Maldives, Syurga Pulau Nan Indah

Antara kepulauan yang kini menjadi perhatian ramai pelancong dan pengembara ialah Maldives yang merupakan sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi. Maldives sering dijadikan sebagai tempat idaman ramai pengunjung yang ingin menikmati ketenangan. Bagaimanapun jika dibandingkan dengan kepulauan lain, Maldives diibaratkan seperti syurga dunia. Selain itu, Maldives juga sering dikunjungi para selebriti ternama dunia memandangkan ia menyediakan pelbagai kemudahan bertaraf lima bintang.
Destinasi pelancongan luar negeri yang menjadi impian kebanyakkan orang adalah Maldives. Selain keindahan laut, Kepulauan kecil yang berhadapan dengan Srilanka ini juga terkenal akan kemudahan mewahnya. Begitu banyak restoran berkonsep air dengan pemandangan menakjubkan, malah pengunjung boleh menikmati makan sambil ditemani ribuan ikan cantik.
Sebuah penginapan di Maldives berhasil dinobatkan jadi World First Ocean Bed Hotel Suite. Paling seronok sekali, anda boleh menikmati suasana tidur beratapkan air dan ikan-ikan. Keindahan bawah laut Maldives memang menjadi perhatian dunia. Kini, Maldives mempunyai penginapan mewah di bawah laut. Bilik mewah ini berada di The Conrad Maldives Rangli Island dengan nama The Muraka. The Muraka memiliki 2 tingkat, ada yang di atas dan di bawah laut. Pemandangannya sama-sama menakjubkan.
Jika anda ingin ke kepulauan Maldives, jangan lupa untuk selitkan wangian De’Xandra ke dalam tas tangan ‘carry-on’ anda! Saiznya yang kecil membolehkan ia dibawa naik ke pesawat supaya anda boleh semburkan wangian kegemaran anda bila-bila masa. Untuk mendapat feel keindahan pulau Maldives yang sebenar, apa kata dapatkan DX Romance dan DX Emblem. Amat sesuai digunakan sambil menikmati pemadangan lautan yang biru sambil berjalan di tepi persisiran pantai pasir putih bersama yang tersayang! Tentunya memberi mood ceria dan bergembira kepada siapa saja yang memakainya!