Hong Kong, Sang Wangian Timur

Hong Kong, the Fragrant Harbour, merupakan nama panggilannya sejak dahulu lagi. Merupakan sebuah pulau kecil di pesisir pantai China, ia dahulunya tempat pelabuhan antarabangsa yang memperdagangkan teh, sutera dan porselin ke seluruh dunia. Ia dipanggil Fragrant Harbour, kerana dahulunya kawasan tersebut berbau wangi daripada colok yang dibuat dan dijual di sekitar pelabuhan. Kini, ia menjadi antara negara terpadat di dunia dengan hampir semua penduduknya tinggal di apartmen dan pencakar langit di seluruh pulau.
Biarpun mempunyai pesaing kota dagang lain di seluruh dunia, Hong Kong masih menjadi pilihan para peniaga untuk dikunjungi. Terdapat kemudahan yang lengkap, produk yang murah dari pelbagai negara, serta pengangkutan awam yang menyeluruh. Bagi pelancong seperti anda pula, tempat-tempat menarik seperti Disneyland HK, Ocean Park, Victory Peak dan Stanley Plaza boleh dilawati. Pada bulan Mei tiap tahun pula anda boleh menonton pertandingan Bot Naga yang bukan saja berwarna-warni tetapi juga diiringi pukulan gendang beritma. Jika ingin menaiki bot dagang klasik mereka yang dinamakan Jong (Junk Ship) di jeti sekitar Stanley.
Andai anda berpeluang ke Hong Kong, naikkan mood anda dengan wangian DX Rare dari kami iaitu DX Pure Midnight dan DX Primus. Wangian DX Pure Midnight yang fruity selain mempunyai aroma manis bunga ros, amat cocok dengan keadaan dan persekitaran di HK, tidak kira siang atau malam. DX Primus pula wangian jejaka yang mempunyai aroma Citrus, fresh dan spicy dengan ciri oriental, sesuai dengan tema pelabuhan wangian Hong Kong.