7 Hadiah Untuk Perempuan Yang Simple dan Berharga

22 April 2022 Bomstart Media info
hadiah untuk perempuan

Kadang-kala kaum Adam pasti rungsing ketika ingin membelikan hadiah untuk perempuan. Tambah lagi apabila tarikh special occasion semakin menghampiri.

Pemberian ini sering kali dianggap sebagai tanda penghargaan kepada yang teristimewa. 

Oleh itu, artikel ini akan memberi tips serta idea supaya anda boleh memberikan hadiah yang berharga kepada perempuan.

Teruskan membaca.

 

Untuk Siapa Hadiah Ini? 

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi golongan Hawa yang suka menerima hadiah. Berikut merupakan senarainya:

  • Ibu

Jarang sekali kaum ibu minta untuk diraikan dengan hadiah atau wang ringgit. 

Namun, setiap anak pasti mempunyai hasrat untuk membalas jasa dan berusaha untuk menggembirakan hati si ibu. 

Jadi, apa salahnya jika sesekali kita meraikan ibu dengan memberi hadiah kesukaannya sebagai tanda kasih sayang. 

Pasti dari sudut hatinya dia berasa terharu.

  • Kekasih 

Apabila hati sudah sayang, tentu tidak akan berkira-kira untuk memberi hadiah kepada si dia. 

Terutamanya apabila meraikan hari istimewa seperti hari jadi, anniversary dan juga hari kekasih. 

Siapa je yang tidak suka kalau dapat hadiah kan, lagi-lagi daripada buah hati.

  • Adik-beradik

Selain daripada ibu dan buah hati, anda juga boleh menghadiahkan barang kesukaan kepada adik-beradik.

Pemberian hadiah kepada mereka merupakan sebuah tanda kasih sayang dan juga dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga.

  • Kawan rapat

hadiah kawan perempuan

Seterusnya, anda juga boleh berikan hadiah kepada rakan-rakan rapat perempuan sebagai tanda persahabatan. Ini biasanya terjadi ketika majlis kelahiran mereka.

  • Guru atau tenaga pengajar 

Yang terakhir sekali ialah golongan tenaga pengajar. Anda boleh memberi hadiah kepada guru-guru, sama ada mereka pernah mengajar anda mahupun tidak.

Ini menandakan anda menghargai pengorbanan dan juga penat lelah sepanjang tempoh pendidikan.

Pemberian hadiah kepada guru tidak semestinya boleh diberikan hanya pada Hari Guru sahaja.

Anda boleh memberikannya ketika menyambut hari lahir mereka ataupun jamuan akhir tahun di kelas.

 

Tips Memilih Hadiah Untuk Perempuan

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa tips penting dalam memilih hadiah untuk perempuan. Mari kita lihat checklist ini!

 

  • Rancang bajet anda

bajet hadiah

Merancang bajet perbelanjaan amat penting dalam setiap perkara. Anda perlu merancang jumlah wang yang diperlukan sebelum membeli hadiah. 

Dengan ini, anda boleh merancang hadiah yang terbaik serta tidak melebihi bajet.

 

  • Usia penerima

Tips kedua ialah anda perlu tahu umur si penerima hadiah. Hal ini kerana umur memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan hadiah.

 

  • Jadi kreatif

Nilai sesebuah hadiah tidak terletak pada harganya yang mahal. Sebaliknya, hadiah yang paling bermakna adalah apabila anda berusaha untuk si penerima. 

Ini menunjukkan anda boleh membuat hadiah hasil buatan tangan sendiri serta berdasarkan kreativiti tersendiri.

 

  • Ketahui apa yang disukai

Setiap orang mempunyai minat terhadap sesuatu yang berbeza. 

Sebagai contoh, sesetengah wanita gemar akan bunga. Manakala, ada juga yang suka akan anak patung lembut (plush toys). 

Pemberian hadiah sebaiknya mengikut barang kesukaan si penerima, dan bukannya kita.

 

7 Jenis Hadiah Untuk Perempuan 

  • Minyak Wangi 

hadiah untuk perempuan

Jika anda memilih minyak wangi untuk dijadikan hadiah untuk insan tersayang, minyak wangi Dexandra ialah pilihan terbaik. 

Ia merupakan barang buatan tempatan yang bermutu tinggi, harga berpatutan dan selalu juga menjadi sebutan dalam kalangan wanita di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Dexandra juga menawarkan haruman wanita dengan jiwa yang romantis, lembut serta inovatif.

Minyak wangi ini juga melambangkan wanita moden yang boleh mencapai cita-cita diri. 

Pasti si dia yang akan lebih berkeyakinan apabila sentiasa berasa wangi dan segar. 

Hadiah seperti ini pasti membuat hatinya berbunga-bunga.

 

  • Kasut

hadiah perempuan

Kasut merupakan antara keperluan dan kelengkapan penampilan seseorang.

Anda boleh memberi kasut sebagai hadiah untuk digayakan di luar rumah. 

Tahukah anda bahawa mempunyai koleksi kasut yang besar merupakan idaman setiap wanita?

 

  • Handbag

hadiah bag perempuan

Handbag juga merupakan salah satu kegilaan perempuan. Terutamanya, pada masa ini, penggunaan handbag tidak lagi berkira pada lapisan umur.  

Anak-anak seperti pelajar sekolah pun sudah ada yang memiliki handbag

Selain menjadi fesyen untuk digayakan, ia juga memudahkan mereka untuk menyimpan barang seperti alat solek, purse, telefon bimbit dan sebagainya.

 

  • Set alat solek

kasut perempuan

Alat solek sedikit sebanyak akan membuatkan kaum hawa lebih berkeyakinan di khalayak ramai. 

Mereka pasti akan kelihatan lebih jelita dan anggun. Makin cantik, anda pun makin sayang kepada si dia, kan?

Jadi, anda boleh berikan set alat solek sebagai hadiah yang bermakna untuk mereka.

 

  • Bunga + Coklat

Pemberian bunga merupakan satu tanda bahawa anda amat menghargai pasangan. Anda tidak semestinya perlu menghadiahkan sejambak bunga. 

Sekuntum bunga pun sudah berjaya menggembirakan hati seorang wanita. Namun begitu, ada juga wanita yang kurang menggemari bunga sebagai hadiah. 

Untuk itu, anda boleh menghadiahi wanita tersebut chocolate bar sebagai hadiah teristimewa.

 

  • Tudung

Pemberian tudung sebagai sebuah hadiah melambangkan kelengkapan wanita berhijab. Lebih-lebih lagi jika mereka seorang hijabist.

Anda boleh buat pelbagai gaya fesyen yang terkini. Selain itu, ia juga merupakan hadiah yang paling mudah untuk djumpaai. 

Anda boleh melayari platform atas talian (online) seperti Shopee dan Lazada.

 

  • Barang perhiasan wanita 

Cadangan terakhir kami adalah berikan pasangan anda aksesori atau perhiasan seperti cincin atau gelang. 

Barang perhiasan serba sedikit menambah keyakinan dalam diri wanita. Ia juga sering dijadikan sebagai pelengkap kecantikan diri dalam kalangan wanita.

Demikianlah senarai hadiah yang anda boleh dapatkan untuk pasangan perempuan. Barang-barang ini amat mudah untuk dicari. 

Pemberian hadiah kepada pasangan adalah amat penting dalam memastikan kesejahteraan dalam hubungan terjaga. 

Buat anda yang ingin menghadiahkan pasangan minyak wangi Dexandra, anda boleh dapatkannya melalui website, stokis atau agen Dexandra. 

Minyak wangi Dexandra memiliki bau haruman yang berbeza. Untuk itu, anda boleh mengunjungi website kami terlebih dahulu untuk melihat koleksi minyak wangi yang ada. 

Selain minyak wangi, kami juga mempunyai air freshener yang memiliki pelbagai bau yang menarik. Antaranya adalah bau buah-buahan, bunga, dan lain-lain. 

Dapatkan Dexandra untuk pasangan anda sekarang juga.

 

Pilih Hadiah Untuk Si Dia Di Website Kami