Lima Personaliti yang WAJIB Memakai Wangian TWIST and SPRAY Ini!

2 May 2019 Izzati Hassan Featured Article

De’Xandra sudah lama dikenali sebagai brand utama wangian di Malaysia. Sebut wangian, teringat De’Xandra. Terkenal dengan lebih 35++ jenis wangian inspirasi antarabangsa termasuklah wangian Limited Edition seperti wangian DX dan wangian Hari Raya.

Kini, De’Xandra mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan melancarkan lima wangian portable “twist and spray”. Tidak perlu risau penutup botol longgar atau hilang lagi, hanya putar untuk sebarkan aroma yang bergaya!

TWIST AND SPRAY 10ML – WANGIAN TERHANGAT DI PASARAN

Wangian ini dihasilkan dalam lima aroma khusus untuk lima karekter pencinta wangian yang ada di negara kita. Adakah anda salah satunya? Jom kita lihat di bawah….

 

  1. Aroma Glee – untuk yang sentiasa ceria

Glee adalah aroma bunga-bungaan yang disulam bau buah manis. Jadi sepertimana wangiannya, gadis Glee adalah seorang yang ceria, peramah, dan sentiasa mengambil berat akan orang yang mereka sayang. Dia jarang menolak untuk membantu rakan-rakan dalam kesusahan, dan akan sentiasa menghulur tangan dengan penuh senyuman. Wangian ini amat sesuai untuk menceriakan hari mereka di pejabat mahupun semasa bertemujanji dengan rakan-rakan.

 

  1. Modé – untuk mereka yang lain dari yang lain

Modé wangian yang bukan biasa-biasa. Ia berbau manis tapi ‘woody’, dengan sedikit sentuhan safron yang mewah. Oleh itu pemakainya bukan biasa-biasa – kombinasi aroma ini biasanya digunakan oleh mereka yang ‘kreatif’, bersifat artistik dan sering menjadi ‘trendsetter’ di kalangan rakan-rakan. Gadis Modé juga gadis yang jenis sukar diduga dan sentiasa menarik perhatian di mana saja mereka berada. Tapi ini bukan bermakna mereka seksi ya! Cuma mereka ada satu ‘X-factor’ yang membuatkan mereka sukar dilupakan oleh siapa saja yang bertemu dengannya.

 

  1. Class – untuk pengejar cita-cita

Sememangnya dalam kelasnya yang tersendiri. Wanita yang sukakan aroma fresh-oriental floral ini memang jenis bercita-cita tinggi, bersemangat dan berdedikasi terhadap tugasan mereka. Ini wangian yang mereka akan bawa ke ‘meeting room’ untuk ‘close project’ dan temuduga ke pangkat yang lebih tinggi. Walaupun wanita jenis ini agak ‘keras hati’ seperti seorang lelaki, tapi penampilan mereka tetap elegan dan feminin sepanjang hari. Oleh itu, Class cukup melengkapi!

 

  1. Rush – jejaka pengembara, kreatif, versatil

Jejaka yang dilambangkan oleh wangian Rush adalah jejaka berfikiran terbuka. Dia seorang yang ‘simple’, selamba, justeru itu dia boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, di mana saja dia berada. Namun jiwanya bebas, dia tidak suka dikongkong, tapi jauh di sudut hati, dia juga mahu menjadi jejaka dambaan wanita. Oleh itu wangiannya cukup semerbak dengan aroma rempah bersitrus, harum menggoda untuk kegunaan ke majlis-majlis keramaian dan juga untuk ke rumah terbuka.  

 

  1. Vibe – pengejar trend dan jejaka aktif perlukannya!

Vibe bukan wangian biasa-biasa. Ia semerbak dengan aroma sitrus segar berkayu yang memberi mood dan semangat kepada pemakainya biarpun aktif sepanjang hari. Kombinasi aroma ini sesuai untuk mereka yang mencari wangian ke tempat kerja, ke gim, ataupun wangian selepas bersukan. Aromanya tidak begitu menusuk kepada si pemakai namun tetap menyenangkan sesiapa yang membaunya. Padankan dengan pakaian kerja pada siang hari, atau jersi bola dan sneakers pada malam hari, kami yakin anda akan transform jadi jejaka yang bergaya!

 

Jadi apa tunggu lagi? Adakah anda antara lima personaliti yang terpilih untuk wangian edisi baru ini? Jika ya, dapatkannya segera. Wangian unik “twist and spray” ini disediakan dalam pakej ‘starter’ iaitu botol dan refill dengan harga RM49.90 sahaja. Dapatkannya di kiosk reseller-reseller terpilih De’Xandra di seluruh Malaysia bermula bulan April ini sebelum kehabisan, ya!