New York, Kota Yang Tidak Pernah Tidur

New York merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia. Sebagai sebuah bandar raya global utama, New York memancarkan pengaruh hebat terhadap perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen, penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia. Bandaraya ini dipanggil Bandaraya New York untuk membezakannya daripada negeri New York di mana terletaknya bandaraya ini.
Selain itu, Times Square adalah satu persimpangan jalan komersil utama di majlis perbandaran di Manhattan, Kota New York. Ia terletak dipersimpangan jalan Broadway dan Seventh Avenue dan mengunjur dari barat Jalan ke-42 sehingga ke barat ke-47. Times Square telah dinamakan semula pada bulan April 1904 selepas The New York Times memindahkan ibu pejabatnya ke Bangunan Times yang baru dibina, yang mana kini dikenali sebagai One Times Square dan menjadi tapak bagi acara tahunan jatuhan bola pada Malam Tahun Baru. Times Square, atau nama gelarannya “Persimpangan Dunia” dan “Jalan Putih Besar,” mencapai status sebagai mercu tanda ikon dunia dan menjadi simbol Kota New York dan Amerika Syarikat.
Liberty Enlightening the World, lebih dikenali dengan nama Statue of Liberty atau Patung Kebebasan, adalah satu patung berukuran raksasa yang terletak di Pulau Ellis, di muara Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat. Patung ini dihadiahkan oleh Perancis untuk Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan merupakan suatu simbol selamat datang untuk pengunjung, imigran dan orang Amerika yang pulang ke tanah air mereka. Patung yang diberikan pada 28 Oktober 1886 ini merupakan hadiah seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat dan merupakan simbol persahabatan antara kedua-dua negara. Pemahat patung adalah Frederic Auguste Bartholdi, dan Gustave Eiffel (pereka Menara Eiffel) merancang struktur dalamannya. Patung Liberty adalah salah satu lambang AS yang paling terkenal di seluruh dunia, dan melambangkan kemerdekaan dan kebebasan.
Anda ingin ke bercuti ke Bandar New York? Jangan lupa untuk selitkan wangian De’Xandra ke dalam tas tangan ‘carry-on’ anda! Saiznya yang kecil membolehkan ia dibawa naik ke pesawat supaya anda boleh semburkan wangian kegemaran anda bila-bila masa. Untuk mendapat feel pemandangan Bandaraya New York sebenar, apa kata dapatkan DX NO.9 . Amat sesuai digunakan untuk unisex sambil menikmati pemadangan bandaraya Times Square yang sangat menakjubkan! Tentunya memberi mood ceria dan bergembira kepada siapa saja yang memakainya!