d

Salam perkenalan !

Hai, nama saya Norashikeen Bt Mustafa a.k.a Kak Kin . Fragrance Director De'Xandra kawasan Bandar Seri Putra .

Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .

Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?

Sebelum itu...

Sedikit Tentang Saya

Sedikit tentang Kak Kin… Kak Kin bermula dengan De'xandra sejak hujung 2015. Itu pon secara kebetulan...

Asalnya Kak Kin seorang yang memang tak tahu dan takde kemahiran langsung dalam bab niaga ni. Kak Kin hanya tahun makan gaji dan masa tu Kak Kin bekerja sebagai IT Project Manager di HQ sebuah bank terkenal di Kuala Lumpur.

Oleh kerana Kak Kin mempunyai dua anak autisme dan tertekan kerana tiada masa untuk mereka disebabkan tuntutan kerja, Kak Kin mula mencari jalan alternatif supaya dapat bersara awal dan mempunyai lebih kebebasan masa.

Alhamdulillah, pada masa tu, Allah gerakkan hati Kak Kin untuk sertai satu seminar perniagaan di mana scara kebetulan Puan Erna, founder Dexandra menjadi hot seatnya. Kagum dengan kepetahan Puan Erna berbicara, menyebabkan Kak Kin yang masih tercari-cari jalan pada masa tu terus bertindak untuk sign up menjadi dropship Puan Erna.

. Di situlah bermulanya kisah Kak Kin dengan De'xandra dan alhamdulillah sehingga kini, setelah 6 tahun, Kak Kin masih setia lagi bersama De'xandra.

Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra

De'Xandra ini kuat kerana adanya founder yang sangat-sangat luar biasa.

Bagi Kak Kin, Puan Erna adalah seorang leader yang sangat menginspirasikan. Bermula dari seorang yang tidak punya apa-apa, tapi dengan semangatnya yang sangat kuat, dan dengan misi dan visinya yang sangat jelas..

Beliau berjaya menaikkan dan konsisten mengekalkan brand De'xandra sebagai antara wangian tempatan paling top di Malaysia selama lebih 6 tahun.

Personaliti dirinya yang penyayang itu juga secara tidak langsung berjaya mewujudkan rasa perpaduan dan semangat berjemaah di kalangan semua resellernya.

Selain dari kepimpinan Puan Erna, produk Dexandra itu sendiri juga sebenarnya sangat berkualiti. Sehingga kini, walau setelah bertahun-tahun di pasaran, permintaan untuk De'xandra masih tetap tinggi di kalangan pengguna. 

Perjalanan Saya Bersama De'Xandra

Bermula sebagai dropship pada ujung 2015, disebabkan impian besar Kak Kin untuk bersara awal dari makan gaji, Kak kin beranikan diri untuk upgrade agen pada Januari 2016 Alhamdulillah, dalam masa beberapa bulan saja, Kak kin berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan untuk naik stokis.

Ogos 2016, Kak Kin dilantik secara rasminya menjadi stokis/ director De'xandra di kawasan Bandar Seri Putra, Bangi. Selama menjadi stokis, Kak Kin telah melatih lebih daripada 400 orang agen dan dropship di bawah Kak Kin.

Banyak kejayaan yang telah Kak Kin capai sepanjang beberapa tahun bersama De'xandra ni. Kak Kin berjaya pecah target yang telah diset untuk bersara dari makan gaji dalam masa 2 tahun, dapat pelbagai awards dari HQ, percutian percuma ke Japan, Maldives, Langkawi, dan alhamdulillah berjaya juga mendapat sales lebih 1 juta untuk beberapa tahun berturut-turut.

Kak Kin berpegang pada prinsip bahawa untuk cepat berjaya, kita perlu sentiasa belajar dan mencari ilmu. Ini kerana ilmu perniagaan ni terlalu luas dan ada saja benda baru yang perlu kita tahu supaya tidak ketinggalan. Kak kin berguru dengan ramai sifu - sifu online marketing. Dengan ilmu yang dapat ni juga, Kak Kin kongsikan kembali dengan anak team Kak Kin. Buat masa ni, Kak Kin mempunyai sebuah outlet De'xandra Kak Kin sendiri di Bandar Seri Putra Bangi.

Outlet ni menjadi pusat utama operasi kami sejak 2017 sehingga kini. Dengan izinNya, Kak Kin berpeluang untuk berkongsi rezeki dengan mengambil staff untuk membantu dalam operasi outlet ini.

Kenapa Saya Memilih Meniaga Produk De'Xandra?

Di saat banyak peluang dan ruang untuk menerokai pelbagai bisnes lain, saya terus setia bersama De'Xandra sehingga kehari ini kerana....

01

Kerana Syarikat yang kukuh.

02

Visi & Misi syarikat yang jelas.

03

Founder yang humble dan sentiasa selesaikan masalah dengan bijaksana

04

Produk yang hebat tiada tandingan

05

Sentiasa improve kualiti produk.

06

Keuntungan yang sangat tinggi.

07

Hala tuju syarikat yang sangat jelas.

Pencapaian Saya di dalam De'Xandra

Dari tahun 2015 hingga ke hari ini...

Rekod Jualan Tertinggi

Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...

RM 0
2017

Antara Team Saya Yang Berjaya

Ada yang berjaya mencapai jualan sehingga 5 angka sebulan!

Juliyana atau lebih dikenali sebagai Kek Ju merupakan seorang pelajar di universiti ketika mula sertai team Kak Kin. Bermula dari seorang dropship, Kek Ju kemudiannya menyahut cabaran untuk upgradekan dirinya menjadi agen. Dari sini, Kek Ju terus melangkah lebih jauh . Dengan menggunakan strategi online marketing dan recruit anak team, sales Kek Ju dalam De'xandra makin meningkat sehingga melayakkan Kek Ju mendapat beberapa anugerah top agen dari De'xandra HQ. Dengan sales tahunan lebih RM200 ribu setahun, Kek Ju kini secara rasminya telah dilantik sebagai salah seorang daripada stokis/ director De'xandra. Inilah buktinya, usaha yang konsisten tanpa jemu pasti satu hari nanti akan membuahkan hasil.

JULIYANA

Senawang

Mutia merupakan seorang yang bebenar kosong tanpa mengetahui sebarang ilmu bisnes ketika mulai menyertai Kak Kin sebagai dropship. Namun Mutia bukan seorang yang cepat berputus asa. Untuk memajukan dirinya, Mutia sangat rajin berguru dan belajar ilmu marketing tanpa henti. Sebaik sahaja upgrade menjadi agen De'xandra, sales Mutia semakin hari semakin naik dan meningkat. Mutia fokus pada grow kan anak teamnya dan retail scara online. Alhamdulillah, banyak anugerah top agen yang Mutia berjaya perolehi dari HQ Dexandra. Walau pun masih di peringkat agen, tapi Mutia dah berjaya buat sales tahunan lebih daripada RM200 ribu setahun.

MUTIA

Kulim

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.

Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ