De’Xandra Memenangi Anugerah World Halal Brand Awards 2018!

3 October 2018 Izzati Hassan Life at De'Xandra

Kami di De’Xandra amat berbesar hati apabila mendapat pelawaan untuk menerima hadiah The BrandLaureate World Halal Brand of the Year Award 2018 . Anugerah ini diberikan bukan sahaja kepada produk makanan yang berlogo halal sahaja, tetapi juga kepada produk – produk dan perkhidmatan yang diniagakan secara patuh syariah dan beretika mengikut cara Islam.

Puan Ernayanee Nur juga tidak ketinggalan menerima World Halal Bestbrand Awards Brand Leadership Awards atas skill kepimpinan serta strategi perniagaan beliau dalam menjalankan De’Xandra.

Majlis Penyampaian Hadiah Brand Laurate World Halal Awards dijalankan pada 27 September 2018 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan dihadiri oleh kesemua Top Management De’Xandra serta 10 Stokis paling cemerlang tahun ini.

Semoga Award ini memberikan semangat lagi kepada reseller-reseller aktif De’Xandra dalam mempromosikan produk hebat ini ke seluruh negara, serta meningkatkan kepercayaan pelanggan dan bakal pelanggan De’Xandra terhadap mutu produk ini.

Kami sertakan gambar-gambar sekitar majlis tersebut untuk tatapan anda.