coming soon - Khas Untuk Peminat dan Pengguna Tegar De'Xandra !

pakej wangian "unleashed" yang diinspirasikan dari queen alexandra birdwing, SEMPENA ULANGTAHUN KE 5 DE'XANDRA.

sila tonton video di bawah

ulangtahun ke 5

بسم الله الرحمن الرحيم

Terima kasih saya ucapkan kerana telah menyokong kami selama 5 tahun ini . Sesungguhnya hanya Allah SWT yang mampu membalasnya . InshaaAllah .

• • • Puan Ernayanee Nur Binti Julaimi, Pengasas De'Xandra

ucapan selebriti

• • • Bella Astillah

• • • Uyaina Arshad

• • • Syafiq Kyle

• • • Caprice

• • • Rico Rinaldi

METAMORPHOSIS

tentang the fifth

SUATU PERJALANAN, MENUJU ‘UNLEASH’.

KELAHIRAN

Bermula dari sebuah perusahaan yang kecil , hanya mengedar dan menjual wangian mewah jenama antarabangsa, pengasasnya Puan Ernayanee Nur merasakan terdapatnya permintaan untuk wangian rona mewah yang bertepatan dengan selera tempatan namun harganya berpatutan.

Oleh itu terhasillah jenama De’Xandra, yang diambil bersempena nama penakluk tersohor Alexander the Great. Ia memulakan operasinya pada tahun 2015, di sebuah butik kecil di Sungai Tangkas, Kajang, Selangor.De’Xandra mengambil pendekatan internet marketing berfokuskan penjualan di FB dan blog, sesuatu yang agak asing pada ketika itu.

FASA MENCARI PENGALAMAN

Pada awalnya, penerimaan pelanggan adalah satu cabaran. Untuk bersaing dalam industry yang dimonopoli nama-nama antarabangsa sejak berdekad lamanya, De’Xandra mencari peluang dengan menyertai pelbagai jenis bazar, jualan dan event untuk memperkenalkan jenama ini kepada pengumpul wangian dari seluruh negara.

Dengan bantuan kukuh dari ejen dan dropshipper terawal yang turut berusaha memperkenalkan produk kepada rakan dan keluarga mereka, nama De’Xandra mula meniti di bibir ramai pengguna dan mengumpul peminat.

Oleh itu, semakin banyak wangian ditambah di dalam senarai pewangi De’Xandra bagi memenuhi kehendak ramai. Sehingga 80 jenis aroma telah dipasarkan termasuk aroma Limited Edition sehingga jualan mencapai lebih 56 juta ringgit setahun.

FASA KRISALIS

Kejayaan hanya boleh dicapai jika berusaha keluar dari zon selesa. Semakin lama semakin banyak jenama wangian memasuki pasaran tempatan, oleh itu De’Xandra perlu berubah ke tahap yang lebih tinggi demi bersaing dalam pasaran yang tidak menentu.

Langkah pertamanya ialah memindahkan HQ De’Xandra ke tempat yang lebih luas, iaitu kilang wangian pertamanya di Kajang. Dengan kilang ini proses pengeluaran boleh dilengkapkan in-house oleh De’Xandra sendiri, di samping menjalankan kawalan kualiti dan kajian produk wangian baru dengan lebih giat.

FASA KEBEBASAN

De’xandra memasuki era baru pada 2016 dengan botol design baru yang lebih moden dan unik. Botol putih mutiara berona keemasan untuk wanita, dan botol hitam berkilat dengan trim keemasan untuk lelaki. Tiga puluh lima aroma tipilih untuk menjadi aroma ‘best seller’ yang akan dikeluarkan sepanjang tahun, yang dibahagikan kepada empat gaya berbeza.

Di sini juga produk hiliran yang pertama juga dihasilkan, iaitu Air Freshener De’Xandra untuk kegunaan rumah dan kereta. Wangian ini terus menjadi kegilaan ramai sehingga hari ini.Mengikuti kejayaan ini, De’Xandra menerima lebih dari 10 anugerah dari segi keusahawanan dan industri, seperti Selangor Excellence Business Awards, Global Branding Awards 2016, Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017, dan The BrandLaureate World Halal Brand Leadership Awards. Ia juga menjadi satu-satunya produk wangian tempatan yang membaluti kapal terbang Airbus A-320 milik Air Asia.

Dengan logo De’Xandra jelas terpapar pada setiap penerbangan ke seluruh Asia, ia mendedahkan pula pasaran Asia kepada kewujudan produk wangian Malaysia. De’Xandra mula mendapat permintaan daripada negara luar seperti Singapura, Brunei, dan seterusnya Indonesia, Cambodia, Thailand dan Filipina.

FASA UNLEASH

De’Xandra bersedia terbang lebih tinggi. Kini De’Xandra menjadi nama yang dikenali ramai. Bukan saja iklannya terpapar media cetak dan media masa, dipaparkan dalam siri wawancara TV dan radio, malah turut menjadi penaja siri TV dan filem di Malaysia dan di luar negara. Promosi ke luar negara juga membuka peluang untuk mendaftarkan pengedar sah dari Singapura, Brunei dan Indonesia menambahkan lagi ‘penaklukan’ De’Xandra dalam industri wangian yang selama ini didominasi wangian Eropah dan Amerika.

FASA LEGASi

Dalam dunia wangian, sesuatu aroma terus hidup selagi ia diingati oleh peminatnya. Oleh itu De’Xandra mengimpikan suatu konsep wangian yang segar, trendy namun tetap unik satu-dalam-sejuta antara semua wangian di dunia. Oleh itu bersempena ulangtahun ke lima De’Xandra ini, Puan Ernayanee Nur menukilkan satu komposisi wangian baru yang melambangkan perjalanan lima tahun jatuh bangun suatu jenama yang bernama De’Xandra. Ia mengambil inspirasi sejenis rama-rama Queen Alexandra Birdwing, suatu rama-rama berona hijau keemasan yang terkenal dengan saiznya yang besar dan sayapnya yang indah.

MEMPERKENALKAN...

limited edition : unleashed

Rekaan bersempena ulang tahun ke – lima De’Xandra ini mengambil ilham alam semulajadi dengan tema kehidupan rama-rama Queen Alexandra Birdwing Butterfly. Rama-rama ini merupakan rama-rama ‘rare’ yang bukan saja unik dengan rona hijau kuning keemasannya, malah merupakan rama-rama terbesar di dunia dengan sayap selebar 30cm. Ia hanya hidup di satu kawasan saja di dunia iaitu di Mangalas Plateau, Papua New Guinea.

Hayati kehidupan seekor rama-rama yang tinggal di hutan hujan tanah tinggi dengan aroma green tea, citrus, bunga-bungaan beserta vanilla dan cendana. Aroma ini semestinya memberikan anda ketenangan di samping menyuntik semangat baru pada setiap semburan, bak rama-rama yang baru bebas dari krisalis, terbang tinggi ke awangan.

Alami sendiri aroma eksklusif “UNLEASH” yang penuh aroma floral fresh dengan perincian aroma top notes green dan sitrus, disulami aroma heart notes floral putih dan vanilla dan disusuli aroma base notes amber dan cendana.

Aroma ini dipakejkan dalam tiga varieti menarik iaitu wangian EDP 35ml, losyen dan Twist and Spray 10ml yang mesra travel.

Wangian Unleash yang menyerlahkan keanggunan si pemakainya .

Sesuai untuk digunakan oleh si cantik manis dan juga si jejaka .

Disertakan dengan losyen yang meningkatkan seri si pemakai .

Anda pasti menjadi tarikan apabila mengenakan wangian UNLEASH .

Keanggunan dan seri lebih menyerlah dengan wangian De'Xandra Limited Edition : UNLEASH .

apa kata mereka ?

Wangian Yang Sangat Luar Biasa !

• • • Dr Zulkofli bin Abdul Hamid

Tak pernah lagi rasa bau yang sewangi Unleashed ni !

• • • Tan Sri Amir Nasrullah bin Che Nordin

Kualiti Wangian Yang Tinggi . Harga yang diletakkan sepatutnya bernilai RM500 keatas .

• • • YBhg Puan Nurul Ain Nurol Hadi

سُـبْـحَـانَ ٱلله, saya sangat tertarik dengan wangian ini .

• • • Al Fadhil Ustaz Arif Hakim bin Abdul Wahab

INSIDE UNLEASHED

limited edition unleashed eau de parfum (rm249)

Wangian istimewa yang diinspirasikan dari Queen Alexander Birdwing .

unleashed lotion (rm39.90)

Lengkapkan keistimewaan Unleashed dengan Lotion Unleashed .

unleashed twist & Spray (RM59.90)

Wangian Unleashed dalam saiz mesra travel

INSIDE UNLEASHED

limited edition unleashed eau de parfum (rm249)

Wangian istimewa yang diinspirasikan dari Queen Alexander Birdwing .

unleashed twist & Spray (RM59.90)

Wangian Unleashed dalam saiz mesra travel

unleashed lotion (rm39.90)

Lengkapkan keistimewaan Unleashed dengan Lotion Unleashed .

INSIDE UNLEASHED

limited edition unleashed eau de parfum (rm249)

Wangian istimewa yang diinspirasikan dari Queen Alexander Birdwing .

unleashed twist & Spray (RM59.90)

Wangian Unleashed dalam saiz mesra travel

unleashed lotion (rm39.90)

Lengkapkan keistimewaan Unleashed dengan Lotion Unleashed .

INSIDE UNLEASHED

limited edition unleashed eau de parfum (rm249)

Wangian istimewa yang diinspirasikan dari Queen Alexander Birdwing .

unleashed twist & Spray (RM59.90)

Wangian Unleashed dalam saiz mesra travel

unleashed lotion (rm39.90)

Lengkapkan keistimewaan Unleashed dengan Lotion Unleashed .

Harga UNLEASH

WANGIAN EDISI TERHAD TAHUN 2020

Seluruh Malaysia

RM249

Brunai & Singapura

SGD/bnd 81

Indonesia

IDR 822,000

harga promosi hanya rm169 sahaja

TAWARAN TERHAD BAGI MENGHARGAI PENGGUNA SETIA

JIMAT RM80

Diskaun sehingga RM80 diberikan untuk menghargai semua pengguna De'Xandra yang telah menyokong dan mempercayai jenama kami selama 5 tahun ini .

hadiah percuma bernilai RM99.80

Anda juga layak menerima 2 hadiah iaitu Unleash Twist & Spray (bernilai RM59.90) dan Unleash Lotion (bernilai RM39.90) secara PERCUMA .

penghantaran percuma

Setiap pembelian pakej wangian Limited Edition : UNLEASH akan menikmati penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Jimat lebih RM10++ bagi kos penghantaran .

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ?

maaf, sold out di hq !

NAMUN ANDA BOLEH DAPATKAN MELALUI RESELLER KAMI

De'Xandra HQ

No 13 & 13A, Jln P4/8B, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor