Salam perkenalan !

Hai, nama saya Nordiana Yahya a.k.a KakD . Fragrance Director De'Xandra kawasan Cyberjaya .

Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .

Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?

Sebelum itu...

Sedikit Tentang Saya

Nama diberi Nordiana binti Yahya atau nak mudah mesra dan manjanya boleh la panggil dengan panggilan KakD.

Bermulanya kehidupan bersama De'Xandra pada 2015 ditemani oleh suami terchenta sebab KakD ni takut berniaga sensorang ni.

Semasa pihak HQ De'xandra membuka tawaran sebagai agent, KakD merupakan antara orang yang terawal untuk mendaftar. Padahal modal pun masa tu ciput ciput je itupun terpaksa selak celah bantal. Maklumla, pada masa tu antara yakin dengan tak yakin je dengan brand De'Xandra ni.

Dalam masa yang sama, KakD mempunyai pekerjaan hakiki di dalam sektor Kerajaan. Demi nak membantu suami menambah pendapatan keluarga KakD sanggup dan terpaksa membahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan juga perniagaan kecil kami.

Selepas setahun, KakD lost sekejap dalam perjuangan De'Xandra. Perniagaan kecil kami terhenti seketika. Ini disebabkan KakD terpaksa memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kesihatan ayah mertua yang sedang sakit.

Setelah semuanya selesai, KakD mula bangkit demi jihad untuk merubah nasib keluarga kepada yang lebih baik meruntun hati, KakD teruskan usaha dan kembali fokus dalam perjuangan De'Xandra ini.

Dan akhirnya pada 2017 sehingga kini, Alhamdulillah Allah SWT izinkan KakD menggalas tanggungjawab sebagai Director De'Xandra dan diamanahkan oleh HQ untuk menakluki kawasan jajahan Cyberjaya.

Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra

Bila ditanya dimana kekuatan De'xandra ni? Bagi KakD kekuatan dan istimewanya De'Xandra ni disebabkan oleh Nakhoda dan anak kapalnya yang sangat bekerjasama dalam satu kumpulan.

Puan Ernayanee Nur Julaimi. Inilah Nakhoda kapal De'Xandra yang mempunyai satu visi dan misi yang sangat jauh.

Kepimpinan Puan Erna sangat terpuji kerana beliau sentiasa memberikan semangat dan dorongan bagi memastikan anak anak kapal De'Xandra berada di laluan yang betul biarpun dalam keadaan ombak dan lautan bergelora.

Secara tak langsung ini sangat memberikan inspirasi dan semangat kepada KakD untuk turut sama meneruskan perjuangan.

Perjalanan Saya Bersama De'Xandra

Dah abis cerita kat laut dah, jom turun kat darat balik.

Langkah demi langkah diteruskan lagi, Pada tahun 2017, perit jerih KakD telah mula membuahkan hasil. Pengorbanan KakD selama ini telah mula berputik dengan kejayaan.

Pihak HQ De'Xandra telah menawarkan KakD untuk menjadi salah seorang Director De'Xandra. Ini adalah berdasarkan prestasi jualan KakD meningkat naik dan konsisten.

Disamping itu juga, KakD telah berjaya membina rangkaian anak anak kapal KakD sendiri melalui jemaah #TeamPerfumeGarden.

Dah tentulah, apa yang telah KakD belajar melalui seminar atau kelas anjuran HQ De'Xandra, KakD perturunkan segalanya kepada anak anak kapal KakD. Baru la sama sama naik!!

Kemajuan dan kejayaan dapat dikecapi lagi apabila KakD berjaya membuka sebuah Kiosk di DPulze Mall Cyberjaya. Percaya atau tidak, modal yang digunakan untuk membuka kiosk KakD ni memang 100% dari hasil De'Xandra sahaja tau. Rasa macam mimpi pun ada, sebab KakD rasa macam tak percaya pun ada tau.

Tetapi, itulah hasilnya, kita buat kita dapat.

Kenapa Saya Memilih Meniaga Produk De'Xandra?

Di saat banyak peluang dan ruang untuk menerokai pelbagai bisnes lain, saya terus setia bersama De'Xandra sehingga kehari ini kerana....

01

Brand yang sangat terkenal dari ditubuhkan sehingga sekarang.

02

Circle dan budaya yang sentiasa memberikan impact dalam bisnes.

03

Founder yang humble dan sentiasa selesaikan masalah dengan bijaksana

04

Ilmu yang mahal yang diberikan oleh HQ setiap minggu.

05

Sentiasa improve kualiti produk.

06

Keuntungan yang sangat tinggi.

07

Hala tuju syarikat yang sangat jelas.

Pencapaian Saya di dalam De'Xandra

Dari tahun 2016 hingga ke hari ini...

Rekod Jualan Tertinggi

Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...

RM 0
2017

Antara Team Saya Yang Berjaya

Mencapai jualan sehingga 4 - 5 angka sebulan!

Aisyah Agent De'Xandra Sepang, bekerja dan menjual secara sambilan sambil membawang sesama rakan sekerja mampu menjana jualan sebanyak RM5000 sebulan.

AISYAH - Sepang

Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.

Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ