Salam perkenalan !

Hai, nama saya Najibah binti Mustaffa. Fragrance Director De'Xandra kawasan Temerloh, Pahang .

Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .

Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?

Sebelum itu...

Sedikit Tentang Saya

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Sedikit pengenalan tentang diri saya. Saya bermula dengan De'Xandra sekitar 7 tahun lepas sebagai ejen bermodalkan RM1060 waktu itu.

Sebelum itu saya merupakan seorang pensyarah di sebuah kolej swasta. Masa tu saya tinggal berasingan dengan suami kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja. Saya di Kuantan dengan anak-anak, suami pula di Temerloh. Setelah hampir setahun tinggal berjauhan, saya ambil keputusan berhenti kerja untuk tinggal bersama suami.

Masa itu lah permulaannya saya buat bisnes minyak wangi ini sebab nak bantu suami tambah pendapatan keluarga. Tak pernah ada pengalaman berniaga pun sebenarnya. Tapi melalui proses demi proses, belajar jatuh dan bangun.

Alhamdulillah. De'Xandra menjadi sumber pendapatan saya dah nak masuk 7 tahun. Syukur! Dibawah ini antara gambar kenangan sewaktu hari terakhir saya bergelar pensyarah.

Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra

De'Xandra ini kuat kerana adanya founder yang sangat-sangat luar biasa.Sewaktu pertama kali bertemu Puan Erna pada tahun 2015, masa tu dalam program IMKK Dr.Azizan. Saya sudah jatuh cinta!

Sebabnya Puan Erna adalah seorang yang sangat besar hatinya dengan kasih-sayang, merendah diri walaupun sudah berada di satu kedudukan yang tinggi. Dan saya masih ingat Puan Erna selalu sebut, "bisnes ini kita nak bantu orang.

Kita kena bersihkan hati, mudah-mudahan rezeki pun mudah nak dekat dengan kita". Setelah menyertai jemaah De'Xandra, daripada jatuh cinta dengan personaliti Puan Erna, saya jatuh cinta pula dengan visi dan misi bisnes De'Xandra serta kualiti produk yang dihasilkan.

Alhamdulillah alhamdulillah. Rasa seronok berniaga sebab dapat tambah pendapatan, dapat kenal dan bantu orang.

Perjalanan Saya Bersama De'Xandra

2015 saya bermula sebagai ejen. Tak lama selepas itu, HQ De'Xandra menawarkan saya untuk menjadi Stokis. Waktu itu rasa tak bersedia. Tetapi satu kata-kata Puan Erna yang melekat dalam fikiran. "Peluang tak selalu datang. Sama ada kita bersedia atau menyediakan diri". Terus saya terima tawaran itu.

Dan bermulalah perjalanan huru hara dengan bisnes yang masih home-based ketika itu. Anak-anak pula masih kecil. Kelam kabut juga uruskan order, packing, pos dan sebagainya.

Alhamdulillah. Lebih kurang 500 reseller yang berdaftar di bawah team Stokis De'Xandra Temerloh. Dan pada tahun 2016, saya mencapai jualan RM1 juta pertama. Masyaallah hanya beroperasi dari rumah dan tanpa staf.

Dibantu oleh suami dan anak-anak sahaja. Memikirkan yang saya sudah tidak lagi mampu menguruskan sendiri, saya mengambil keputusan membuka sebuah outlet pada awal tahun 2017 dan kini masih beroperasi dengan tiga orang staf.

Kenapa Saya Memilih Meniaga Produk De'Xandra?

Di saat banyak peluang dan ruang untuk menerokai pelbagai bisnes lain, saya terus setia bersama De'Xandra sehingga kehari ini kerana....

01

Brand yang sangat terkenal dari ditubuhkan sehingga sekarang.

02

Circle dan budaya yang sentiasa memberikan impact dalam bisnes.

03

Founder yang humble dan sentiasa selesaikan masalah dengan bijaksana

04

Ilmu yang mahal yang diberikan oleh HQ setiap minggu.

05

Sentiasa improve kualiti produk.

06

Keuntungan yang sangat tinggi.

07

Hala tuju syarikat yang sangat jelas.

Pencapaian Saya di dalam De'Xandra

Dari tahun 2016 hingga ke hari ini...

Rekod Jualan Tertinggi

Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...

RM 0
2016

Antara Team Saya Yang Berjaya

Ada yang berjaya mencapai jualan sehingga 5 angka sebulan!

Adzna sertai De'Xandra pada Mei 2017. Adzna ada kerjaya hakiki, buat bisnes De'Xandra secara part time sahaja. Tapi berjaya membuka sebuah outlet di bandar Kuala Lipis, Pahang dan membuat jualan hampir RM70,000 pada tahun 2021

ADZNA AHMAD

Kuala Lipis

Afzan sertai De'Xandra sejak 2015 lagi. Ada kerjaya hakiki, tetapi tidak menghalang Afzan untuk menjana pendapatan berterusan bersama De'Xandra. Antara kejayaan manis Afzan ialah membuat jualan hampir RM60,000 pada tahun 2021.

AFZAN HUSSIN

Mentakab

Suhaimi ini antara team saya yang veteran. Otai tapi berbisa. Menyertai De'Xandra pada bulan Ogos 2018. Bertugas sebagai auditor, ke sana sini atas urusan kerja.Namun tetap mampu membahagikan masa untuk perniagaan.Dan pencapaian membanggakan Suhaimi adalah membuat jualan hampir RM50,000 pada tahun 2021.

SUHAIMI AHMAD

Jengka

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.

Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ