Adab-Adab Ke Bazaar Ramadhan

Pada bulan Ramadan, umat Islam akan menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Memang tidak dinafikan, di bulan puasa bazaar Ramadhan akan tumbuh bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan kerana pada bulan Ramadhan ini anda boleh dapat pelbagai jenis makanan untuk dijadikan juadah berbuka puasa di bazaar.
Namun, janganlah anda lupa bulan Ramadhan ini akan menyebabkan ramai orang membuat pembaziran. Jadi, Dexandra akan kongsikan tips untuk membeli makanan di bazaar Ramadhan untuk menggelakkan dari berlakunya pembaziran
Maka, apabila tiba waktu memilih makanan untuk berbuka, kita akan membeli makanan yang terlintas di kepala tanpa memikirkan nilai nutrisi dan kesannya kepada kesihatan. Apatah lagi dengan kemeriahan bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai jenis juadah kuih-muih, lauk-pauk dan minuman yang amat menyelerakan, cukup menggoda nafsu makan kita.
Oleh itu dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, De’Xandra akan sharekan tips-tips untuk kita ‘survive’ bazaar Ramadhan yang menjimatkan wang, masa serta mengurangkan stress.
- Sila jalan dengan kelajuan maksima.
Berjalanlah sekali lalu sahaja dan jangan ulang-alik baris yang sama. Kadang-kala ini yang menyebabkan kita terbeli banyak kali. Kalau rasa nak pilih makanan juga, jangan terlalu lama di satu-satu gerai atau berjalan jalan lenggang kangkung sehingga orang di belakang terpaksa ikut meter anda.
Kalau anda terjumpa kawan lama yang dah bertahun tak berjumpa, tolonglah jangan berhenti di tengah bazaar sambil berbual-bual kerana anda telah membuat jalan menjadi sesak. Gerak ke tepi untuk berbual dan ringkaskan perbualan anda sebaik mungkin.
- Kekal bersopan dari segi percakapan dan pemakaian semasa bulan Ramadhan.
Walaupun berpuasa, senyum & gunalah bahasa yang elok pada peniaga bazaar Ramadhan. Jangan lah tarik muka ketat semasa membeli. Dalam suasana yang panas, lapar dan dahaga ni, memang mudah untuk merasa tak sabar. Apatah lagi jika makanan yang kita mahu beli terpaksa beratur panjang atau dimasak lama. Anggaplah ini semua dugaan untuk mendapat pahala yang terbaik. Jagalah juga pemakaian kita untuk pergi ke bazaar Ramadhan, supaya pahala yang kita dapat lengkap dan tidak mengurangkan pahala puasa orang lain.
- Senarai makanan yang hendak dibeli.
Untuk mengelakkan kita daripada membeli makanan yang tidak diperlukan, buat satu nota mengingatkan apa menu buka puasa anda hari ini. Ingat, ada 30 hari dalam Bulan Ramadhan – tak perlu beli semua jenis juadah sekaligus. Esok kan ada!
Oh ya, buatlah pilihan yang lebih sihat semasa membeli juadah berbuka puasa. Cuba senaraikan menu yang seimbang dalam kepala seperti satu lauk nasi, satu juadah ringan, dan satu jenis hidangan sayur atau buah-buahan. Kurangkan juga membeli kuih-muih yang manis serta bubur. Jika boleh, elakkan membeli air minuman manis yang dijual dan sediakan sendiri air minuman di rumah. Ini bukan saja membolehkan anda mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut, sekaligus menjimatkan duit poket anda.
Kami di De’Xandra mengucapkan selamat berpuasa kepada anda semua. Moga di Ramadhan kali ini, semua amalan yang anda lakukan diterima dan mendapat pahala yang berganda!