Kenapa Minyak Wangi Sama Tapi Bau Berbeza ? Ini Sebabnya !

Pernah tak korang rasa, “sedapnya bau perfume kawan ni… tapi kenapa aku pakai bau tak sama pun…terbeli yang lain ke?” Yang peliknya, dua-dua sembur perfume yang sama pada masa yang sama pula tu. Tapi beza aromanya.
Haa…
Maksudnya… if korang nak tau.. setiap manusia mempunyai kimia yang berbeza di badan.
Kenapa?
Kerana memang begitu ciptaan tuhan.. unik… hehehe..
Eh jangan marah ya! Gurau je. OK lah kita cerita yang sebenar.
Setiap perfume mempunyai campuran aromanya yang tersendiri. Digabungkan beberapa aroma malah ada yang berpuluh-puluh jenis aroma dalam satu botol. Dan setiap aroma ini mempunyai cirinya yang tersendiri.
Dan untuk pengetahuan korang juga, kulit korang dan rakan korang juga tidak semuanya sama. Perbezaan ini disebabkan genetik korang, perubahan hormon korang, pengambilan makanan dan ubat-ubatan, dan juga paras stres korang. Ini mungkin merubah pH kulit ataupun meningkatkan juga mengurangkan kelembapan kulit korang.
Oleh itu apabila perfume disemburkan pada kulit, beberapa komponen aroma dalam wangian itu mungkin akan bereaksi dengan kulit anda menyebabkan aroma tertentu lebih jelas manakala aroma lain lebih pudar.
Jangan risau, dalam kebanyakan situasi, perbezaan ini tak cukup besar. Rata-rata bau wangian lebih kurang sama saja bagi setiap orang, cuma dengan sedikit kelainan di sini sana yang hanya dapat dibau secara teliti. Bagi mereka yang wangiannya terlalu jauh berbeza, ataupun berbau tidak menyenangkan, kami sarankan tukar jenis wangian anda atau gunakan krim / losyen kulit lain yang lebih sesuai.
Apa-apapun kelainan ini (selagi baunya menyenangkan), juga memberikan keunikan kepada kewangian badan korang. Ia boleh menjadi signature scent korang, menyebabkan korang lebih diingati di mana saja.
Inginkan wangian yang lebih unik dan jauh berbeza? Apa kata cuba wangian De’Xandra yang baru pula. Mana tahu antara beberapa yang kita release tak lama lagi ni, ada yang memberikan sensasi lain daripada lain untuk korang. Kalau berminat, boleh contact reseller kita sekarang ye.
Penulis Artikel:
Saadiah Asarani, Team Marketing De’Xandra