6 Cara Menarik Untuk Jana Pendapatan Online Sewaktu Pandemik

17 January 2022 Bomstart Media info
jana pendapatan online

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan banyak perubahan berlaku di Malaysia. Salah satu perubahan adalah semakin ramai orang memilih untuk jana pendapatan online.

Ini kerana SOP dan juga sektor ekonomi telah menyebabkan ramai orang diberhentikan kerja. Oleh itu, mereka terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan sumber pendapatan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 6 cara menarik yang anda boleh ikuti untuk jana pendapatan online pada waktu pandemik ini.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah!

 

Artikel Berkait

 

2 Perkara Penting Sebelum Mulakan Bisnes Online

Sebelum anda memulakan bisnes, anda perlu mengambil tahu serba sedikit tentang platform online kerana ia adalah “alat” bisnes yang sangat penting.

Ini kerana anda akan berhubung dengan pelanggan dan juga pemilik bisnes lain.

 

  • Buat Kajian Tentang Produk

Sebelum anda memilih untuk menjual sesuatu produk, anda boleh menggunakan internet untuk membuat kajian tentang produk tersebut.

Anda boleh membuat kajian tentang produk tersebut di laman sosial untuk mendapat tahu jika ia bakal mendapat sambutan atau tidak.

Anda juga boleh membuat perbandingan harga antara bisnes lain supaya anda dapat menetapkan harga yang sesuai.

 

  • Manfaatkan Media Sosial

jana pendapatan online

Sebagai pemilik bisnes online, anda juga perlu mahir tentang kegunaan media sosial kerana ia merupakan platform yang sangat berguna.

Ini kerana berjuta orang melayari sosial media seperti Instagram dan Facebook pada setiap hari. Oleh itu, terdapat peluang yang tinggi bahawa produk anda akan dilihat oleh ramai orang.

Jika anda tidak memanfaatkan platform tersebut, ia sangat merugikan dan anda mungkin akan ketinggalan berbanding dengan pemilik bisnes yang lain.

 

Artikel Berkait

 

6 cara jana pendapatan online

Di bahagian ini, kami akan mencadangkan kepada anda 6 cara yang anda boleh ikuti untuk mendapatkan sumber pendapatan.

 

     1. Menjadi Tutor Online

Bagi mereka yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang seperti Matematik atau Bahasa Inggeris, mereka boleh menjadi tutor online.

Ini kerana ramai ibu bapa mencari tutor untuk membantu anak mereka mempelajari sesuatu subjek. Selain itu, terdapat juga orang dewasa yang mencari kelas sebegitu untuk diri sendiri.

Ia sangat mudah kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal kerana kelas tersebut akan diadakan secara online.

 

     2. Menjual Baju Terpakai

jana pendapatan online

Jika anda seorang yang mempunyai terlalu banyak baju di dalam almari pakaian, anda boleh menjualnya untuk membuat duit!

Anda boleh menggunakan sosial media sebagai platform kerana ramai orang berminat dengan barangan bundle seperti pakaian-pakaian terpakai. 

Ini membolehkan anda untuk mendapatkan wang sampingan. Selain itu, idea tersebut adalah lebih baik daripada membiarkan baju-baju itu dibiarkan begitu sahaja di dalam almari.

 

     3. Menjual Makanan

Ini merupakan cara yang sangat bagus untuk membuat duit bagi mereka yang suka memasak. 

Anda tidak akan berasa bosan dan lebih bersemangat untuk menjual masakan anda. Satu jenis makanan yang sangat popular adalah desserts.

Ramai orang di Malaysia suka membeli kek atau brownies daripada penjual tempatan. Jadi, anda boleh menggunakan peluang ini untuk mendapatkan wang sampingan. 

 

     4. Pelukis

Bagi mereka yang pandai melukis, anda boleh menawarkan servis untuk mengambil komisen dan melukis atas permintaan orang lain.

Seperti menjual masakan, anda akan berasa bersemangat kerana ia adalah minat dan kepakaran anda!

Ia juga sangat mudah kerana anda tidak perlu berjumpa dengan pelanggan. Anda boleh menghantar lukisan secara online (softcopy) mahupun melalui penghantaran pos sahaja. 

 

     5. Penulis

Ini adalah cara yang sangat baik untuk menjana pendapatan terutamanya bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam penulisan. 

Ini kerana banyak syarikat sedang mencari orang untuk mempromosikan produk mereka di laman web.

Anda hanya perlu sebuah laptop untuk perkerjaan ini kerana semua perkara boleh dilakukan secara online.

 

     6. Agen Produk / Dropship

Anda juga boleh menjadi agen produk atau dropship. Salah satu syarikat yang anda boleh pilih adalah De’Xandra! Ia sangat mudah untuk anda menyertai kami.

 

Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ikuti:

  • Berikan detail di link google form:

http://tiny.cc/dxSaleteam

Step to join Empire HQ: https://youtu.be/OmkO_20yYdg

  • Join TELEGRAM RASMI untuk dapatkan bahan harian:

http://tiny.cc/dxMarketingChannel

  • Katalog/ maklumat tentang produk De’Xandra: Follow IG @dexandracatalogue

https://www.instagram.com/dexandracatalogue/

  • Untuk maklumat terkini follow @dexandrahq

Facebook:

https://www.facebook.com/dexandraHQ/

Instagram:

https://instagram.com/dexandra_hq

TikTok: 

https://vt.tiktok.com/MDB6h1/

YouTube:

https://www.youtube.com/channel/UC8lV2WBdVatKP1N3P5RnVsw

  • Join TEAMSALE WhatsApp group:

http://tiny.cc/dxsaleteam

  • Mulakan promosi PACKAGE. Sepanjang promosi jika tidak tahu boleh sahaja bertanya di dalam WhatsApp group TEAMSALE.

Anda boleh WhatsApp Aizu di +60 17-7175357 untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

 

Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk anda jana pendapatan yang lumayan untuk diri anda.

 

Jika anda mencari kerja sambilan atau ingin memulakan bisnes sendiri, anda boleh mencuba menjadi agen De’Xandra seperti yang dicadangkan di dalam artikel ini.

 

Jika anda menyertai team De’Xandra, anda boleh menjana pendapatan yang sangat baik.

 

Mulakan Perjalanan Dropship Anda Dengan Kami!