Wangian Apa Yang Kena Dengan Personaliti Anda ?

13 April 2019 Izzati Hassan Tips

Setiap orang ada wangiannya yang tersendiri!

Kepada pengguna yang masih tercari-cari wangian yang tepat untuk personalitinya bukan sahaja melihat
kepada persepsi atau pandangan orang sekeliling, tetapi turut mengaitkan apa yang dihidu.
Wangian dipakai bukan saja melengkapkan penampilan imej diri sendiri, malah turut memberi kesan
kepada orang sekeliling yang melihat secara positif.

Wangian tidak seharusnya sama sepanjang masa kerana ia juga memerlukan perubahan yang akhirnya
dapat memberi kelebihan kepada pengguna itu sendiri. Selain itu penting juga sebenarnya untuk ketahui
jenis-jenis haruman yang wujud di pasaran.

Iyalah, setidak-tidaknya, bukan sekadar main sembur sahaja. Tak gitu?

Di bawah ni, mungkin termasuk dalam personality anda. Jom semak!

#1 EKSTROVERT
Merupakan seorang individu yang lebih suka kepada interaksi dengan dunia luar. Mereka ialah orang
yang menjadi semakin bersemangat dan bertenaga jika berinteraksi dengan orang ramai dan berada
dalam suasana yang ‘havoc’. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya terdiri daripada golongan yang
agresif atau aktif di mana mereka sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial dan bersifat
optimis.
Biasanya bagi golongan ini aroma yang sesuai adalah aroma ‘kuat’ dan dikenali ramai seperti vanila,
anggur dan cendana bagi wanita atau rempah, kayu-kayan dan bau fresh menusuk untuk lelaki. Ini
memberikan seolah-olah ada satu lagi daya penarik ekstra kepada diri seorang ekstrovert.

#2 INTROVERT
Bagi yang mempunyai personaliti jenis ini, anda akan lebih suka untuk menyendiri atau bersama-sama
rakan/keluarga terdekat sahaja, lebih banyak mendengar dari berkata-kata, lebih suka untuk bekerja
bersendirian tanpa ada kumpulan. Mereka kelihatan bersifat pasif, dan juga tidak emosional namun
sebenarnya mereka juga proaktif dan sangat sensitif terhadap persekitaran mereka. Bezanya cuma ia
tidak dizahirkan dengan jelas seperti seorang ekstrovert.

Begitu juga wangian mereka, biasanya haruman yang lembut, manis dan menyenangkan sangat sesuai
dengan personaliti seperti ini. Mereka juga tidak menggemari wangian yang semerbak dan kuat, yang
boleh dibau dari jauh kerana sikap mereka yang pemalu.
Biasanya wangian yang dipilih oleh mereka yang introvert adalah dari jenis floral oriental seperti peony,
gardenia, dan lavender. Wangian yang ‘earthy’ dan ‘warm’ sering juga menjadi pilihan mereka kerana ia
bersifat menyenangkan.

#3 ELEGAN
Dengan mengenakan pakaian yang di cipta khas, dia kelihatan begitu tampan, rapi dan juga anggun. Jika
anda mempunyai karakter ini, wangian jenis akuatik sangat sesuai untuk menampakkan anda kelihatan
kemas dan menarik di mata sekeliling.

#4 SOFISTIKATED
Jika anda mempunyai cita rasa yang tinggi, matang dan bersifat kompleks, itulah ciri seorang yang
sofistikated. Buat si sofistikated di luar sana, ciri wangian yang sesuai dengan anda adalah jenis musky
bercampur dengan aroma harum lain seperti woody untuk lelaki atau floral untuk wanita. Harumannya
berkontras, sesuai dengan sifat kompleks yang unik.

Jadi yang manakah personaliti wangian sebenar anda? Lepas ni boleh cuba singgah mana-mana kiosk
dan cuba tester dalam sifat-sifat aroma seperti diatas. Jangan terkejut kalau ia sama ya!

 

Penulis Artikel:

Saadiah Asarani, Team Marketing De’Xandra