Bisnes Online: Panduan Lengkap Buat Perniagaan Online

Menjalankan bisnes online merupakan cara memulakan perniagaan yang paling diminati sekarang.
Anda perlu mengetahui serba sedikit cara untuk bermula serta beberapa contoh bisnes yang anda boleh ceburi.
Di dalam artikel, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang cara menjalankan perniagaan online yang sebenar.
Apa Yang Diperlukan Untuk Memulakan Bisnes Online?
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum anda mulakan bisnes anda. Berikut merupakan cara memulakan perniagaan online anda:
-
Pilih Nama Bisnes Anda
Ini langkah yang sangat penting kerana nama bisnes anda akan memainkan peranan yang penting.
Jika anda menggunakan nama yang menarik dan senang diingat, ia boleh menarik ramai pelanggan kepada anda.
-
Pilih Bidang Anda
Ini juga merupakan cara memulakan bisnes online. Sebelum anda mula, anda perlu menetapkan servis atau barang yang ingin dijual.
Lebih elok buat perkara yang anda sudah biasa supaya ia mudah.
-
Daftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Daftar syarikat anda dengan SSM supaya anda mendapat lesen untuk berniaga di Malaysia.
Ia juga akan menunjukkan kepada pelanggan anda bahawa mereka berurusan dengan syarikat yang diiktiraf oleh SSM.
-
Pilih Platform Perniagaan
Ini adalah penting untuk anda. Terdapat pelbagai cara untuk anda berniaga online. Adalah lebih elok untuk anda fokus kepada satu platform supaya lebih senang.
Platform seperti media sosial adalah sangat bagus kerana ia percuma dan juga mempunyai ramai pengguna. Ini memudahkan kerja anda untuk cari pelanggan.
-
Tentukan Kaedah Pembayaran Dan Penghantaran
Untuk proses ini, anda boleh guna servis syarikat lain untuk cara pembayaran. Syarikat seperti Billplz dan Senangpay antara yang bagus.
Bagi kaedah penghantaran pula, anda boleh memilih untuk cash-on-delivery atau menggunakan servis syarikat penghantaran seperti Poslaju untuk menghantar barang kepada pelanggan.
Perlukah Buat Bisnes Online Tanpa Modal?
Anda boleh memulakan bisnes anda tanpa modal jika anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk bermula. Berikut adalah cara yang anda boleh mulakan untuk buat bisnes tanpa modal:
-
Jual Barang Yang Anda Tidak Guna
Ini cara paling mudah. Jika anda mempunyai banyak barang di rumah, anda boleh buat duit dengan jualnya. Ini juga akan menjimatkan ruang di rumah anda.
-
Buat Secara Part-Time
Anda tidak perlu berhenti kerja kerana anda boleh buat bisnes secara part time sahaja. Ini membolehkan anda untuk menjana 2 saluran pendapatan iaitu dari bisnes dan kerja tetap anda.
-
Guna Kemahiran Sebagai Bisnes
Sebagai contoh, jika anda pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris. Anda boleh guna kemahiran ini untuk buat servis mengajar Bahasa Inggeris. Ia tidak memerlukan modal dan senang dimulakan.
17 Bisnes Online Yang Anda Boleh Start
1. Pereka Grafik
Jika anda seorang yang kreatif dalam rekaan grafik dan pandai menggunakan komputer, anda boleh memulakan servis ini.
Antara servis yang anda boleh lakukan adalah design laman web, design t-shirt dan juga design logo syarikat.
2. Pereka Laman Web
Setiap bisnes memerlukan laman web dan kebanyakan mereka tidak pandai mereka laman web sendiri. Mereka akan sentiasa mencari individu yang berkemahiran mereka laman web yang cantik, responsif dan menarik perhatian pengguna.
Ini adalah peluang terbaik anda untuk menawarkan kemahiran anda kepada mereka. Anda boleh mengenakan caj yang berpatutan bergantung kepada pengalaman anda.
3. Influencer
Jika anda seorang yang selesa dan pandai bertutur depan kamera, kerjaya influencer Ini sangat sesuai dan boleh memberikan pendapatan yang sangat lumayan.
Anda boleh menggunakan platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan TikTok sebagai tempat anda menghasilkan kandungan seperti video.
4. Ejen Produk
Menjadi ejen produk untuk syarikat seperti De’Xandra juga merupakan bisnes yang menguntungkan.
Jika anda bersungguh-sungguh, anda boleh jana pendapatan yang sangat tinggi.
5. Pengurus Media Sosial
Ini sangat sesuai bagi mereka yang pandai menyusun posting di media sosial mereka. Anda boleh tolong syarikat-syarikat dan pemilik bisnes untuk menaikkan nama jenama mereka.
6. Life Coach
Jika anda mempunyai kemahiran dan kelulusan dalam bidang psikologi atau psikiatri, anda boleh menggunakannya untuk membantu orang yang memerlukannya.
Terdapat banyak kes yang berkaitan kesihatan mental yang memerlukan bantuan profesional, jadi anda boleh menawarkan servis di samping membantu orang lain.
7. Business Coach
Anda juga boleh menjadi jurulatih untuk membantu orang yang menceburi dunia bisnes. Anda boleh menawarkan servis berkaitan seperti cara untuk menaikkan jenama, cara untuk meningkatkan jualan dan lain-lain.
8. Penulis Skrip Jualan
Jika anda seorang kreatif dalam penulisan dan biasa dalam bidang pemasaran, anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk menulis skrip jualan untuk bisnes.
Di antara skrip anda boleh tulis adalah skrip perbualan telefon atau Whatsapp, skrip ‘chatbot’ dan juga skrip menjawab pertanyaan pelanggan.
9. Penulis Resume
Kemahiran menulis resume memang diperlukan oleh mereka yang sedang mencari pekerjaan dan graduan universiti. sangat sesuai bagi mereka yang biasa menulis resume. Ini boleh jadikan sebagai bisnes anda.
Ramai orang akan hubungi anda kerana resume merupakan perkara yang sangat penting semasa mencari kerja.
10. Ejen Dropship
Ini juga merupakan cara berniaga online yang sangat senang dan tidak memerlukan modal yang besar. Anda boleh menjual produk orang lain dan anda akan menerima komisyen bagi setiap jualan yang anda lakukan.
Salah satu produk yang sangat baik untuk menjadi ejen adalah De’Xandra. Ia sangat senang kerana tidak memerlukan modal dan membolehkan anda untuk jana pendapatan yang tinggi.
Bagaimana untuk menjadi ejen De’Xandra? Senang sahaja.
1. Berikan detail di link google form:
2. Daftar di link: https://url.squarelet.com/WHnS
Step to join Empire HQ: https://youtu.be/OmkO_20yYdg
3. Join TELEGRAM RASMI untuk dapatkan bahan harian:
http://tiny.cc/dxMarketingChannel
4. Katalog/ maklumat tentang produk De’Xandra: Follow IG @dexandracatalogue
https://www.instagram.com/dexandracatalogue/
5. Untuk maklumat terkini follow @dexandrahq
Facebook:
https://www.facebook.com/dexandraHQ/
Instagram:
https://instagram.com/dexandra_hq
TikTok:
YouTube:
https://www.youtube.com/channel/UC8lV2WBdVatKP1N3P5RnVsw
6. Join TEAMSALE WhatsApp group:
7. Mulakan promosi PACKAGE. Sepanjang promosi jika tidak tahu boleh sahaja bertanya di dalam WhatsApp group TEAMSALE.
Anda boleh WhatsApp Aizu di +60 17-7175357 untuk maklumat yang lebih lanjut.
11. Buat Kursus Secara Online
Jika anda pakar dalam bidang tertentu, anda boleh menjalankan menawarkan kursus atau kelas secara online. Anda boleh mengenakan caj bagi setiap pelajar yang berdaftar.
Di antara kursus yang diminati ramai adalah kursus memasak, kursus buat kek, kursus kecergasan dan kursus landskap rumah.
12. Menjual Barang Kosmetik
Ini merupakan cara berniaga online yang sangat diminati oleh ramai peniaga. Ini juga sangat sesuai dengan trend sekarang kerana ramai mencari barang kecantikan.
Anda boleh menjual produk sendiri ataupun menjual produk orang lain.
13. Konsultan Pelancongan
Jika anda mempunyai kemahiran di dalam industri pelancongan, anda boleh gunakannya sebagai perniagaan online anda.
14. Pakar Pemasaran Online
Bagi mereka yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini, cara ini merupakan salah satu cara bisnes online yang menguntungkan.
Anda boleh guna pengalaman yang sedia ada untuk mengajar orang lain cara untuk memasarkan produk mereka secara online.
15. Perunding Jualan
Bagi mereka yang berani dan pandai bercakap, anda boleh memulakan servis ini. Anda boleh bekerjasama dengan syarikat lain untuk menawarkan servis anda.
16. Paid Review di Facebook atau Instagram
Jika anda mempunyai followers yang ramai, anda boleh gunakan platform media sosial untuk mengulas produk.
Syarikat-syarikat akan memilih anda jika pandai berhubung dengan followers kerana anda menunjukkan imej yang sangat bagus. Ini boleh membantu menaikkan jenama syarikat tersebut.
Bagi anda pula, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan.
17. Jual Pakaian Terpakai Milik Anda
Ini adalah cara yang sangat mudah untuk mulakan perniagaan sendiri. Jika terdapat banyak baju dan seluar yang tidak dipakai dan masih dalam keadaan baik, anda boleh menjual semula.
Yang paling menarik adalah anda sendiri boleh menetapkan harga. Sekiranya anda memiliki pakaian berjenama dan ‘rare’, anda boleh menjualnya dengan harga yang tinggi sekiranya terdapat ramai bidaan pembeli.
Boleh Berjayakah Dengan Bisnes Online?
Semestinya boleh! Pada zaman sekarang, semua perkara boleh dicapai melalui Internet.
Oleh itu, ramai peniaga mula berniaga online untuk memajukan perniagaan mereka.
Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk syarikat pada masa kini untuk menggunakan platform online seperti media sosial.
Ia sangat rugi jika anda tidak menceburi diri dalam sektor ini kerana potensinya yang sangat besar.
Tidak perlu menghabiskan masa sepenuhnya ke dalam bisnes kerana masa sangat fleksibel. Ini membolehkan anda untuk bekerja secara sambilan untuk menaikkan bisnes anda.
Kesimpulannya, bisnes online merupakan suatu cara yang sangat bagus untuk menjana pendapatan untuk diri anda.
Anda boleh menggunakan tips bisnes online daripada artikel ini sebagai panduan anda.
Sedang mencari peluang buat bisnes online? Anda boleh menyertai peluang buat duit dengan menjual produk De’Xandra.
De’Xandra adalah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 2015 oleh Ernayanee Nur Binti Julaimi.
Dari saat itu, De’Xandra telah melonjakkan diri untuk menjadi pengeluar minyak wangi nombor 1 di Malaysia.
De’Xandra telah memenangi pelbagai anugerah seperti Global Branding Awards 2016 dan The Brandlaureate World Halal Awards 2018.
Kini, De’Xandra juga menjual pewangi kereta dan hand sanitizers. Produk-produk De’Xandra adalah di antara yang terbaik di Malaysia.
De’Xandra menyediakan peluang bagi mereka yang ingin menjana pendapatan sendiri dengan menjadi ejen jualan dan ejen dropship mereka.
Jika anda apa-apa soalan, anda boleh melayari laman web kami: