Kawan Yang Baik Susah Nak Jumpa Sekarang Ini. Adakah Anda Seorang Kawan Yang Baik?

25 June 2019 De'Xandra Tips

Dalam kehidupan kita pasti semua orang mempunyai kawan, tak kira lah kawan gosip, kawan luahan masalah, kawan untuk meminta pendapat, mahupun sekadar kawan lepak-lepak saja. Kawan, bagi kebanyakan orang, adalah pihak yang paling rapat dengan diri kita selepas keluarga. Sikap dan perwatakan kita juga akan lebih menonjol bersama kawan berbanding ketika bersama keluarga.

Sesuatu yang sering menjadi persoalan adalah berapa ramaikah kawan ‘sebenar’ yang anda ada ketika ini? Siapakah mereka? Adakah mereka jenis yang sentiasa bersama dengan anda bukan sahaja semasa senang bahkan juga semasa susah? Adakah kawan yang anda ada sekarang selesa untuk kita berkongsi segalanya? Ya, untuk menjadi kawan yang disenangi untuk berkongsi cerita suka dan duka kita perlu:

Ambil berat
Sentiasa bertanya khabar dan mula menunjukkan sikap yang sentiasa ingin mengambil berat tentang mereka kerana ini akan membuat hubungan persahabatan yang terjalin lebih mesra.

Kerap ajak keluar
Sekurang-kurangnya dua tiga kali seminggu ajak rakan anda keluar kerana apabila kerap keluar bukan sahaja hubungan persahabatan akan lebih akrab, tapi pada masa itu segala cerita dan masalah akan dikongsi bersama.

Pandangan mata
Apabila sedang berbual, mata yang tepat memandang ke arah anda menunjukkan yang dia benar mahu mendengar apa yang anda bicarakan. Pandangan mata ini akan memainkan peranan untuk si penyampai berasa selesa ketika berbual.

Untuk anda yang sangat mementingkan hubungan persahabatan dan love to be in group! Twist & Spray Glee sangat sesuai dengan karakter anda. Wangian glee ini mampu untuk memberikan anda dan rakan-rakan anda aroma yang menyenangkan semasa hangout. Jadi tunggu apa lagi sementara stok mash ada cepat-cepat dapatkan Twist & Spray Glee jangan terlambat! Klik link di bawah dan dapatkan Twist & Spray Glee anda sekarang.

 

www.dexandra.com/chooseyours