Follow Tips Ini Mesti Anda Akan Menjadi Tumpuan!

Apabila bercakap mengenai wanita, satu perkara yang tak dapat dipisahkan adalah fesyen dan kecantikan diri. Semua wanita mahu tampil cantik dan trendy berbanding wanita yang lain. Namun, persoalannya bagaimana kita sebagai wanita ini mahu lebih menyerlah? Tentunya, dengan memadankan penampilan kita dengan personaliti yang menarik!
Ada beberapa tips untuk menjadi seorang fashionista yang sentiasa trendy dan memikat:
1. Berani untuk mencuba gaya dan imej baru.
2. Peka dengan keadaan sekeliling.
3. Berfikiran lebih terbuka.
4. Menjadi peramah dengan masyarakat.
5. Mengaktifkan diri dalam media sosial.
Berani untuk mencuba sesuatu gaya dan imej yang baru ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri kita dalam berfesyen. Jangan takut kata orang! Apabila kita lakukan perubahan diri dan mendapat kecaman, adakalanya kecaman itu lebih membuatkan kita semakin berani mencuba. Jadikan kecaman sebagai feedback yang positif untuk terus mencuba ya! Oh ya, pastikan gaya atau imej ini sesuai dengan keadaan semasa serta tidak bercanggah dengan amalan budaya kita.
Kadangkala persekitaran kita akan membuka minda dan mempengaruhi personaliti kita mengikut keadaan. Yang baik kita aplikasikan, yang bercanggah dengan amalan dan agama, kita abaikan. Selain itu, personaliti orang lain juga boleh dijadikan inspirasi serta idea untuk kita berfesyen untuk nampak lebih menarik.
Seorang fashionista juga perlu berfikiran lebih terbuka. Ia bermaksud memahami sesuatu dari sisi yang berbeza. Seperti kritikan dan idea yang berbeza daripada orang lain. Jadikan kritikan sebagai sesuatu yang membina dan idea sebagai panduan. Sekurang-kurangnya banyak ilmu yang boleh dipraktikkan. Betul?
Anda juga perlu memberanikan diri untuk mendekatkan diri dengan individu dari pelbagai latarbelakang dan budaya dan anda perlu bersikap terbuka untuk mencipta networking . Percayalah bahawa dengan sikap terbuka ini boleh memberi pengaruh yang besar pada hidup anda. Anda akan lebih dikenali dan juga boleh menjadi inspirasi pada orang lain. Mana tahu kan?
Jadilah ‘trendsetter’, jangan hanya menjadi follower!.
Untuk menjadi seorang ‘trendsetter’ ini, anda perlu dikenali! Anda perlu meneroka idea fresh cara berfesyen di media sosial. Anda juga perlu sentiasa mix and match untuk memperkenalkan sesuatu trend yang baru untuk di ikuti. Bagaimana nak tahu anda sudah menjadi trendsetter?
Bila sudah ada yang mengikut jejak langkah anda! Seronok bukan? Hehehe..
Oh ya! Jangan lupa kemaskini profil dan aktiviti harian di media sosial anda supaya lebih menarik. Ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai orang untuk mengikuti anda ya.
Jika anda seorang fashionista, jangan lupa dapatkan De’Xandra Twist & Spray Mode’. Aroma yang cukup eksklusif dan unik, khusus untuk mereka yang inginkan perhatian di majlis yang mewah dan juga glamour. Dan juga acara red carpet. Eh!
Jadi tunggu apa lagi, klik link di bawah untuk dapatkan Twist & Spray Mode’ anda sekarang sebelum habis licin disapu orang lain.
www.dexandra.com/chooseyours