London, Mata London

21 December 2018 De'Xandra Uncategorized

The Merlin Entertainments London Eye lebih dikenali sebagai The London Eye, dan juga digelar Millennium Wheel manakala dalam Bahasa Melayu adalah Mata London, dengan ketinggian 135 meter (443 ft). Merupakan roda feris terbesar di Eropah, dan telah menjadi tarikan pelancong dibayar termasyhur di United Kingdom, dilawati oleh lebih tiga juta orang dalam setahun. Sewaktu ia didirikan, pada 1999, ia adalah roda Ferris tertinggi di dunia, sehingga ia diatasi oleh Bintang Nanchang (160 m) pada Mei 2006, dan kemudian Pelayang Singapura (165 m) pada 11 Februari 2008. Bagaimanapun, ia masih digambarkan pengendalinya sebagai “roda pemerhatian berjulur tertinggi di dunia” (oleh kerana keseluruhan strukturnya disokong oleh bingkai-A pada satu belah sahaja.

London Tower Bridge telah berdiri di atas sungai Thames sejak tahun 1894 dan merupakan salah satu mercu tanda yang paling dikenali di dunia. Jambatan Menara atau lebih dikenali dengan nama Tower Bridge adalah gabungan jambatan imbang dan gantung di London, England di atas Sungai Thames. Ia berdekatan dengan Menara London, yang memberikannya nama itu. Ia telah menjadi suatu lambang berikon London dan kadangkala tersilap panggil Jambatan London, sedangkan Jambatan London sebenarnya ialah jambatan berikutnya ke arah hulu. Jambatan Menara dimiliki dan dikekalkan oleh Bridge House Estates, sebuah amanah dermaan yang dikawal oleh Perbadanan Bandaraya London.

Big Ben ialah nama yang diberi kepada untuk loceng besar “Great Bell” dalam menara jam di hujung utara Istana Westminster di London. Nama samaran sering juga digunakan untuk memaksudkan jam atau menara berkenaan. Menara ini secara rasmi dikenali sebagai Menara Elizabeth, dinamakan semula sebegitu kerana untuk meraikan Jubli Intan Elizabeth II sebelum dinamakan semula pada tahun 2012 ia dikenali sebagai “Menara Jam”. Ini adalah jam berperanggu loceng bermuka empat yang terbesar di dunia, dan menara jam berdiri bebas ketiga tertinggi di dunia. Jam ini mula berdetik pada 31 Mei 1859.

Andai anda berkesempatan ke London, jangan lupa selitkan wangian De’Xandra ke dalam tas tangan ‘carry-on’ anda! Saiznya yang kecil membolehkan ia dibawa naik ke pesawat supaya anda boleh semburkan wangian kegemaran anda bila-bila masa. Untuk mendapat feel ketika berjalan di Kota London, apa kata dapatkan DX London dan DX Code yang yang sesuai di pakai ketika mengelilingi Kota London dengan menaiki mini double decker bus. Tentunya memberi mood ceria dan bergembira kepada siapa saja yang memakainya!