Salam perkenalan !
Hai, nama saya Noraini Talip a.k.a Ibu Prof . Fragrance Director De'Xandra kawasan Bangi .
Saya telah membantu lebih 3,500 individu untuk meningkatkan keyakinan dan penampilan diri menggunakan wangian De'Xandra yang tulen dan berkualiti .
Selain itu, saya juga telah melatih lebih 300 usahawan wangian De'Xandra menjana pendapatan RM1000 - RM3000 setiap bulan .
Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan Minyak Wangi Paling Di Percayai Rakyat Malaysia?
Sebelum itu...
Sedikit Tentang Saya
Hai saya PMDr Noraini Talip, a.k.a Ibu Prof. Saya Stokis Sah De'Xandra Bangi, Selangor.
Penglibatan ibu dengan De'Xandra pada peringkat awal ialah kerana masalah kewangan selepas mengalami keruntuhan mahligai yang dibina selepas 14 tahun. Maka untuk bangkit demi keluarga ibu mula menjinakkan diri dengan perniagaan secara online bersama De'Xandra pada tahun 2016.
Alhamdulillah selepas 7 bulan penglibatan dengan DeXandra bersama upline ibu Puan Wes atau Louis Jumpot, ibu berjaya mencapai target jualan bulanan dan diangkat menjadi stokis pada April 2017.
Matlamat ibu dalam De'Xandra sekarang ialah lebih untuk membantu mereka yang ingin menjana pendapatan dengan De'Xandra dan juga membantu mereka yang ingin mendapat keyakinan melalui penggunaan wangian yang betul untuk diri, dan persekitaran yang didiami.
Outlet DeXandra Bangi beralamat di OUTLET DEXANDRA BANGI (ODB), 2.01C, WISMA UNIKEB, UKM 43600 BANGI, SELANGOR .Semua dijemput datang ke ODB.
Kekuatan Berniaga Dengan De'Xandra
De'Xandra ini kuat kerana adanya founder yang sangat-sangat luar biasa.
Puan Ernayanee Nur Julaimi, mashaaAllah tabarakaulloh merupakan insan yang punya misi, visi dan strategi dalam.kehidupan, beliau juga komited dan konsisten dalam perjuangan beliau dalam jihad ekonomi ummah.
Paling mengkagumkan ialah beliau sangat humble dan boleh mendekati pelbagai lapisan dan golongan masyarakat. The best ialah dia sangat kaya dengan senyuman dan amat penyayang.
Perjalanan Saya Bersama De'Xandra
Perjalanan kehidupan manusia tidak sama namun kita mesti yakin dan percaya perjalanan yang kita lalui merupakan satu ketentuan yang ditakdirkan untuk kita menjadi manusia yang lebih baik.
Ibu ditakdirkan untuk mengalami saat pahit dalam hidup apabila mengalami keruntuhan rumahtangga sekitar tahun 2015. Hasil perpisahan tersebut ibu mengalami krisis kewangan yang sangat teruk dan dibebani dengan tanggungjawab yang besar sebagai ibu tunggal. Meskipun ibu mempunyai pekerjaan dan gaji yang baik namun disebabkan kehidupan alam rumahtangga ibu yang kucar kacir, ibu dibebani banyak hutang.
Ibu telah mengenali Puan Ernayanee Nur Julaimi sejak tahun 2014 ketika Program Seminar Rahsia Kuasa Minda Jutawan 2014 di Menara PGRM Cheras, dan juga telah mendaftar untuk menjadi dropship di bawah perniagaan original reject Oshien2U perfume namun ibu tidak pernah menjadikannya sesuatu yang serius, kerana bebanan kerja yang banyak, juga pada ketika itu dibebani dengan masalah rumahtangga serta kesibukan menguruskan hal anak anak.
Setelah bercerai desakan hidup membuatkan ibu bangkit. Ibu nak anak anak ibu hidup selesa walaupun setelah ketiadaan ayah, ibu nak keperluan kami cukup, ibu nak persekolahan anak anak di Sek Al Amin Bangi diteruskan walaupun belanja dan yuran bulanan yang agak tinggi tapi sekolah inilah salah satu sekolah agama terbaik di negeri Selangor, ibu kena mencari kediaman baru untuk anak anak kerana ibu tak nak berebut harta sepencarian, ibu kena cari ekstra income untuk membayar duit peguam syariah, ibu kena ada cukup duit untuk membayar pinjaman Bank Rakyat yang dibuat sepanjang tempoh perkahwinan, ibu kena langsaikan membayar hutang kad kredit atas hutang perniagaan ‘bridal’ yang diusahakan oleh bekas suami, ibu kena membayar duit gadaian emas, ibu kena sediakan yuran tahunan ketika pendaftaran persekolahan anak yang ribuan jugaklah, kena bayar insuran, kena bayar bil-bil, kena bayar duit ansuran kereta, kena menanggung keperluan anak-anak dan juga menampung keperluan diri, ibu kena bangkit mencari jalan mengatasi masalah.
Pada awalnya ibu hanya menangis hilang punca dan arah sehinggalah teringatkan DeXandra dan Puan Ernayanee Nur Julaimi yang sentiasa memandang sesiapa dengan rasa KASIH dan SAYANG.
Pada ketika itu air mata, murung dan kesedihan sudah tiada gunanya lagi kerana apa yang lebih perlu ialah mencari jalan mengatasi masalah-masalah tersebut. Ibu mencapai hingga ke tahap nak meminjam duit ni, termasuk nak meminjam daripada Puan Erna. Namun apabila Puan Erna mengatakan ‘Kak, Erna boleh bagi pinjam tapi tak dapat banyaklah sebab duit bisnes actually banyak kepada nak bangunkan DeXandra bukan untuk Erna pun’. Tetiba rasa sangat malu pada Erna, pada diri sendiri dan juga pada Allah. Ibu batalkan niat tersebut dan nekad untuk bangkit dengan DeXandra.
Allah bekalkan ibu dengan satu harta yang sangat tidak ternilai iaitu hati yang sangat cekal, penuh azam dan tekad yang kuat. Ibu akan usahakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh jika tahu ia perkara yang betul untuk dibuat walaupun sukar.
Ibu mula dengan De'Xandra sebagai dropship, bermodalkan RM150.00. Kemudian upgrade menjadi agen dengan modal RM1060 untuk 40 botol, tapi tidak menjalankannya sungguh-sungguh sehingga musibah perceraian pada 2015. Pada April 2016 mula kembali mempromosikan De'Xandra melalui facebook tapi tanpa ada ilmu yang cukup, dan adalah terjual 10 – 20 botol sebulan, sangat slow, sales bulanan adalah dapat RM500+ ke RM1000+. Masih ingat saya re-stock di HQ sebanyak 40 botol untuk syarat sekali re stock agen dan bila ambik stock terserempak dengan stokis lain yang re stock 500 ke 1000 botol. Alahai malu sesangat, macam kecik sangat diri ni, terguling-guling maruah rasanya. Dan setiap kali re stock beberapa kali bertemu seorang insan yang sangat istimewa iaitu Puan Louis Jumpot atau lebih senang memanggil beliau Wes. Setiap kali jumpa dia mesti bagi tips untuk terus maju sebagai agen, dia berkongsi tips walaupun ibu bukan agen beliau. Pada ketika tu ibu adalah agen di bawah HQ DeXandra. Kemudian beliau mempelawa untuk menjadi agen di bawahnya dan disebabkan inilah ibu mula berkembang lebih jauh dan berupaya mendapat sales yang lebih baik sehingga layak memohon menjadi stokis De'Xandra Bangi.
Alhamdulillah. Sangat bersyukur kerana Allah gerakkan hati untuk memilih berniaga bersama De'Xandra, bertemu ramai sahabat yang baik dan sangat positif, mendapat sokongan moral dan spiritual, pelukan mesra, doa, kata kata semangat, tips niaga, kasih sayang dan juga persaudaraan yang utuh. Kami adalah competitors tapi kami saling bantu membantu kerana kami percaya rezeki Allah Maha Luas dan tidak miskin kita kerana membantu orang lain. Aura Founder dan CEO De'Xandra yang melebarkan sayap niaga dengan kasih sayang meresap masuk ke dalam Empayar Keluarga DeXandra. Kerjaya ibu sangat sibuk dan bila ada upline ibu tidak tertinggal info penting, dan boleh berkongsi semangat, itu buat ibu lebih mudah bangkit.
Apa yang paling penting selain itu, dengan De'Xandra ibu keluar daripada kemelut kewangan dan sekarang ibu sudah membeli rumah baru, selesai membayar semua hutang kad kredit, dapat menebus semua gadaian emas, melunaskan bayaran yuran guaman Syariah, memberi kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak, mampu menyelesaikan yuran persekolahan anak anak dan pelbagai lagi. Juga sudah ada kedai kecil Outlet DeXandra Bangi di WISMA UNIKEB UKM Bangi.
Bila ada kedai saya mula didatangi oleh mereka yang ingin sama sama menjana income bersama DeXandra. Circle menjadi lebih besar dan sales menjadi lebih baik.
DeXandra juga memberi rasa BAHAGIA. Kami umpama keluarga besar yang berjihad ekonomi untuk membantu lebih ramai insan yang perlukan sokongan ekonomi dan juga membantu insan lain menambah nilai dalam kehidupan. Allahumma Yasir untuk perjalanan niaga DeXandra dan moga ianya terus gah dan kekal di persada dunia niaga. Aaamiin ya rabbal alamin.
Oleh itu, jom sertai De'Xandra kerana De'Xandra terlalu istimewa dan ia adalah untuk orang-orang istimewa seperti anda semua. In shaa Allah.
#braniteam
Kenapa Saya Memilih Meniaga Produk De'Xandra?
Di saat banyak peluang dan ruang untuk menerokai pelbagai bisnes lain, saya terus setia bersama De'Xandra sehingga kehari ini kerana....
01
Leader yang fokus dan prihatin.
02
Team yang mantap.
03
Syarikat yang stabil.
04
Produk berkualiti.
Pencapaian Saya di dalam De'Xandra
Dari tahun 2014 hingga ke hari ini...
Rekod Jualan Tertinggi
Yang pernah Saya Capai Selama Berniaga Dengan De'Xandra Adalah...
Antara Team Saya Yang Berjaya
Ada yang berjaya mencapai jualan sehingga 5 angka sebulan!
Isma merupakan agen atau comprador De'Xandra Bangi yang mampu mencapai jualan sehingga RM5000 ke RM10000 sebulan. Bekas pekerja Astro yang nekad menceburi bidang keusahawanan De'Xandra selepas berhenti sepenuhnya untuk lebih menumpukan kepada keluarga. Fokus beliau ialah dalam menyediakan pakej gift, hantaran dan hadiah. Juga mempunyai lebih 10 consignment Air Freshner di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dan di kampung halaman di Kedah. Juga merupakan fasilitator dalam Braniteam untuk info dan semangat dalam circle kumpulan bisnes De'Xandra Braniteam ⚘
WAN ISMALINI
Bandar Baru Bangi
Azie merupakan agen atau comprador De'Xandra Bangi yang mampu mencapai jualan sehingga RM5000 ke RM10000 sebulan. Usahawan wanita serba boleh yang memfokuskan kepada perniagaan sendiri kerana dengan ini beliau dapat meluangkan banyak masa untuk menjaga ibu dan juga keluarga. Fokus beliau ialah dalam menyediakan pakej gift, hantaran dan hadiah. Juga mempunyai lebih 10 consignment Air Freshner di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.⚘
NORAZIDA ABU BAKAR
Bandar Baru Bangi
Nasyetah bt Mohd Zulkiflee merupakan agen atau comprador De'Xandra Bangi yang mampu mencapai jualan sehingga RM3000 ke RM6000 sebulan. Usahawan wanita serba boleh yang memfokuskan kepada perniagaan sendiri secara sambilan kerana beliau bertugas di Bank Rakyat Wisma Unikeb UKM Bandar Baru Bangi. Fokus beliau ialah dalam menyediakan Air Freshner untuk pusat service kereta, juga pakej gift, hantaran dan hadiah. Juga mempunyai lebih 10 consignment Air Freshner di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi. ⚘
NASYERAH
Bandar Baru Bangi
Nak Saya Bantu Jana Pendapatan Dengan De'Xandra?
Hubungi saya sekarang untuk konsultasi PERCUMA.
Laman ini dikendalikan oleh De’Xandra HQ