Salam perkenalan !
Hai, nama saya Hanin Kadir a.k.a Hanin . Fragrance Director De'Xandra kawasan Bandar Mahkota Cheras .
Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .
Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .
Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?
Sebelum itu...
Sedikit Tentang Saya
Serba sedikit tentang Hanin sebelum bermula dengan De'Xandra. Saya bekerja di salah sebuah syarikat oil n gas d Damansara. Mula bekerja selepas tamat Degree d UniMAP. Setelah setahun lebih bekerja makan gaji, mula buat bisnes sendiri kecil-kecilan dengan meniaga tudung.
Tahun 2014, Hanin mendirikan rumah tangga dan masih bekerja di syarikat yang sama serta buat bisnes sambilan. Tahun 2015, kami dikurniakan cahaya mata pertama dan terus buat keputusan untuk berhenti kerja untuk menjaga anak sepenuh masa dirumah sambil berniaga sendiri.
Hujung tahun 2015, mula mengenai De'Xandra dengan kakak ipar saya, Kak Iffah sekarang beliau Director Cheras KL. Saya join dropship ketika itu dan awal tahun 2016 terus daftar agent De'Xandra dengan hasil tuaian duit ASB.
Alhamdulillah syukur sudah bersama Dexandra hampir 7 tahun.
Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra
De'Xandra merupakan bisnes yang sangat kuat dengan silaturahim terbina dari founder sehinggalah kepada resellernya. Saya kagum dengan De'Xandra dengan semangat yang luar biasa hebat dari Puan Ernayanee Nur.
Puan Erna mempunyai personaliti seorang pemimpin yang sangat dikagumi ramai orang diluar sana. Kami bangga menjadi sebahagian dari jemaah De'Xandra yang dibina oleh Puan Erna sehingga sekarang.
Puan Erna telah membawa De'Xandra dikenali di kebanyakan negara antarabangsa. De'xandra telah terbang tinggi dengan visi dan misi yang sangat jelas dan berjaya mencipta nama di antarabangsa sehingga menjadi nama hebat di persada dunia dengan wangian yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan untuk semua pengguna di Malaysia dan diluar negara.
Perjalanan Saya Bersama De'Xandra
5 tahun menjadi agen De'Xandra bukanlah sesuatu yang mudah. Ada turun naik sales. Saya mempunyai team seramai 60 orang dropship. Tahun 2020 paling mencabar dengan negara kita dilanda penyakit Covid19. Jadi, Hanin sahut cabaran untuk terus ke depan untuk lebih berjaya dengan menyahut cabaran untuk menjadi director.
Akhirnya, hujung tahun 2020, iaitu December 2020 Hanin dilantik menjadi Director Sah di Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Menjadi director juga bukanlah mudah tetapi kita tetap terus melangkah ke depan tanpa toleh belakang.
Pelbagai seminar dan kelas Hanin hadir untuk menuntut ilmu dalam bisnes, pemasaran,pengurusan dan kewangan. Setiap usaha pasti membawa hasil. Hanin bisnes hanya dari rumah. Team yang merestok akan datang ke rumah untuk collect stok serta kami pos sendiri barang-barang kepada dropship dan agent yang berada jauh dari Selangor.
Hanin juga buat gubahan perfume untuk hantaran, hadiah untuk insan tersayang serta suprise delivery dan service delivery dalam hari yang sama pada customer yang membuat tempahan dalam kawasan Klang Valley.
Kenapa Saya Memilih Meniaga Produk De'Xandra?
Di saat banyak peluang dan ruang untuk menerokai pelbagai bisnes lain, saya terus setia bersama De'Xandra sehingga kehari ini kerana....
01
Bisnes yang kuat silaturrahim.
02
Produk yang hebat tiada tandingan.
03
Founder yang humble, hebat dan sentiasa selesaikan masalah dengan bijaksana
04
Visi & Misi syarikat yang jelas.
Pencapaian Saya di dalam De'Xandra
Dari tahun 2016 hingga ke hari ini...
Rekod Jualan Tertinggi
Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...
Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?
Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.
Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ