Cara Untuk Mendapatkan Customer - Prospecting
Berniaga dah lama, produk dah banyak kali tukar tapi masih susah nak dapat jualan dan untung yang konsisten . Ada orang jual produk A terus dapat buat jualan RM5000 – RM10,000 sebulan .
Lepastu, anda pun cuba jual produk A juga, dengan harapan boleh buat jualan yang sama . Tapi, harapan hanya tinggal harapan, produk tak bergerak, untung tak nampak . Lepastu anda nampak orang lain jual produk B sampai berkotak-kotak, anda pun cuba jual produk B tapi result masih sama !
Lalu anda terus cakap produk tak boleh jual, produk tak laku etc.
Sebenarnya, ia bukan salah produk 100% .
Apa-apa produk boleh dijual jika menepati asas marketing 3M seperti berikut ;
Market
Sebelum jual produk, anda mesti tetapkan siapa target market anda yang betul . Kenapa target market ni penting ? Realitinya, bukan semua orang perlukan produk yang anda jual . Jika anda jual produk A, anda mesti jual kepada orang yang perlukan produk A sahaja, kerana hanya mereka sahaja yang akan beli produk yang anda jual .
Mesej
Untuk menjual, anda perlukan mesej yang betul dan skil untuk menyampaikan mesej tersebut . Skill yang perlu anda kuasai adalah skill menyampaikan mesej kepada bakal pelanggan anda . Walaupun anda menjual kepada target market yang betul, tetapi jika anda tidak mahir untuk menyampaikan mesej yang betul, anda akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan jualan .
Media/Platform
Kenalpasti media atau platform yang selalu dilawati oleh bakal pelanggan anda . Jika bakal pelanggan anda berada di Facebook, anda juga mesti berada di Facebook . Pernah terfikir kenapa banyak butik terkenal seperti Dior hanya dibuka di shopping mall yang terkenal seperti KLCC, kerana target market ramai berada di sana . Cuba bayangkan jika Dior buka butik di Pasaraya ABC di hujung kampung, anda rasa mereka akan kekal lama tak ?
Kenapa Anda Perlu Mula Menjual Perfume ?
Menurut kajian, pasaran perfume di Malaysia dijangka bernilai RM863 juta pada tahun 2023 . Ini membuktikan pasaran perfume di Malaysia sangat luas dan ini adalah satu bidang perniagaan yang berpotensi untuk diceburi .
Cara Nak Dapatkan Jualan & Untung RM3000 Sebulan dengan Bisnes Perfume
Sebelum anda mula buat jualan, anda perlu tetapkan target jualan atau keuntungan yang anda nak capai setiap bulan .
Pertama sekali, tentukan jenis target anda . Adakah anda mahu tetapkan target berdasarkan jualan ataupun target berdasarkan keuntungan .
Dengan adanya target, anda akan berusaha keras untuk mencapai target yang telah ditetapkan .
Selalunya, apabila sudah menetapkan target, anda perlu ketahui magic numbers untuk membantu anda melaksanakan kerja-kerja kearah mencapai target tersebut .
Katakan anda telah menetapkan target keuntungan RM3000 sebulan, jadi anda perlu bermula dengan membuat kira-kira seperti berikut .
Ketahui kos dan keuntungan perfume yang anda jual . Katakan harga jualan perfume tersebut ialah RM70, dan kos perfume tersebut adalah RM34 . Ini bermakna keuntungan anda untuk 1 perfume adalah RM36 .
Harga Jualan – Kos Perfume = Untung
Seterusnya, berdasarkan target keuntungan dan jumlah keuntungan 1 unit perfume yang diperoleh, anda harus dapatkan jumlah perfume yang perlu dijual untuk mencapai target yang telah ditetapkan .
(Target Keuntungan) RM3000
—————————– = 83.3 unit perfume
(Untung 1 Produk) RM36
Ini bermakna, untuk mendapatkan keuntungan RM3000 sebulan, anda perlu menjual 83 unit perfume sahaja sebulan .
Jika pelanggan anda membeli 1 unit perfume sebulan, jadi anda memerlukan 83 orang pelanggan sahaja .
Jika pelanggan anda membeli 2 unit perfume sebulan, jadi jumlah pelanggan yang anda perlukan akan menjadi lebih kurang 42 orang sahaja .
Dengan mengetahui dan memahami magic numbers anda, anda akan berasa lebih jelas untuk mencapai target keuntungan yang anda telah tetapkan .