Salam perkenalan !

Hai, nama saya Luqman Alhakeem a.k.a Luqman . Fragrance Director De'Xandra kawasan Bukit Bintang.

Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .

Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?

Sebelum itu...

Sedikit Tentang Saya

Luqman mula-mula dulu berniaga sebelum jumpa dengan Bisnes De'Xandra dah cuba macam-macam perniagaan tapi semuanya tak berjaya.

Daripada jualan di rumah sampailah buka gerai tepi jalan. Semuanya terlanggar dinding. Kehidupan Luqman sebelum adanya De'Xandra memang terumbang ambing mengikut ombak masa.

Sampai satu masa, alhamdulillah dipertemukan dengan De'Xandra pada awal tahun 2019. Barulah nampak titik perubahan dalam perniagaan tu. Rupa-rupanya dalam bisnes ini kita perlukan keseimbangan dalam EQ, IQ dan SQ.

Di De'Xandra, Alhamdulillah semuanya tersedia.

Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra

De'Xandra ini kuat kerana adanya founder yang sangat-sangat luar biasa.

Luqman nampak Puan Erna ini seorang yang sangat memberi inspirasi. Seorang yang sangat rendah diri tapi sebenarnya kejayaannya sangat luar biasa.

Beliau adalah founder yang sangat menjaga team dan kualiti produk dalam De'Xandra. Sentiasa memberikan yang terbaik untuk team De'Xandra.

Perjalanan Saya Bersama De'Xandra

Pada mula-mula Luqman join dalam De'Xandra pada February 2019, Luqman join sebagai consignment. Apa itu consignment? Consignment adalah kedai atau orang yang memegang stock orang lain dan tolong jualkan.

Waktu mula-mula dulu memang tak ada modal langsung. Jatuh bangun dulu sangat tak terkawal emosi dan kewangan. Tapi alhamdulillah dapat rezeki daripada Allah.

Saya dapat stok jualan tanpa perlu keluarkan modal dulu dengan Farah Amirah, agent lama saya sebelum ini. Cara saya mula-mula berniaga adalah dengan Face-to-Face, jualan secara meja ke meja ataupun dalam De'Xandra kami panggil ianya sebagai De'Xandra Road Tour.

Pada mula-mula berniaga dulu saya memang titik beratkan ilmu perniagaan. Luqman focus pada cikgu-cikgu yang akan bantu saya dalam bisnes Luqman.

Pada bulan June 2019, saya telah naik jadi agent dan teruskan lagi cara berniaga yang sama. Di penghujung tahun saya berjinak-jinak dalam dunia consignment. Saya pula yang keluarkan stok sendiri untuk letak di kedai-kedai makan, Petrol Pump, Carwash atau mana-mana kedai yang sesuai untuk diletakkan. Alhamdulillah sebelum PKPD haritu ada dalam 100 kedai.

Terkini, alhamdulillah dapat rezeki naik jadi Director (Stokis) De'Xandra pada bulan December 2021 dan mempunyai dua kiosk. Insya Allah tahun 2022 nak bantu lebih ramai orang yang terjejas dalam income.

Insya Allah, Luqman pegang pada tiga cara rezeki datang pada kita.

1) Rezeki yang telah ditetapkan. Rezeki yang memang ada untuk kita dan takkan berubah. Contoh macam badan kita dan udara.

2) Rezeki yang kita usahakan. Sebab itu semua orang yang berusaha akan dapat habuannya.

3) Dan yang terakhir rezeki apabila kita bersyukur.

Inilah yang paling sedikit modal tenaga dan masa yang kita perlu keluarkan. Tapi sukar untuk kita buat.

Kenapa Saya Memilih Meniaga Produk De'Xandra?

Di saat banyak peluang dan ruang untuk menerokai pelbagai bisnes lain, saya terus setia bersama De'Xandra sehingga kehari ini kerana....

01

Disediakan marketing tools

02

Produk yang berkualiti dan evergreen

03

Margin keuntungan yang besar

04

Circle yang sangat best & positif

05

Group yang focus kepada growth

06

Kelas jualan dan leadership disediakan

07

Jenama yang dipercayai dan dikenali dalam Malaysia

08

Visi & Misi syarikat yang jelas

Pencapaian Saya di dalam De'Xandra

Dari tahun 2016 hingga ke hari ini...

Rekod Jualan Tertinggi

Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...

RM 0
2021

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.

Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ