Kebesaran Pahala Tadarus

Antara keistimewaan bulan Ramadhan ialah bulan ini bulan turunnya Al-Quran. Dibandingkan dengan bulan lainnya, di bulan ini terdapat banyaknya pahala yang dilipatgandakan setiap kali kita melakukan kebaikan.
Di bulan Ramadhan, kita hendaklah selalu membaca Al Quran. Disini, De’Xandra akan kongsikan terdapat banyak pahala tadarus di bulan Ramadhan yang kita akan dapat, diantaranya adalah:
- Mendapat syafa’at
- Mendapat barakah
- Mendapat pelajaran
- Pahala yang berlipat ganda.
- Jauh dari sifat munafik
- Mendapat jiwa yang tenang
- Memberikan kelebihan pada ibu bapa mereka di hari kiamat
Namun tidak semua dapat membaca Al-Quran dengan lancar kan? Haa, nak tahu tak tips untuk lancar baca Al-Quran supaya kita boleh khatamkan 30 juzuk Al-Quran hanya dalam 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan? Antara tips yang De’Xandra akan sharekan ialah:
- Menguasai dan mengetahui isyarat bacaan di dalam Al-Quran.
Pembacaan Al-Quran boleh dikuasai dengan mempelajari peraturan-peraturan pembacaan seperti tajwid. Terdapat banyak tanda baca di dalam Al-Quran seperti Mad Arid Lissukun, Mad Wajib Muttasil, Idgham, Qalqolah dan banyak lagi. Isyarat baca ini memang kerap muncul di dalam Al-Quran, biarpun kemunculannya hanya sedikit, namun hal ini sangat penting untuk dipelajari kerana jika tidak kita tidak akan fasih untuk membaca Al-Quran kalau tidak mempelajari isyarat ini.
- Latih diri dengan membacanya dengan kerap
Latih diri untuk selalu membaca Al-Quran dan jadikan ia sebagai amalan yang dilakukan setiap hari. Seperti seorang ahli sukan yang berlatih setiap hari, seseorang itu juga perlu membaca Al-Quran dengan kerap untuk melancarkan bacaannya. Membaca Al-Quran sebelum waktu masuk Subuh atau setelah Maghrib adalah waktu yang terbaik. Namun jika kita masih belum fasih dalam membaca Al-Quran, sebaiknya kita perlu mencari orang yang lebih mahir untuk membimbing semasa kita membacanya, agar setiap kesalahan bacaan dapat dibetulkan.
- Khatamkan Al-Quran dengan pembacaan konsisten
Jika kita sudah fasih dalam setiap bacaan, kita boleh untuk khatam Al-Quran dengan hanya 30 hari sepanjang bulan Ramadhan. Haa, macam mana nak khatamkan tu? Hanya dengan membaca 20 muka surat dalam satu hari iaitu dibaca sebanyak 4 muka surat bagi setiap waktu solat, In Shaa Allah kita akan boleh untuk khatam Al-Quran. Membaca Al-Quran secara bertadarus juga adalah cara untuk kita khatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan.
Semoga kita boleh mengamalkan tips ini dan memudahkan kita untuk membaca Al-Quran dan diredhai Allah, InshaAllah.