Apa itu Black Friday, Cyber Monday, dan Boxing Day?

23 November 2018 Izzati Hassan Tips

Bagi sesiapa yang agak ‘hantu’ sales on-line terutamanya dari luar negara, mesti kerap mendengar tarikh-tarikh keramat seperti ‘Singles Day’, ‘Black Friday’, ‘Cyber Monday’, Double 12 dan ‘Boxing Day’. Ada pembeli tegar yang akan siap-sedia menandakannya di kalendar dan memasang alaram. Ada juga yang akan siap-siap menyenaraikan produk apa ingin dibeli. Ini kerana hampir semua orang tahu bahawa di tarikh-tarikh istimewa ini, ada promosi hebat yang akan berlaku. Tapi pernahkah anda terfikir apa signifikan atau sejarah istilah-istilah ini? Mari kami ceritakan ya!

Singles Day

Singles Day pada 11 November bermula dari negara China. Asalnya tarikh ini dikhususkan untuk para warga bujang di sana terutamanya lelaki. Ini kerana singles day dalam bentuk nombor adalah 11. 11, seperti beberapa orang yang bersendirian. Semasa Singles Day, warga bujang meraikan diri mereka sendiri seperti menonton wayang, keluar bersama kawan-kawan, dan membeli barang untuk diri sendiri. Lama kelamaan amalan ini menjadi lebih popular dan para peniaga dalam talian dan luar talian mula mempromosikan harga runtuh 11 November untuk kesemua pelanggan mereka.

Black Friday

Black Friday biasanya berlaku pada minggu ke-3 dalam bulan November. Di Amerika, tarikh ini adalah selepas Hari Thanksgiving, ia menandakan bermulanya musim beli-belah untuk Hari Krismas di bulan akan datang. Para pekedai dan pengusaha pusat membeli-belah akan berlumba-lumba meletakkan harga hebat supaya dapat ‘menggerakkan’ para pengguna untuk memulakan pembelian.
Kenapa ia dinamakan Black Friday? Ada banyak teori tapi yang paling popular ialah berkenaan buku imbangan akaun para peniaga. Biasanya dalam kunci kira-kira, jika bulan itu anda untung, nilainya akan ditulis dengan pen hitam. Jika ada kerugian, nilainya akan ditulis dalam pen merah.

Biasanya pada hari Jumaat bermulanya musim beli-belah tersebut, para peniaga yang sentiasa rugi kerana jualan agak lemah pada bulan-bulan sebelumnya, akan mula mendapat keuntungan. Kadangkala keuntungannya cukup besar sehingga dapat ‘cover’ sales sepanjang tahun! Oleh itu mereka menandakan hari ini sebagai hari mereka berubah “from red to black” atau lebih mudah Black Friday.

Cyber Monday

Cyber Monday adalah kesinambungan Black Friday. Memandangkan pada hari Black Friday kedai-kedai sentiasa sesak dan dipenuhi orang ramai, terdapat peniaga yang memanjangkan tempoh jualan sehingga hari Isnin. Cyber Monday dijalankan pada laman web online peniaga tersebut untuk membolehkan mereka yang tidak dapat pergi ke kedai membeli produk kegemaran mereka.

Boxing Day

Sehari selepas hari Krismas, cuti umum Boxing Day diraikan oleh para warga barat. Pada zaman dahulu, kotak derma akan dibuka sehari selepas Krismas supaya diagih-agihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Selain itu pekerja biasa seperti orang gaji, penghantar barang, peniaga kecil-kecilan akan mendapat upah, hadiah, atau manisan lebih dari hari Krismas dalam sebuah kotak untuk dibawa pulang kepada keluarga. Kini, hari ini dikhususkan kepada peniaga sebagai hari harga barang dikurangkan sebelum tahun tersebut tamat.

Tidak kiralah bagaimanapun promosi ini dijalankan, ia memberikan satu peluang baik kepada semua pengguna mahupun peniaga untuk mendapat manfaatnya. Peniaga dapat meningkatkan jualan dan menghabiskan stok, manakala pengguna dapat membeli barangan yang diingini dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi bagi yang belum pernah menyertai promosi jualan ini, cubalah. Mana tahu anda dapat apa yang diingini!

P.S. Oh ya, peminat De’Xandra di luar sana, kami mungkin ada sesuatu yang hebat menanti anda tidak lama lagi. Jangan lupa tandakan tarikh-tarikh di atas di kalendar anda tau!