Salam perkenalan !

Hai, nama saya Norhafizah Mohd Radzi a.k.a Fiza . Fragrance Director De'Xandra kawasan Port Dickson .

Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .

Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?

Sebelum itu...

Sedikit Tentang Saya

Dahulu sebelum bertemunya Produk Dexandra saya adalah suri rumah yang telah menjalankan perniagaan 'trading' bersama suami sejak 2007. Selepas 2010 perniagaan kian merundum dan saya telah memulakan perniaagaan atas talian sejak tahun 2011 lagi.

Masa tu jual macam-macam produk pakaian wanita dan makanan kesihatan dari rumah. Ketika itu baru sahaja melahirkan anak kedua dan setelah 4 tahun berpindah ke Negeri Sembilan perniagaan kian merosot dan diperkenalkan Dexandra oleh sahabat yang dikenali melalui media sosial FB sahaja. 

Tak sangka perniagaan ini telah berjaya membuatkan saya mencapai tahap stokis dan membina empayar di Port Dickson !

Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra

De'Xandra ini kuat kerana adanya founder yang sangat-sangat luar biasa.

Sejujur saya sangat mudah menerima segala nasihat dan cara penyampaian beliau yang sangat 'soft'dan terus ke hati, seolah-olah paham apa yang saya rasa dan terasa cam mudahnya nak dekatkan diru dengan Allah dalam perniagaan dan terasa langsung tiada masalah bila selalu positif. 

Dan saya sangat kagum dengan Puan Erna kerana beliau sebaya dengan saya dan menjadi seorang jutawan yang berjaya dan semua yang beliau lakukan sekarang pernah saya cuba lakukan, pernah saya impikan dan pernah mula walau terputus di tengah jalan.

Terutamanya bab membantu adik beradik yang lain berniaga bersama-sama dan hidup dalam keluarga yang bahagia semuanya 💝

Perjalanan Saya Bersama De'Xandra

Awal tahun 2016 saya bermula sebagai dropship, sebulan selepas itu mula naik sebagai agent yang sangat aktif dan mula mendapat Award pada tahun 2017.

Mulai mendapat reward emas setiap bulan dari stokis dan pada tahun 2020 berjaya merangkul 6 piala reward dari HQ dan bulan Mac 2021 bermula perjalanan sebagai Director Dexandra untuk Daerah Port Dickson. 

MasyaAllah terasa sangat berbaloi dengan apa yang saya usahakan. Namun saya tidak mahu selesa, skang akan mula buka kiosk dan sudah ada lebih kurang 10 consignment di merata-merata negeri dan ahli empayar lebih kurang 60 orang.

InshaAllah saya akan berusaha untuk sama taraf dan berdiri sama tinggi dengan director yang lain. 

Kenapa Saya Memilih Meniaga Produk De'Xandra?

Di saat banyak peluang dan ruang untuk menerokai pelbagai bisnes lain, saya terus setia bersama De'Xandra sehingga kehari ini kerana....

01

Semua bahan marketing sentiasa up to date.

02

Keuntungan yang baik dan produk kegunaan harian.

03

Reward serta hadiah2 mengejut yang menarik.

04

Sistem yang sangat mudah diikuti.

05

Semua seminar, kursus dan kelas ditaja 100% oleh HQ.

06

HQ yang sangat bertimbang rasa dan mudah bertolak ansur.

07

Produk jualan bukan sistem MLM atau perlu mencari orang secara terpaksa.

Pencapaian Saya di dalam De'Xandra

Dari tahun 2015 hingga ke hari ini...

Rekod Jualan Tertinggi

Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...

RM 0
2021

Antara Team Saya Yang Berjaya

Ada yang berjaya mencapai jualan sehingga 5 angka sebulan!

"Azuandi Mohamed Alley merupakan dropship yang menyertai kami sejak 2016 dan kini sudah bergelar Comprador yang berjaya sustain sale setiap bulan dan pernah mendapat Piala Reward sepanjang tahun 2021 sebanyak 4 kali! Beliau adalah Comprador."

AZUANDI

Bandar Putra

"Nor Ehwan Bin Adiman merupakan pelanggan asalnya dan kemudian menyertai kami sebagai drops pada tahun 2016 dan kini berjaya bergelar Comprador dna memenangi 4 Piala Reward pada tahun 2021 dan kini meluaskan pasarannya di Menara Maybank, Jalan Pudu, Kuala Lumpur."

EHWAN

Jalan Pudu

"Nor Razila pula merupakan ds sejak 2016 dan pengguna setia dan akhirnya berjaya membuat jualan secara Cosingment, road tour, cod sekitar Petaling Jaya, Selangor. Pernah memenangi 4 ke 5 piala reward HQ tahun 2021."

RAZILA

Petaling Jaya

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.

Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ