Manfaat Lailatul Qadar

23 May 2019 De'Xandra Titipan Wangian Ramadhan

Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan Islam yang lain kerana kelebihannya. Jika bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah, maka bulan Ramadhan adalah bulan khas untuk umat Islam. Bulan ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT kepada hambaNya. Oleh itu, di dalamnya ada satu malam yang cukup istimewa dan sangat ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman iaitu Lailatulqadar.

Keistimewaan bulan ini adalah setiap ibadat yang dilakukan di dalamnya lebih baik daripada 1,000 bulan lain. Malam Lailatulqadar ini akan berlaku dalam salah satu antara 10 malam terakhir Ramadhan. Jadi, apakah persediaan diri yang kita perlu untuk mendapatkan pahala lailatulqadar?

  1. Menambah dan Menjaga Solat

Antara amalan untuk menghidupkan malam hari Lailatulqadar ini adalah dengan solat malam iaitu solat sunat seperti solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat. Jagalah dan jangan abaikan perkara-solat Sunnah seperti solat sunat rawatib.

Solat fardhu juga jangan dilupakan. Kita juga perlu solat di awal waktu. Insya-Allah akan selesaikan segala masalah kita jika solat diawal waktu. Kita dahulukan Allah, pasti Allah akan membantu kita.

  1. Membaca Al-Quran dan berzikir

Al-Quran dapat menyelamatkan kita di kubur dan dan di Padang Masyhar. Bacalah surah Al-Mulk setiap hari. Zikir harian juga perlu dijaga. Lakukan ibadah yang fardhu untuk dekatkan diri kepada Allah dan ibadah Sunnah pula untuk mencari cinta Allah.

  1. Refleksi Diri

Perbanyakkan taubat dan istighfar supaya diberi keampunan oleh Allah SWT diatas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Selama sebelas bulan kita sudah melakukan macam-macam dosa. Jadi pada satu bulan di Ramadhan ini, mohonlah ampun dari Allah SWT. Nikmat sebenar dalam hidup kita adalah apabila dosa kita diampunkan.

  1. Beriktikaf dan Qiyamulail.

Di 10 malam terakhir ini berjagalah, dan tahanlah nafsu kita untuk tidur. Jangan sia-siakan sepertiga terakhir bulan yang berkat ini. Jangan lupa mandi dan pakailah wangi-wangian ketika kita hendak berikhtikaf.

Selamat beramal semua De’Xandrian! Semoga setiap amal soleh yang kita lakukan pada bulan ini akan diberikan ganjaran.

 

https://youtu.be/2JL8jlP5RN0