Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?
Sebelum itu...
Sedikit Tentang Saya
Sedikit tentang idah, bermulanya dengan De'Xandra sebagai agen pada awal tahun 2016 atas dorongan suami dan kini genap 6 tahun bersama Dexandra.
Sebelum berniaga sepenuh masa idah merupakan suri rumah dan suami seorang Tentera Laut DiRaja Malaysia. Waktu itu suami hanya ada setahun saja lagi untuk menamatkan perkhidmatannya jadi kami merancang untuk mencari perniagaan apa yang sesuai untuk diusahakan untuk kami berdua.
Disebabkan suami yang gemar sangat dengan wangian dan masa dalam perkhidmatan TLDM suami selalu pergi luar negara dan dia suka survey wangian. Jadi suami servay melalui google brand wangian diMalaysia dan bertemu dengan De'Xandra.
Alhamdulillah syukur bertemu dengan De'Xandra dan selama 6 tahun idah dan suami bersama-sama mengusahakan perniagaan ini sehingga sekarang.
Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra
De'Xandra ini kuat kerana adanya founder yang sangat-sangat luar biasa.
Idah sangat kagum dengan semangat Founder Dexandra iaitu Puan Ernayanee Nur memiliki visi dan misi yang jelas dalam menaikkan jenama De'Xandra.
Beliau mempunyai personaliti yang sangat memberi inspirasi serta wangian yang dihasilkan sangat berkualiti dan menjadi wangian kehidupan No.1 rakyat Malaysia
Perjalanan Saya Bersama De'Xandra
Bermula sebagai Agent Dexandra pada awal tahun 2016 menjual secara online, joint Booth event, joint car booth sale lebih kurang 10 bulan dan berjaya membuka Outlet Dexandra di Tawau berfokuskan produk Dexandra sahaja
Alhamdulillah Outlet ini masih beroperasi sehingga sekarang.
Pada Disember 2021 Idah dan suami dilantik menjadi Director Dexandra Kalabakan Sabah.