suhu panas.
3. Ketatkan Penutup Botol
Jangan biarkan minyak botol anda tidak ditutup dengan kemas walaupun anda sedang kelam kabut bersiap.
4. Pilih Minyak Wangi Dalam Bekas Kecil
Intensiti aroma minyak wangi akan berkurangan sekiranya botol minyak wangi anda besar dan ianya troksida dari udara.
Pilihan Minyak Wangi
Pasti sekarang anda sudah tahu minyak wangi yang sesuai untuk anda. Dengan tips untuk memastikan minyak wangi tahan lebih lama, anda pasti tak sabar nak cari minyak wangi yang sesuai untuk anda.
Minyak Wangi De’Xandra
Minyak wangi De’Xandra adalah Eau de Parfum (EDP) yang tahan lama.
Untuk Lelaki
Terdapat minyak wangi lelaki yang khas mampu memberikan personaliti tersendiri terhadap pemakainya. 5 wangian yang unik daripada sebatian wangian yang padat dengan aroma:
Wangian Klasik – sesuai untuk anda yang minat bauan vintage yang ada kelas tersendiri.
Wangian Elegan – Untuk anda yang sukakan bauan ‘macho’ wangian dari rangkaian ini buah kranberi atau buluh menjadi pilihan lelaki yang ‘low profile’
Wangian Intense – Wangian yang anda mahukan kalau anda ingin tampak lebih profesional
Wangian Lucious – Siri rangkaian ini untuk anda yang ingin bauan segar dan manis.
Wangian Dinamik – Rangkaian yang hadir dari pelbagai sitrus dan beri untuk anda yang gemarkan bau yang lembut tetapi masih macho.
Untuk Wanita
Wangian untuk wanita untuk tampak lebih berkeyakinan dengan bauan floral dan sitrus segar hadir dalam 5 rangkaian:
Wangian Klasik – Wangian yang klasik yang gemarkan bauan floral.
Wangian Elegan – Dengan wangian ini, setiap langkah anda berjalan akan nampak lebih berkeyakinan.
Wangian Intense – Campuran aroma yang eksotik sesuai untuk anda yang mahu nampak berbeza.
Wangian Luscious – Minyak wangi yang manis, sesuai untuk anda jadi lebih ceria untuk hari anda.
Wangian Dinamik – Tukar mood anda dengan rangkaian ini yang padat dengan bauan lembut dan manis.
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang wangian De’Xandra? Boleh klik di sini untuk hubungi kami
Lawati laman web kami untuk terokai De’Xandra.
Adakah anda berminat untuk menjana pendapatan lumayan? Jadilah ejen kami. Anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.