Kelas De’Xandra Academy – Know Your Perfume

Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi untuk satu lagi event perkongsian maklumat anjuran De’Xandra Academy iaitu Know your Perfume. Aktiviti ini dijalankan atas inisiatif Jabatan Pemasaran De’Xandra untuk memperkasakan lagi ilmu penjualan wangian bagi para stokis dan ejen.

Sumber gambar: IG @ikadexandra
Kelas Know Your Perfume ini dijalankan pada hari Sabtu dengan dua sesi, pagi dan petang serta dihadiri kira-kira 250 orang stokis dan ejen di HQ De’Xandra, Bandar Teknologi Kajang. Sesi pembelajaran disampaikan sendiri oleh Ketua Jabatan Pemasaran, Tuan Azdi Khairil yang berpengalaman lebih sedekad dalam pemasaran, khidmat pelanggan serta pembinaan modul-modul pendidikan untuk para usahawan.

Sumber gambar: FB Ernayanee Nur
Kelas pembelajaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pengenalan kepada konsep wangian dan cara pembuatannya, dan bahagian kedua mengupas ciri dan rahsia produk-produk wangian De’Xandra yang dijual sekarang. Kira-kira empat jam diperuntukan untuk setiap sesi yang bermula pada 9 a.m. dan 2.30 p.m. masing-masing untuk sesi pagi dan petang. Kelas ditamatkan dengan sesi penilaian semula kefahaman ejen dan stokis melalui satu kuiz ringkas. Didapati pengetahuan dan kemahiran jualan para stokis dan ejen meningkat setelah melalui proses pembelajaran selama empat jam bersama De’Xandra.

Sumber gambar: FB Keri Che Man
Rata-rata ejen dan stokis yang menghadiri kursus percuma ini juga mengakui mereka lebih memahami industri wangian secara umum serta lebih bersemangat untuk menjual produk wangian De’Xandra secara peribadi. Rata-ratanya juga mempersetujui bahawa event ini perlu diperluaskan lagi ke seluruh Malaysia. Oleh itu pihak De’Xandra sedang mengemaskan modul pembelajaran serta merancang ‘road tour’ ke seluruh negara dalam masa yang terdekat. Kami percaya bahawa aset yang paling penting dalam De’Xandra adalah sumber manusianya iaitu stokis dan ejen; oleh itu mereka perlu diperkuatkan dengan ilmu pemahaman dan taktik penjualan yang lebih efektif.

Sumber gambar: FB Ezu Ismail
Akhir kata kami di De’Xandra amatlah berterima kasih kepada pegawai serta hadirin yang membantu dalam kelancaran event Know Your Perfume tersebut. Diharapkan para hadirin mendapat ilmu yang bernilai serta membantu dalam proses pemasaran produk yang ada sekarang. Segala kebaikan yang datang adalah dari Allah S.W.T ; dan segala kekurangan kami datang dari diri kami sendiri dan harap dimaafkan.

Sumber gambar: IG @meldexandra
Semoga kita berjumpa lagi dalam sesi akan datang!