Akan Datang – Losyen De’Xandra

14 November 2018 Izzati Hassan Tips

Hai semua!
Sejak hari Puan Erna mengepos gambar ini bulan yang lepas, ramai yang PM kami tak sabar-sabar menunggu kemunculan produk ni. Dalam dunia pencinta wangian, losyen dan pewangi memang tak dapat dipisahkan. Kalau beli pewangi antarabangsa, mesti ada losyennya yang bau sama.

 

Begitu juga De’Xandra. Baru-baru ini, kami mengeluarkan 10 jenis bauan losyen berdasarkan pewangi bestseller De’Xandra untuk diberikan secara percuma. Ada bauan girly, manly dan juga unisex menjadi pilihan. Sebanyak 10,000 sampel percuma dikeluarkan dan akan diagihkan samada melalui FB live, survey dan juga semasa promosi oleh outlet terpilih. Semasa artikel ini ditulis, beberapa ribu pengguna bertuah telahpun dipilih untuk menerima losyen ini dan akan dihantar kepada mereka tidak lama lagi.  Kalau anda antara yang bertuah, tahniah! Tentu tak sabar-sabar menggunakan losyen ini kan?

Jom saya ceritakan apa butiran berkenaan losyen kita.

  • SCENTED MOISTURISER- Khas untuk kulit Normal dan berminyak
  • SCENTED BODY BUTTER- Khas untuk kulit Kering

SCENTED MOISTURISER ATAU PELEMBAP

Cepat serap, ringan dan kurang berminyak, pelembap mempunyai kandungan air yang tinggi serta sedikit minyak, oleh itu teksturnya agak cair. Semua moisturiser mengandungi minyak (contohnya minyak vitamin E). Fungsi minyak tersebut ialah untuk mencegah kandungan air yang tinggi dalam lotion tersebut daripada cepat tersejat. Ia bagus untuk jenis kulit yang normal, kombinasi dan yang CENDERUNG MEMPUNYAI KULIT YANG BERMINYAK.

Kenapa dikatakan bagus untuk orang yang kulitnya berminyak?

Sebab, dalam moisturiser tadi, kandungan air nya tinggi, jadi bila kita apply moisturiser, minyak semulajadi yang ada dalam kulit akan perangkap dalam air tersebut, dan kulit akan terasa lembut.

Tapi kelemahannya, lotion tidak menampung semua jenis kulit. Oleh itu mereka memerlukan Body Butter.

SCENTED BODY BUTTER

Body butter adalah serasi bagi mereka yang berkulit kering. Antara tanda-tanda kulit kering ialah terasa kasar bila disentuh, bersisik, timbul kemerahan serta kelihatan garis-garis halus pada kulit. Ada diantara kita yang semulajadi berkulit kering namun kebanyakan dari kita mengalaminya kerana kurang minum air, duduk di tempat berhawa dingin, selalu mandi air panas, usia yang semakin meningkat, penggunaan skrub yang terlalu kerap dan lain-lain.

Body butter membantu mengurangkan kehilangan kelembapan, tetapi tidak akan secara langsung melembabkan kulit. Butter paling baik digunakan pada kulit badan terutama kawasan yang kering, pecah2 dan halus.

Butter ni akan tutup semua pori-pori yang ada pada kulit, jadi butter tidak sesuai digunakan di muka (pori-pori tersumbat akan menghasilkan jerawat). Sebab tu krim muka tekstur lebih kurang sama seperti pelembap, kecuali jenis sunblock berspf tinggi (contoh spf 50) mempunyai tekstur seperti butter.

Sebab itu jugas fungsi krim yg padat/pekat seperti butter ni adalah untuk menyediakan halangan pelindungan untuk mengelak/mengunci kelembapan kulit dan melindungi kulit (cth daripada sun burn). Body butter juga sesuai dalam negara yang beriklim panas seperti Malaysia.

Ini kerana bau yang kuat dan tahan lebih lama, tekstur dan kandungan minyak yang banyak berbanding pelembap. Ia juga memberikan satu ‘film’ (lapisan perlindungan) pada permukaan kulit untuk melindunginya daripada perubahan cuaca persekitaran. Namun, body butter juga mengambil masa yang lama untuk serap ke dalam kulit jadi penggunaan yang sedikit sudah memadai.

Body butter adalah krim terbaik untuk rutin waktu malam kerana waktu malam yang panjang memberikan masa tambahan untuk kulit menjadi lebih lembap. Oleh itu pada waktu pagi, kulit still rasa lembap lagi.

Jadi, tidak kira moisturizer atau body butter, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.  Yang pastinya, penggunaan mana-mana jenis losyen berpelembap secara kerap dapat membantu meningkatkan tekstur kulit kita supaya lebih lembut dan tidak mudah berkedut bila usia meningkat. Harapnya dengan pengeluarakn losyen ini tidak lama lagi, ia memberi inspirasi kepada kita semua untuk lebih rajin menjaga kesihatan kulit kita.

Sehingga kita bertemu lagi!

 

P.S. tak sabar tunggu losyen yang full-size 🙂