Meroket di Manchester

16 October 2018 Izzati Hassan Uncategorized

De’Xandra sangat bertuah pada hujung tahun ini kerana dijemput khas ke Muslim Lifestyle Expo 2018 (Expo Gaya Hidup Muslim) yang bertempat di Manchester, UK pada 13-14 Oktober. ini merupakan kali pertama De’Xandra dijemput ke event seumpamanya di benua Eropah. Expo Gaya Hidup Muslim ialah satu event tahunan yang menampilkan semua perniagaan, perkhidmatan dan selebriti dari dunia Muslim luar dan dalam Eropah. De’Xandra dijemput sebaris dengan lebih 100 peserta pameran dari seluruh dunia termasuklah peserta dari Malaysia seperti Hijabs By Hanami, Sugarscarf, Lawabana, ProperHijab, Adabi, dan Wirdora Hijab Pin. Selebriti muslim UK juga dijemput menjadi penyeri majlis seperti Saliha Mahmood-Ahmed, pemenang Masterchef 2017 UK serta pelakon komedi UK terkenal Abdullah Afzal (Citizen Khan) untuk memberikan persembahan ‘Live’. Turut disajikan pertunjukan fesyen muslim serta makanan lazat dari seluruh dunia.

Team De’Xandra yang diketuai Puan Ernayanee Nur dan suami Redzuan Syah Putra, Ezureen Nur dan Safwan Ismail, Ketua Bahagian Akaun Daniel, diikuti Ketua Design Fahimy dan jurukamera Rozi Rani bertolak ke Manchester pada 11 Oktober dan pulang ke Malaysia pada 16 hb minggu seterusnya.

De’Xandra membuat kejutan dengan bukan sahaja membawa semua produk ‘bestseller’ malah melancarkan gift set baru di event tersebut. Gift set baru ini menampilkan kotak hadiah yang lebih tebal dengan riben monogram eksklusif, sesuai untuk dijadikan hadiah ulangtahun mahupun hantaran pernikahan. Event tersebut berjaya menghasilkan sales yang memberangsangkan apabila kesemua Air Freshener habis dijual serta gift set pula menjadi rebutan ramai sehinggakan terdapat pelanggan yang menemui Puan Erna untuk membelinya secara peribadi selepas pameran tamat.

Umumnya wangian De’Xandra mendapat respons yang baik di kalangan pengguna-pengguna dari Eropah kerana baunya yang wangi pada harga yang berpatutan. Puan Erna menjangkakan lebih banyak peluang untuk memasarkan wangian De’Xandra ke benua tersebut pada masa yang akan datang.

Mari kita saksikan suasana sekitar Expo Muslim Lifestyle serta pelancaran Gift Box De’Xandra.