Salam perkenalan !
Hai, nama saya Mohamad Syubhana a.k.a Bana . Fragrance Director De'Xandra kawasan Kota Setar .
Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .
Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .
Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?
Sebelum itu...
Sedikit Tentang Saya
DARI DROPSHIP KINI STOKIS DE'XANDRA KOTA SETAR
Kisahnya bermula, hujung semester tahun akhir sewaktu ijazah sarjana muda di Kampus, ketika itu September 2015.
Alhamdulillah dipertemukan dengan abang dan guru perniagaan ku Mohd Hafizzul Azmi Ismail ( Abam Joe ), tertarik dengan jualan sehingga berpuluh botol sehari, dan cara soft sellingnya, dan terbaca ayat Call To Action ""nak sertai team abam joe, kena bertindak... whatssapp ....""
Maka saya terus Whatssapp dan bertanya.
Alhamdulillah fast respons dan mesra dalam menjawab setiap soalan dari saya membuatkan saya yakin untuk sertai team Abam Joe walaupun jauh beratus KM ( kelantan - kedah ) .
Kenapa saya terus dan terus bersama De'Xandra, jawabnya kerana saya pasakkan impian, nekadkan hati untuk berjaya dengan De'Xandra.
Dalam perniagaan saya, saya azam untuk saya bertindak LUAR BIASA melebihi dari seller2 lain.
Jadi saya bertanya, apa yang boleh saya buat untuk jadi insan LUAR BIASA, kata team saya adalah buka booth!
Saya tak fikir panjang, yang saya tahu saya ikut ja apa mentor saya kata, jadi saya ambil keputusan walaupun berstatus dropship, saya habiskan lebih Rm500 ringgit untuk beli botol 35 ml dijadikan tester sahaja di booth saya.
Alhamdulillah sales di sana meningkat hari demi hari dan saya.
Saya ambil keputusan untuk upgrade diri menjadi agen.Selepas beberapa bulan ( 3 bulan ) database makin stabil ""repeated order"" makin meningkat, saya ambil keputusan untuk upgrade menjadi agent De'Xandra, cuma berlaku kekangan antaranya Abam Joe masih bergelar agent, saya ambil keputusan untuk tunggu dan terus belajar dengan Abam Joe sehingga dia bergelar stokis, bukan tak boleh saya bertukar stokis, tetapi bagi saya duit boleh dicari tapi guru yang ikhlas membantu kita siang dan malam, selain dari sayang akan Ukhwah yang dah dibina
Maka saya tunggu dan belajar sehingga beberapa bulan, akibat lambat upgrade! saya kehilangan beberapa customer tetap dan sales saya mula merudum jatuh, sebab apa, sebab saya mula lemau, tak upgrade dan lemah dalam mencari circle circle baru. INI KESILAPAN PENIAGA KECIL, bila berjaya upgrade, bila sales naik prepare.
Alhamdulillah Allah beri saya masa yang tepat untuk upgrade, Abam Joe berjaya menjadi stokis DeXandra, tak sampai beberapa hari saya terus keluarkan duit simpanan perniagaan saya untuk upgrade diri.
Maka bermulalah perjalanan saya menjadi seorang agent sah De'Xandra.
Bulan pertama kekuatan saya adalah pada database saya, saya contact kembali semua customer saya dengan TEKNIK FOLLOW UP RAHSIA JUTAWAN alhandulillah team saya cepat membesar.
Alhamdulillah sales saya pada bulan pertama sudah mencecah 5 angka.
Bulan kedua menjadi agent sah De'Xandra adalah saat bermakna bagi saya, saya diperkenalkan dengan program Motivasi Perniagaan Terbesar di Malaysia iaitu IMKK.
kisahnya bermula kerana sahabat saya Asiah, tak dapat hadir program KLINIK USAHAWAN yang dianjurkan di Alor Setar.
tingg tingg...
""adaa sapa2 nak ganti saya untuk ke seminar ni....Pm saya!""
Pertanyaan ini masuk dalam whatssapp group saya, tak fikir panjang, tanpa lihat diari saya terus Pm
""Saya nak !!!!""
DONE!!
Dari sana saya mula faham ilmu bisnes ini seperti laut, saya hanya barada di gigi air pantai sahaja, TERUS SAYA BERI NAMA UNTUK IMKK!
Ringkas ceritanya, bulan kedua saya menjadi agent saya mula GILA dengan ilmu bisnes, dan sales saya ketika itu sentiasa capai target yang saya ingin kan.
Kata orang perniagaan tanpa dugaan umpama gula tapi tiada rasa manis, saya juga diuji!
Berpuluh botol dan hampir ratus botol ""defect"" kerana ribut yang berlaku sewaktu saya buka booth di Kompleks Jubli Alor Setar, demam 2 hari dan tak malu saya katakan kepenatan saya dan dugaan sebegini buatkan air mata jantan saya keluar dan menitis di pipi say
a. Nasib baik sahabat dunia akhirat saya Mohd Shayyie Alif dan Nur Mohammad (ZamanAman) lah yang membantu untuk check satu persatu stock, dan tolong asingkan. Lelah fikir down memang tak daya angkat tubuh dah.
Tetapi dalam jiwa azam saya seperti sedang bercakap cakap, dan berapi membara, kekuatan dalaman saya mengatasi kesedihan yang ada pada saya,
Ketika ini saya muhasabah kembali beberapa bulan perniagaan saya sebelum ini.
Dan SAYA BERITAHU TUBUH, JIWA DAN AKAl saya, saya akan berjaya sebagai STOKIS PERTAMA DI KEDAH SATU HARI NANTI!
SAYA NEKAD DUGAAN INI YANG AKAN SAYA CERITAKAN WAKTU SAYA BERJAYA NANTI!
MEI 2016, Kekuatan ini semakin kukuh bila saya menghadiri IMKK ( 3 hari 2 malam ) di Kuala Lumpur, tak perlu saya ceritakan kesukaran saya untuk menghadiri seminar ini, cuma yang saya tahu, saya hanya seorang diri, dan menumpang di rumah rakan saya, dan tumpang belas untuk hantar dan ambil saya ke tempat program.
Alhamdulillah dengan kekuatan di IMKK saya yakin saya mampu untuk menjadi salah seorang STOKIS PERTAMA DE'XANDRA DI KEDAH.
Apa kekuatan yang saya dapat di IMKK adalah berkenaan keyakinan, kalau sebelum ni anda ragu-ragu dengan cita-cita anda, di sinilah tempat terbaik untuk membina keyakinan, jika anda ragu-ragu dengan luasnya rezeki ALLAH SWT, di sana anda lihatlah sendiri kejayaan insan-insan hebat yang anda sendiri pernah katakan itu semua MUSTAHIL.
Pulang dari IMKK tindakan saya penuh dengan 'energy' dan keyakinan, pantang dengar tentang seminar ilmu atau teknikal berkenaan bisnes, umpama magnet dan besi, nak melekat saja, dan setiap masa saya belajar, CUMA BELAJAR TANPA TINDAKAN ZERO!
Belajar itu penting, tetapi Tindakan itu yang menyempurnakan kepentingan yang ada pada belajar.
Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra
De'Xandra ini kuat kerana adanya founder yang sangat-sangat luar biasa. Pada saya, De'xandra ibarat sebuah keluarga.
Saya sangat kagum dengan semangat dan vibe yang sentiasa Puan Erna bawa. Puan Erna sentiasa mempunyai misi dan visi yang jelas dalam menaikkan jenama De'xandra.
Selain daripada personaliti Puan Erna yang sangat memberi inspirasi, wangian yang dihasilkan oleh De'xandra juga sangat berkualiti dan permintaan tinggi.
Perjalanan Saya Bersama De'Xandra
Setelah 4 bulan saya menjadi agent De'Xandra, saya dipanggil dan dimasukkan dalam satu Group Whatssapp "bakal stokis" oleh Kak Ernayanee Nur Julaimi dan diminta datang untuk sesi interview dan briefing.
Setelah selesai semua, dan Alhamdulillah, OGOS 2016, alhamdulillah saya sah menjadi Stokis Pertama De'Xandra Kedah.
Apa yang lebih membahagiakan saya sekarang ini saya punyai team yang cukup hebat, kurang lebih 200 orang, dan ada mereka yang sudah berjaya capai income sehingga 5 angka sebulan. Dan siapa2 yang nak cuba baru nak berniaga saya masih membuka pendaftaran. boleh PM direct ya. Dan kejayaan yang terbaru adalah telah berjaya lahirkan 1 orang anak Directer pada 2021.
Dan Rezeki Allah beri dalam bisnes ini saya laburkan dengan membangunkan 1 OUTLET DEXANDRA KOTA SETAR yang telah beroperasi penuh sejak Mac 2016 hingga kini tahun 2022 bersama staf saya seramai 5 orang. Dan turut mempunyai 150 kedai consigment di sekitar Kedah, Perlis, Kulim dan juga Peneng.
Alhamdulillah, Terima Kasih Allah di atas Semua Nikmat ini.
Stokis Pertama DeXandra Kedah
#BolehShareJikaManfaatÂ
Kenapa Saya Memilih Meniaga Produk De'Xandra?
Di saat banyak peluang dan ruang untuk menerokai pelbagai bisnes lain, saya terus setia bersama De'Xandra sehingga kehari ini kerana....
01
Visi & misi syarikat yang jelas
02
Jenama yang dipercayai ramai.
03
Founder yang humble dan sentiasa selesaikan masalah dengan bijaksana
04
Margin keuntungan yang besar.
05
Produk yang berkualiti dan pelbagai jenis
Pencapaian Saya di dalam De'Xandra
Dari tahun 2016 hingga ke hari ini...
Rekod Jualan Tertinggi
Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...
Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?
Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.
Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ