7 Kerja Sambilan Yang Anda Boleh Buat Sambil Bekerja Full-Time

19 April 2021 Bomstart Media Tips
kerja sambilan

Menjana pendapatan yang lebih pada masa kini sangat penting oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Salah satu cara adalah dengan mencari kerja sambilan.

Ramai di Malaysia telah mengikut laluan ini dan kebanyakkan telah berjaya untuk mendapat pendapatan selain dari kerja full time mereka.

Dalam artikel ini, kami akan mencadangkan 7 kerja sambilan yang anda boleh buat sambil bekerja sepenuh masa. Teruskan membaca artikel ini untuk dapat tahu dengan lebih lanjut.

Kenapa Buat Kerja Sambilan?

Terdapat beberapa sebab untuk kerja secara sambilan. Di bahagian ini, kami akan terangkan mengapa ia merupakan pilihan yang bijak.

 

1. Menjana Pendapatan Lebih

Sebab yang paling jelas untuk buat kerja sambilan adalah kerana ia membolehkan anda untuk menjana pendapatan yang lebih selain dari gaji kerja sepenuh masa anda.

Duit yang lebih ini boleh dijadikan simpanan atau digunakan untuk membeli-belah. 

Anda boleh buat banyak perkara dengan duit ini dan ia sangat senang untuk dijana dengan buat kerja sambilan.

 

2. Mendapat Pengalaman

Selain dari menjana pendapatan, anda juga akan mendapat pengalaman yang sangat berharga jika anda kerja part-time sambil bekerja sepenuh masa.

Anda dapat belajar untuk kerja dalam bidang lain dan pengalaman ini akan menarik perhatian syarikat lain jika anda bercadang untuk memohon kerja pada masa hadapan.

Mereka akan kagum dengan kebolehan anda untuk multi-task pada masa yang sama.

kerja sambilan

3. Pandai Untuk Mengurus Masa

Bekerja secara sambilan juga akan mengajar anda untuk mengurus masa. Ini kerana anda perlu bijak untuk membahagikan masa untuk kerja sepenuh masa anda.

Ini boleh membantu anda untuk masa depan kerana anda sudah biasa untuk buat banyak kerja pada masa yang sama.

Pengurusan masa adalah perkara yang sangat penting dan ini boleh membantu anda.

 

7 Kerja Sambilan Yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah

Sekarang kami akan mencadangkan kepada anda 7 kerja yang anda boleh buat secara sambilan bersama kerja sepenuh masa.

1. DeXandra: Daftar Sebagai Agen atau Dropship

Kerja pertama adalah untuk menjadi agen atau dropship untuk DeXandra! Bagaimana untuk menjadi ejen De’Xandra? Senang sahaja. Ikuti langkah di bawah:

  • Berikan detail di link google form:

http://tiny.cc/dxSaleteam

  • Daftar di link: 

https://url.squarelet.com/WHnS

Step to join Empire HQ: 

https://youtu.be/OmkO_20yYdg

  • Join TELEGRAM RASMI untuk dapatkan bahan harian:

http://tiny.cc/dxMarketingChannel

 

  • Anda boleh tengok katalog dan maklumat tentang product De’ Xandra di IG kami: @dexandracatalogue

https://www.instagram.com/dexandracatalogue/

  • Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda juga boleh follow media sosial kami seperti di bawah:

Facebook:

https://www.facebook.com/dexandraHQ/

Instagram:

https://instagram.com/dexandra_hq

TikTok: 

https://vt.tiktok.com/MDB6h1/

YouTube:

https://www.youtube.com/channel/UC8lV2WBdVatKP1N3P5RnVsw

  • Join TEAMSALE WhatsApp group:

http://tiny.cc/dxsaleteam

  • Mulakan promosi PACKAGE. Sepanjang promosi jika tidak tahu boleh sahaja bertanya di dalam WhatsApp group TEAMSALE.

Anda boleh WhatsApp Aizu di +60 17-7175357 untuk maklumat yang lebih lanjut.

2. Penulis

Jika anda pandai menulis, anda boleh jadikannya sebagai kerja secara sambilan. Ia tidak perlu modal dan hanya perlu sebuah laptop.

Banyak syarikat mencari pekerja untuk membantu mereka menulis kandungan dan artikel untuk lawan web mereka atau media sosial mereka seperti Instagram dan Facebook.

Anda boleh mencari jawatan kosong seperti ini di laman web seperti LinkedIn. Ini juga sangat sesuai bagi pelajar university.

kerja sambilan

3. Pereka Grafik

Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh menjadi pereka grafik. Ramai orang mencari pereka grafik untuk mencantikkan laman web mereka.

Anda boleh mencari kerja kosong untuk pereka grafik di laman web seperti Fiverr dan UpWork.

Ini merupakan pilihan yang sangat bagus kerana anda tidak perlu ke mana-mana untuk menjadi pereka grafik.

 

4. Runner Barang

Menjadi runner juga merupakan satu pilihan yang lumayan. Ini kerana pada zaman Covid ini, ramai tidak mahu untuk keluar dari rumah.

Oleh itu, mereka akan mencari servis yang boleh menghantar barang atau makanan ke rumah mereka terus. Anda boleh mengambil peluan ini untuk menjana pendapatan.

Ia sesuai bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri.

kerja sambilan

5. Pelukis

Jika anda pandai melukis, anda juga boleh mengambil komisen untuk melukis potret orang. Ini boleh jadi servis yang sangat lumayan kerana ramai suka servis seperti ini.

Ia sangat senang kerana anda tidak perlu ke mana-mana dan boleh hantar hasil melalui PDF sahaja jika anda melukis secara digital.

 

6. Menjual Baju Terpakai

Jika terdapat banyak baju dan seluar yang tidak dipakai dan dalam keadaan baik di rumah anda, anda boleh jual pakaian itu. 

Anda boleh tetapkan harga sendiri kerana anda tahu harga asal baju tersebut. Baju ini boleh dipromosikan di media sosial seperti Facebook yang mempunyai ramai orang.

 

7. Mengadakan Kelas Tuisyen

kerja sambilan

Ini sangat sesuai bagi mereka yang bekerja dalam dunia pendidikan seperti cikgu. 

Ramai ibu bapa mencari kelas tambahan bagi anak mereka, anda boleh mengambil peluang dengan membuka kelas tuisyen secara online.

Ibu bapa juga akan lebih suka dengan platform online kerana mereka tidak perlu menghantar anak mereka dan boleh mengawasi anak mereka sepanjang kelas.

Kesimpulannya, terdapat banyak kerja sambilan yang anda boleh buat untuk menjana pendapatan yang lebih selain dari gaji dari kerja sepenuh masa anda.

Jika anda mencari kerja secara sambilan, anda boleh mencuba menjadi agen De’Xandra seperti yang dicadangkan di bahagian awal artikel.

Jika anda menyertai team De’Xandra, anda boleh menjana pendapatan yang sangat baik.

Mulakan Perjalanan Dropship Anda Dengan Kami!