Salam perkenalan !
Hai, nama saya Julia Hazleen Binti Rostam a.k.a Leen . Fragrance Director De'Xandra kawasan Miri, Sarawak .
Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .
Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .
Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?
Sebelum itu...
Sedikit Tentang Saya
Leen memulakan perniagaan bersama De’Xandra pada tahun 2016. Walaupun tidak pernah berkecimpung dalam dunia perniagaan serta tidak arif tentang wangian, berbekalkan modal sebanyak RM1200, Leen nekad untuk terus sign-up sebagai agent De’Xandra kerana ingin mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Pada waktu itu, Leen merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta antarabangsa di Miri, Sarawak. Berniaga secara sambilan bukan suatu perkara yang mudah kerana komitmen yang tinggi masih diperlukan untuk kerja hakiki, ditambah lagi dengan dua anak kecil yang juga memerlukan perhatian yang banyak pada waktu itu.
Alhamdulillah, walaupun pada mulanya agak sukar untuk membahagikan masa diantara kerjaya dan berniaga, kini sudah masuk tahun ke-7 Leen bersama De’Xandra. Dengan De’Xandra, Leen tidak hanya dapat menambah pendapatan keluarga, malah yang lebih memuaskan diri Leen adalah Leen dapat membuka peluang untuk orang disekeliling Leen untuk turut sama menambah pendapatan untuk keluarga mereka.
Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra
De'Xandra ini kuat kerana adanya founder yang sangat-sangat luar biasa.
Puan Erna adalah seorang leader dan founder yang sangat humble dan penyayang. Dari awal bertemu beliau semasa interview stokis pada Ogos 2016, saya dapat merasakan ketulusan hati Puan Erna yang benar-benar ingin melihat semua team stokis dan reseller De’Xandra berjaya sepertinya.
Puan Erna juga seorang leader yang sangat prihatin dan sanggup membawa semua BOD De’Xandra melawat ketika Leen disahkan menghidap kanser darah tahap 4 pada tahun 2020.
Alhamdulillah Leen kini semakin sembuh dan sedang berusaha sehabis baik untuk meningkatkan momentum untuk pergi lebih jauh bersama De’Xandra.
Perjalanan Saya Bersama De'Xandra
Alhamdulillah, hanya 4 bulan bergelar Agent De’Xandra, Leen berjaya untuk mencapai target yang ditetapkan oleh HQ untuk dilantik sebagai Stokis De’Xandra pada tahun 2016.
Setelah itu, berkat sokongan padu team Stokis Miri, Leen berjaya membuka outlet De’Xandra Miri pada bulan Januari 2017 untuk memudahkan team serta customer disekitar Miri mendapatkan produk De’Xandra kegemaran mereka.
Alhamdulillah, outlet De’Xandra Miri kini semakin dikenali ramai.
Rekod Jualan Tertinggi
Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...
Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?
Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.
Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ