Apakah 10 notes yang popular dalam De’Xandra?

Hello semua!
Kembali lagi dalam perfume 101 di mana kita berkongsi fakta menarik tentang wangian untuk korang. Korang nak tahu tak, wangian De’Xandra biarpun inspired, ia sebenarnya telah diolah sedikit untuk sesuai dengan citarasa pengguna Malaysia? Oleh itu ada notes yang popular di kalangan pengguna diletakkan dalam kebanyakan bestseller De’Xandra dan ada juga notes yang jarang-jarang diletakkan, untuk memberikan sisi keunikan kepada wangian korang.
Jadi, dalam wangian De’Xandra, mari kita lihat 10 notes yang paling banyak digunakan dalam wangian bestseller kita.
- 1. Melur (Jasmine)
Melur , bunga putih yang kuat baunya ini cukup disukai rakyat Malaysia. Ia memberikan mood lembut, sopan tapi memukau. Harumannya yang kuat juga sesuai untuk cuaca panas lembap kerana ia tahan lama baunya. Melur ada dalam hampir semua bestseller De’Xandra untuk wanita tetapi ada juga disertakan dalam wangian De’Xandra lelaki seperti Blaze, Savage, Vigor dan Clubman.
- 2. Ros
Siapa tak kenal aroma bunga ros? Sejak dari zaman purba Yunani dahulu lagi, ia telah diekstrak untuk dijadikan wangian. Aroma yang romantik ni menjadi daya penarik kaum wanita kerana baunya yang menyenangkan. Ia dikatakan membuatkan emosi wanita kurang stress dan lebih selesa. Lady Rose adalah bestseller dengan aroma ros yang paling popular di De’Xandra. Aroma ros turkinya lebih pekat dan menggoda berbanding ros biasa.
- 3. Oren
Oren samada oren biasa atau oren mandarin yang lebih manis, turut popular dalam wangian De’Xandra. Tahukah korang, lebih separuh daripada wangian bestseller De’Xandra mempunyai aroma buah oren! Aroma oren mempunyai kombinasi masam-masam manis, membuatkan si pemakai terasa segar. Oleh itu, ia cukup sesuai dalam suasana panas yang membuatkan orang mudah berpeluh. Wangian ke gym seperti De’Xandra Nemesis meletakkan aroma oren dalam nota awalnya.
- 4. Vanilla
Aroma makanan yang juga terkenal sebagai wangian badan, tidak lain tidak bukan adalah vanilla! Biji-biji dari pokok orkid vanilla ini tidak dimakan oleh manusia tetapi diletakkan dalam makanan sejak turun-temurun kerana aromanya yang melazatkan dan menggoda. Vanilla dikhabarkan sebagai afrodisiac (penaik syahwat), jadi ia digunakan dalam wangian yang mempunyai mood ‘luscious’ seperti De’Xandra Valerie untuk wanita dan De’Xandra Zephyr untuk lelaki.
- 5. Bergamot
Antara kebanyakan top 10 notes De’Xandra, Bergamot ini antara yang popular dalam wangian namun jarang kita temui di dunia nyata. Mesti korang tertanya-tanya apa bergamot ni kan? Ha, bergamot ialah buah bentuk seperti buah pear tetapi berkulit hijau gelap yang tebal dan berkedut-kedut. Kulit inilah yang digunakan dalam membuat pati minyaknya. Berbeza dengan oren, bergamot berasa masam – pahit dengan sedikit rasa berempah. Hampir semua wangian De’Xandra untuk lelaki mempunyai bergamot. Bagi wangian wanita pula, Olivia diserikan dengan bergamot sebagai top note untuk menimbulkan ciri klasiknya.
- 6. Amber
Wangian oriental dan amber memang tak dapat dipisahkan. Amber ialah hasil lelehan dari pokok, yang biasanya berwarna antara kuning, oren, merah, mahupun keperangan. Baunya lembut, mewah dan menyenangkan. Ia biasanya digabungkan dengan vanilla untuk gaya wangian berkayu, atau digabungkan dengan bunga untuk gaya wangian yang feminin. Kebanyakan wangian De’Xandra, lelaki mahupun wanita, meletakkan Amber sebagai wangian dasarnya kerana ia tahan lama.
- 7. Lemon
Seperti buah oren dan bergamot, lemon menjadi terkenal dalam penggunaan wangian kerana aromanya yang memberikan feel “terang” dan “berkilauan”. Walaupun rasanya masam, bila diadun dengan aroma bunga dan buah-buahan manis, ia menjadikan wangian itu berjiawa muda dan ceria. Oleh sebab itu, kebanyakan wangian wanita muda mempunyai aroma lemon seperti Valerie dan Elenor. Wangian lelaki De’Xandra juga tidak ketinggalan mempunyai aroma lemon seperti Himeros dan Devotion, kerana ia memberikan feel seperti baru selepas mandi.
- 8. Limau gedang (grapefruit)
Satu lagi wangian sitrus yang menjadi kegemaran para pembuat wangian, grapefruit memberikan feel ‘menaikkan semangat’ kepada campuran wangian kerana rasa segarnya. Grapefruit dalam De’Xandra Luvia contohnya, membuatkan ia merasa seperti wangian untuk gadis muda yang ceria. Dalam aroma lelaki seperti Woodbine, Credence, Savage, dan Hyder pula, ia memberi feel lelaki ‘aktif’ yang sering menguasai situasi.
- 9. Kasturi (Musk)
Ha, jangan tersilap ya, kasturi yang dimaksudkan di sini bukan buah limau kasturi, tetapi kasturi ini adalah ekstrak dari kelenjar sejenis spesis rusa di negara bermusim. Ia adalah bau yang kuat dan maskulin. Antara sebab ia digemari para pengguna wangian dari kaum Adam adalah disebabkan bau kasturi hampir dengan bau hormon semulajadi lelaki, testosterone. Wangian lelaki berkasturi seperti Savage dan Blaze menepati rasa maskulin yang dicari pengguna tempatan. Untuk wanita yang sukakan aroma kasturi pula, mereka boleh membeli wangian De’Xandra Marilyn.
- 10. Green apple
Buah ini cukup popular dengan ramai orang kerana rasanya yang manis dan lazat. Tidak hairanlah ia berada dalam kedua-dua wangian wanita dan lelaki. Wangian De’Xandra Mercy dan Posh diberikan aroma green apple untuk membawa feel ‘muda’ dan ‘ceria’. Untuk wangian lelaki pula seperti Blaze dan Himeros, ia digunakan untuk memberikan rasa segar seperti baru mandi. Oleh itu wangian dengan aroma green apple secocok untuk warga yang aktif bersukan mahupun ke gim.
Antara kesemua top 10 notes ini, yang manakah paling korang minati?