Dexandra 101: Vaseline dan De’Xandra

Assalamualaikum semua!
Semenjak-dua menjak ni sis mendengar tips-tips dari peminat barang kecantikan mengenai Vaseline. Katanya jeli putih ini krim seribu faedah. Antara yang popular sekarang ialah “Slime-ing”, menyapu keseluruhan muka dengan jeli petrolatum ini sebelum tidur supaya kulit lebih mulus ketika bangun pagi. Namun ada pakar dermatologi mengatakan menyapunya ke muka boleh meningkatkan jerawat bagi kulit berminyak.
Apa-apapun, ada satu petua Vaseline yang kami yakin selamat untuk kulit anda. Iaitu menggunakannya sebagai pemanjang hayat wangian anda. Sapukan jeli ini pada titik pergelangan tangan atau leher di mana anda ingin meletakkan wangian nanti. Kemudian, tunggu hingga ia meresap ke kulit, lalu semburkan De’Xandra pilihan anda.
Konsep disebalik petua ini adalah wangian amat mudah tersejat, lagi-lagi dalam cuaca panas. Jadi, dengan krim atau jeli yang ‘berat’ seperti ini, ia akan lebih lama terletak di badan. Ada pengguna yang pernah cuba, mengatakan wangian yang dia pakai boleh tahan sampai malam!
Tak ada vaseline? Jangan risau. Petua ini boleh juga diaplikasikan dengan losyen serta minyak yang khas untuk kulit. Pastikan losyen tersebut tak ada baunya yang tersendiri supaya aroma wangian tak bercampur aduk.
Cubalah petua ini harini, dan lihat kesannya. Mana tahu serasi untuk anda!