Kelas De’Xandra Academy – Sesi E-Usahawan Bersama Trainer MDEC

23 August 2018 Izzati Hassan Life at De'Xandra

Pada 18 dan 19 Ogos yang lalu, suatu kelas keusahawanan dijalankan di Headquarters De’Xandra Bandar Teknologi Kajang dengan usahasama MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation). Program ini dinamakan E-Usahawan dan bertujuan memperkasakan peniaga-peniaga tempatan yang mempunyai perusahaan kecil dan sederhana supaya lebih berdaya saing dalam perniagaan atas talian. Seramai 100 orang ejen dan stokis De’Xandra berdaftar dalam kelas ini. Oleh sebab sesi pembelajaran ini adalah intensif, peserta dibahagikan kepada sesi Sabtu dan Ahad serta setiap sesi berlangsung dari 8.30 pagi ke 6 petang.

Pihak MDEC mengutuskan mentor terbaik mereka untuk menjadi tenaga pengajar sesi kali ini iaitu Puan Norazlina Najmudin dari Rich and Rich Consultancy Sdn Bhd. Beliau yang kini  menjadi “Coach” keusahawanan sepenuh masa, adalah juga Pengarah Urusan syarikat logistik Merong Freight Sdn Bhd yang merupakan antara top-10 syarikat logistik terpopular untuk penghantaran dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak.  Silibus yang dibentangkan pada kelas keusahawanan beliau melibatkan cara penggunaan Instagram untuk perniagaan, cara menggunakan Facebook, pengiklanan atas talian menggunakan Ads Manager, penggunaan Google Trends, hashtag, serta tatacara menulis secara on-line.

 

Jom lihat apa kata mereka tentang kelas ini…

Rata-rata ramai stokis dan ejen yang menghadiri kelas ini mengakui yang mereka dapat banyak ilmu baru daripada Coach Norazlina. Oleh itu pihak kami di De’Xandra bersetuju meneruskan lagi kelas e-Usahawan bersama trainer-trainer MDEC bermula September akan datang. Diharapkan lebih ramai lagi stokis dan ejen mengambil peluang keemasan ini. Nantikan tarikhnya ya!