Meraikan Lebaran di Rumah Terbuka De’Xandra

4 July 2018 Izzati Hassan Life at De'Xandra

Pada 1 Julai 2018 yang lalu, kami telah mengadakan Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri di HQ De’Xandra, Bandar Teknologi Kajang. Majlis ini dihadiri semua staff, rakan niaga, ejen, stokis, dan sahabat handai serta ahli keluarga mereka. Kami juga menjemput pelajar dari Akademi AlQuran Abdulrahman untuk menyerikan majlis.

Semoga Rumah Terbuka ini dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kita dan memberikan peluang untuk kita berkenalan dengan lebih rapat lagi. Andainya ada sebarang kekurangan dari pihak kami, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Moga kita berjumpa lagi pada lebaran akan datang. 😊