Kekal Bertenaga Dengan Bersahur

23 May 2019 De'Xandra Titipan Wangian Ramadhan

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam menginsafi dan bermuhasabah diri melalui bersolat, melakukan amal kebajikan dan melatih diri supaya menyemai sikap yang lebih baik. Dengan berpuasa, umat Islam akan dapat merasai kesusahan hidup mereka yang tidak berkemampuan. Umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbitnya fajar (Subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (Maghrib).

 

Maka, di bulan Ramadhan ini, De’Xandra akan sharekan jenis makanan yang perlu dielakkan semasa anda ingin bersahur untuk kekal bertenanga ketika berpuasa sepanjang bulan keberkatan ini:

 

Elakkan Makanan Ini Semasa Bersahur!

 

  1. Makanan yang mengandungi garam berlebihan atau minumam berkafein.

Elakkan kafien contohnya kopi dan teh, serta makanan masin seperti telur asin, ikan masin ketika bersahur kerana ia bersifat diuretik. Ini bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa.

 

  1. Makanan bergoreng atau berlemak.

Bukan sahaja boleh menggemukkan, malah boleh juga menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya membuatkan anda mengalami pedih hulu hati. Pedih hulu hati lebih cenderung berlaku pada bulan puasa kerana jadual serta tabiat makan kita. Jadi kurang-kurangkanlah ya.

 

  1. Makanan yang terlalu manis.

Makanan manis pula tidak akan memberikan tenaga jangka panjang kepada anda kerana ia dihadam terlalu cepat. Anda akan berasa segar dan bertenaga di awal pagi, namun menjelang tengahari anda akan berasa lemah dan mengantuk. Jadi elakkan makanan seperti bijirin bergula atau ban manis atau kuih-muih, supaya anda tidak akan cepat terasa letih.

 

  1. Makanan berempah dan terlalu pedas.

Mungkin makanan berempah dan pedas kegemaran anda. Namun, ia tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Penyakit gastrik semasa bulan puasa agak berbahaya berbanding luar bulan puasa. Oleh itu, mereka yang mempunyai masalah gastrik seeloknya elakkanlah makanan bersambal pedas, bercili ataupun berlada.

 

Selain daripada semua tips ini, ada satu tips yang paling penting iaitu –Jangan skip sahur! Sahur ialah aktiviti makan minum pada waktu awal pagi sebelum terbitnya fajar (masuk waktu Subuh) dengan niat untuk berpuasa pada siang harinya.  Namun, adakah semua orang tahu antara fadhilat bersahur di bulan Ramadhan ini?

 

Di antara sebab-sebab mengapa kita harus bersahur ialah:

 

-Bersahur ini ialah sunnah Nabi SAW.

-Membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang yahudi dan nasrani.

-Menambahkan pahala berpuasa dengan amalan sunat seperti bersahur.

-Dan akhir sekali, memberi kekuatan dan tenaga untuk kita berpuasa sepanjang hari.

 

Jadi kawan-kawan, jangan lupa kunci jam anda malam ini dan selamat bersahur!

 

https://youtu.be/-2Zt4SA4kLE