Berapa lama sebenarnya wangian kita tahan?

“Bossku, mahu tanya bossku…kenapa dekat pewangi saya ni takde expiry date eh? Berapa lama benda ni boleh simpan bossku?”
Hujung minggu lepas dapat soalan macam ni. Betul juga kan? Kenapa kotak perfume tak ada langsung expiry date? Bukan kotak De’Xandra je, malah kebanyakan brand-brand antarabangsa pun tak tulis pada kotak. Yang tulis cuma nama, isi kandungan, negara asal, barkod,dan kadang-kadang ada logo ‘recycle’ atau ‘flammable’. tu je. Kalau brand minimalis macam Chanel ni lagilah, kosong je.

Kotak Chanel, depan dan belakang. Sumber: Forum basenotes.net
Kenapa perfume tak ada expiry date?
Berbeza dengan kosmetik lain seperti krim muka dan minyak pelembap, wangian adalah campuran antara pelarut, penetap (fixative), dan ekstrak aroma haruman pelbagai jenis. Ada ekstrak yang diambil dari alam sekitar seperti akar kayu dan buah-buahan, ada juga yang sepenuhnya sintetik seperti aldehyde. Ekstrak yang dicampur dengan pelarut dan dibotolkan ini membolehkan ia dilindungi daripada elemen seperti udara, haba dan haiwan perosak yang boleh mereput dan merosakkannya. Oleh itu ia tahan untuk jangka masa yang agak lama.
Perubahan ini juga bergantung kepada jenis bahan yang digunakan dalam wangian itu. Ada bahan yang cepat menjadi tengik, ada juga yang tahan bertahun-tahun. Ada pencinta perfume yang mendakwa wangian yang mereka simpan dari zaman ibu/atau bapa mereka masih berbau sama sehingga kini. Oleh itu mereka masih memakai, bertukar-tukar, malah menjualnya di pasaran sebagai bahan antik. Contohnya ada yang masih berjual beli wangian Shalimar (Guerlain) generasi asal biarpun ia dihasilkan pada tahun 1925 yang lalu!

Pantai di Terengganu. Bawakan DX Cherry untuk feel musim panas yang menyegarkan!
Umumnya pewangi moden zaman sekarang, diberikan tempoh purata 3-5 tahun sebagai tarikh luput. Selepas itu, anda perlu sentiasa memeriksanya samada telah berubah bau, warna, dan rasa. Jika ia mula tengik atau berwarna gelap, mahupun berubah menjadi jernih, ia dianggap sudah ‘luput’ dan perlu dibuang. Salah satu cara memastikan ia masih boleh digunakan untuk bertahun-tahun, ialah dengan cara penyimpanan yang baik. Ha, itu kita ceritakan dalam edisi yang akan datang ye.
Selamat berwangian bersama De’Xandra!